Mulakan perniagaan dari rumah

Seperti biasa, perkara yang sering berubah dari masa ke semasa adalah pengalaman. Bagi sesetengah orang, terutamanya usahawan baru, ia tidak begitu mudah untuk memulakan perniagaan walaupun hanya menjalankan perniagaan di rumah.

perniagaan dari rumah

Perniagaan online atau offline mempunyai cabaran yang sama, keduanya memerlukan pelanggan untuk mendapatkan  keuntungan. Untuk memulakan perniagaan di rumah, mulakan dengan 3 tip dibawah:

1. Niche menguntungkan

Bagaimana anda mencari niche yang menguntungkan? Anda boleh lihat pada pasaran dan mencari maklumat di internet- di mana orang suka membelanjakan wang mereka. Mencari pelanggan ibarat seperti mencari bakal pengantin baru, perlu lihat dari jenis jantina, lelaki atau perempuan, umur , lokasi tempat tinggal, untuk anda jalankan perniagaan pada pelanggan yang tepat demi menjana pendapatan yang menguntungkan. Jika ada persaingan pada perniagaan yang dipilih, wujudkan perbezaan dengan pesaing anda, ini memudahkan pelanggan mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan anda.

2. Membina Senarai email newsletter

Kunci kepada keuntungan jangka panjang adalah apabila anda membina senarai email pelanggan dan juga prospek anda. Anda boleh memberikan hadiah sebagai dorongan kepada pelawat untuk memberi nama dan alamat e-mel mereka dengan mengisi borang/form untuk menerima mesej anda di masa hadapan melalui email newsletter.

3. Menambahkan ilmu dalam industri anda

Matlamat anda adalah untuk memberi tumpuan kepada prospek yang mempunyai keinginan kepada perniagaan yang anda jalankan. Pada permulaan, anda tidak semestinya mempunyai senarai email yang besar untuk menjana pendapatan. Tetapi, apa yang lebih penting adalaha, anda perlu meluangkan masa dalam mempelajari dan menyertai kursus-kursus  berkaitan bidang perniagaan anda dimana anda boleh belajar  terus daripada pakar yang berkaitan niche perniagaan anda. Melalui cara ini anda dapat menguruskan masa dalam perniagaan anda dengan lebih baik lagi.

 

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

 

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Mulakan perniagaan dari rumah

  1. Amat tertarik dengan pos ini…memang ramai yang ingin berniaga dari rumah dan tidak perlu bersusah payah melawan arus trafik pagi-pagi.

    Tapi hakikatnya, ia bukanlah semudah yang di sangkakan. Selain apa yang disampaikan di atas, kerja keras dan displin tinggi diperlukan. Anda harus mendisplinkan diri sebagaimana anda berkerja di pejabat untuk mendapatkan pulangan yang diingini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.