Mon 23 Feb 2009
Minggu Pelanggan Tanpa Had: Tip untuk mendapat network berkualiti
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Perniagaan InternetOleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.
Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.
Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”
Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:
- Perlu berlimu
Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda. - Perlu menambahkan jaringan
Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI. - Perlu punyai perasaan tolong menolong
Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!
So, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!
============
Hujung minggu ini (Sabtu 28hb Feb) saya akan kendalikan Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had di Vistana Hotel, Kuala Lumpur. Workshop mini ini akan mendedahkan strategi dan teknik menggunakan Internet untuk melipatkali gandakan pelanggan bagi perkhidmatan anda. Tempat workshop mini ini adalah terhad kepada 10 peserta sahaja untuk memudahkan interaksi. Sekiranya anda berminat, klik di sini.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


February 23rd, 2009 at 10:08 am
Ya, benar untuk berjaya..kita perlu bantu networking kita dahulu..hasilnya kita juga akan menikmati kejayaan di kemudian hari..
Salam kekayaan,
THINKERICH
February 23rd, 2009 at 12:04 pm
Setuju sgt dgn tips IK.. Seoerti kata Robert T Kiyosaki “Manusia terkaya membina rangkaian, tetapi manusia biasa terus mencari pekerjaan”.
Sama2 kita bina satu rangkaian yang memberi kita semua keuntungan.. Barulah umat Islam boleh maju dan bersaing
February 23rd, 2009 at 12:53 pm
Saya akan lebih puas jika dapat membantu sesiapa sahaja… No problem….
http://glowglokal.com/blog
February 23rd, 2009 at 1:51 pm
Tips yang berguna untuk saya IK, terima kasih
February 23rd, 2009 at 3:03 pm
kalau ada network senang urusan kita nnt.. klu ada masalah kita dah tau sapa nak di contact
February 23rd, 2009 at 4:31 pm
Bagus la IK,
Selama ni saya masih tercari2 strategi membina rangkaian.
Hanya Allah saja yang membalas kebaikan IK. Teruskan dengan tips2 yang berguna.
February 23rd, 2009 at 5:12 pm
salam smua..
saya menyokong 100% apa yang diperkatakan oleh IK tentang menwujudkan networking yang berkualiti.
February 23rd, 2009 at 5:47 pm
Tapi hati2 dgn network yg sering diserang virus…erm cam ner iyer nak hapuskan virus dlm kiter nyer network…? Kalau cakap marah tak cakap menderita dibuatnyer…cam ner…
February 23rd, 2009 at 6:00 pm
Saya suka kalau dalam biz ada sikap tolong menolong. Pd saya lagi byk kita tolong lagi luas peluang kita dpt. Jadi sama2 membantu jangan menjatuhkan…..TQ IK
February 23rd, 2009 at 7:16 pm
Pentingkan networking yang berkualiti terlebih dahulu. Dengan kualiti, kuantiti akan bertambah.
February 23rd, 2009 at 8:49 pm
Dgn adanya networking, akan ada pemasaran mulut ke-mulut yang tentunya menguntungkan semua pihak. Tapi, pastikan bukan untuk memasarkan cerita yang tak mendatangkan faedah pula.
February 23rd, 2009 at 9:44 pm
Nie boleh dipraktikkan di dalm internet juga..
Thanks bro IK…
Apa pun, harap jgn ada agenda tersembunyi.. Itu yg penting..
February 23rd, 2009 at 10:36 pm
Saya suka statement ni… “If you are not networking, you are not working!”
February 23rd, 2009 at 11:01 pm
Pandangan yang bernas..pentingkan networking yang berkualiti dahulu, dengan sedirinya kuantiti akan menyusul kemudian. TQ
February 23rd, 2009 at 11:36 pm
mungkin bagus kalau saya ada networking
February 24th, 2009 at 12:01 am
TQ Dr.Ik
Satu perkongsian yg agak menarik..
Sudah sememangnye network yg berkualiti dpt membntu kita dlm membina lg kredibialiti dan mluaskn pasaran dan prospek.. TQ ik ^^
February 24th, 2009 at 9:49 am
Untuk saya yang masih merangkak2 dalam gerbang internet…info ini sangat membantu..thnks IK…
February 24th, 2009 at 9:59 am
Salam semua.
Tq Irfan for the tip. Satu halangan utama utk networking ni ialah sifat pemalu tidak bertempat dan m.a.l.a.s. Itu yang kita perlu kuatkan usaha buat networking online dan offline.
February 24th, 2009 at 10:19 am
Sesuatu perkara kalau dipandang keuntungan semata akan menyebabkan kita akan berada dalam kedaan tertekan….yang sebenrnya ia sudah merugikan kita…
February 24th, 2009 at 10:41 am
Kualiti dalam produk kita penting gak,baru bleh menarik network yang berkredibiliti
February 24th, 2009 at 10:43 am
Assalammualaikum dan salam ceria IK,
Memang betul kata IK..sebagai agen insurans memang firadila kekurangan pelanggan sekarang..tapi dengan tips yang diberikan oleh IK itu tadi mungkin selepas ini firadila dapat pelanggan..
Senyum dan ceria selalu..
February 24th, 2009 at 11:04 am
Networking memang perlu ..tapi ada juga orang yang nak kan benda macam ni ,masalah dirinya tak pandai nak berkomunikasi atau tak semesra mungkin (tapi hati ingin menambahkan networking ) .
Harap perlu ada perubahan dalam diri nya …betul tak ?
February 24th, 2009 at 3:59 pm
Sy pernah mengalami kegagalan dalam MLM pada 2007 setelah invest sebyk RM30k (masih dalam proses pembayaran pinjaman)walaupun telah mengikuti ’system’ yg telah dilalui oleh upline@business partner.
Puncanya setelah sy kaji adalah pemilihan prospek. Tidak semua prospek sesuai dgn ’system’ yg telah direka. Cthnya: tidak semua prospek willing untuk invest dgn jumlah yg byk walaupun mereka mampu / berkeupayaan untuk membuat pinjaman bank bagi memulakan perniagaan.(event good business opportunity to offer)
Kini sy cuba beralih kepada perniagaan internet(masih menimba ilmu).
February 24th, 2009 at 4:15 pm
sy dh lme folo dlm web ini dan mengenali perihal program ini, jd sy nk mengikuti worksyop ps 7hb mac ini
February 25th, 2009 at 11:42 am
info yang berguna untuk teman,baru leh lawan dalam nescafe kick start.ahaks.
February 25th, 2009 at 11:56 am
tip yg sgt bagus : persoalannya di mana kita boleh dpt jumpa function bgini ? yg selalu dpt adalah gathering ttg satu product sahaja. BOleh Irfan create event utk hal sebegini . I really appreciate it.
February 26th, 2009 at 12:14 am
Tips yang sangat menarik..
saya setuju dengan kenyataan norizamsabran.
February 26th, 2009 at 10:57 am
Oh, barulah sy sedar cara nak cari network berkualiti. Saya nak praktikkan tips ni.
Terima kasih IK.
November 16th, 2009 at 2:43 pm
mula-2 nak niage!!!!! minta doa dlu k