Mulut ke mulut ke mulut…

Eh, jangan difikir yang bukan-bukan 🙂 maksud saya, “Word of Mouth” marketing… pemasaran mulut-ke-mulut.

Terdapat laporan perniagaan mengatakan 60% daripada pelanggan anda datangnya daripada pemasaran mulut-ke-mulut. Amat besar jumlah tersebut, oleh itu, jangan pandang rendah teknik pemasaran ini.

Pemasaran mulut ke mulut adalah apabila orang ramai yang mempromosikan perniagaan anda tanpa sebarang upah. Pemasaran mulut ke mulut adalah amat efektif oleh kerana pihak yang lain (bukan pihak anda) yang mempromosikan perniagaan anda. Ini memberi gambaran yang adil dan tidak bias.

Bagaimana hendak menghasilkan teknik pasaran ini? Salah satunya adalah menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memuaskan hati pelanggan-pelanggan anda. Pelanggan yang berpuas hati akan mudah mengsyorkan perniagaan anda kepada kenalan mereka secara percuma.

Ramai yang menyertai Workshop Jutawan Internet membuat keputusan menyertai oleh kerana promosi mulut-ke-mulut yang disampaikan oleh bekas peserta. Bagi Workshop Jutawan Internet, promosi mulut-ke-mulut adalah amat efektif!

Berikan produk dan perkhidmatan yang terbaik, dan ini akan menghasilkan satu chain reaction pemasaran mulut-ke-mulut yang amat hebat!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Mulut ke mulut ke mulut…

  1. ahaa ini cara old-school yang paling dasyat kesannya…kadang2 tu ntah customer dari ceruk mana pun dtg kerumah …

    ye lah.. kita beri service yg baik+murah+berkualiti utk long term..sape2 pun hepy samada pelanggan atau taukey 🙂

  2. betulla , tambahan orang melayu nih memang suka bawa mulut..jadi secara tak langsung mempengaruhi orang lain yang lemah semangat untuk mencuba apa yang di cakap kan.kemungkinan org nih tak pasti apa minat nya..tapi oleh kerana sering dibual kan ia pun ambil langkah mencuba….

  3. Assalamualaikum.

    Saya juga mengakui cara ini memang ada kebaikan terhadap perniagaan.

    Mertua saya (menjual dan membuat batik terengganu) juga kadang-kadang mendapat pelanggan daripada iklan mulut ke mulut ke mulut ini.

    Hebatnya mulut. Lagi hebat kalau mulut laser.
    Ye tak?

    Wassalam.

  4. Saya memang menggunakan kuasa mulut ke mulut sebagai teknik pemasaran.. caranya ialah saya menyediakan khidmat pelanggan yang lain dari yang lain..selain memikat hati pelanggan dengan produk yg menarik. saya mengemukakan sebab yg kukuh kenapa para pelanggan patut menggunakan servis saya…kalo nak tahu lebih lanjut, lawat lah laman web saya….ehehehe…(promote pulak)

  5. Petama kali kita kena pastikan apa yang kita buat adalah bagus dan berkualiti dlm setiap segi, barulah orang akan reponse mulut ke mulut.kalau tidak lain pulak ceritanya org bawak. byk tips2 bagi yang penting amalkan dan sampaikan walaupun satu ayat. Jangan asyik mengiyakan saja. yg penting buat dan praktikkan.:)

  6. Mulut ke mulut nie adalah cara marketing tradisional seperti yang cikgu saya pernah ajar dahulu semasa subjek asas perniagaan Kemahiran Hidup,saya ingat lagi katanya jika seseorang pelanggan itu berpuas hati dengan perniagaan kita maka dia akan menceritakan kepada sekurang-kurangnya 7 orang tentang kebaikan perniagaan kita,begitu juga sekiranya pelanggan tersebut tidak berpuas hati dia juga akan menceritakan pada sekurang-kurangnya 7 orang keburukan perniagaan kita.Dan mereka yang mendengar cerita tersebut pula secara tidak langsung akan menceritakan pula pada rakan2 yang lain.Jadi dalam perniagaan kepuasan hati pelanggan harus diutamakan barulah selepas itu promosi perniagaan kita akan menjadi senang dan di promosikan sendiri oleh bekas pelanggan kita secara percuma.

  7. mulut ke mulut bolehlah diibaratkan spt khabar angin . cuma yg menjadi masalah khabar angin negatif hinggakan menjadi fitnah. jesteru itu, marilah rakan2 e-biz memikirkan bagaimana nak hasilkan produk yg berkualiti supaya mudah rakyat m’sia yg lain berminat dgn perniagaan kita menggunakan kaedah yg tak langsung ini(mulut ke mulut)

  8. assalamualaikum..

    market cara macm ni memang hebat..
    impaknya memang +ve..

    cuma kadang2 lain pulak ceritanya..
    klu yg baik ok, yang buruk tu kita perlu terima jugak then kenalpasti kenapa boleh jadi macam tu.

  9. joint venture dengan orang yang disegani dalam masyarakat, khas kan tugas dia untuk promosi mouth to mouth sahaja…. kuasa mulut ke mulut yang ada pada dia(orang yg disegani) 10 kali ganda hebat daripada kita…

    dari petikan diatas:
    eh..jangan difikir yang bukan2. hehehe…..

    (diselit sedikit unsur lawak oleh Irfan khari
    menyegarkan fikiran yang sudah berjam2 mengadap monitor)

  10. cantik… memang cantik punya iklan. eh dah tengok blog irfan?

    belum tengok lagi? tips satu menit memang best laa… bukan calang2 tips.

    kalu tak caya… boleh pi jenguk.

    jenguklah blog saya yang tak seberapa nih…

    http://www.abdfatah.wordpress.com

    semoga anda maju jaya ke hadapan.

    murah rezeki selalu.

    tapikan takleh nak daftar untuk 3dalam1 di kelantan laa… tengah berkira nak join jugak la kalu ada rezeki.

    tempat lain lagi tak bleh nak pergi buat masa nih. wuhuuuuuuuuuuu…

  11. mana2 perniagaanpun marketing adalah amat penting.sekarang saya nak bertanya pada dan u all semua. Bagaimana pula kalau org tu cuma nak menjatuhkan business kita, dengan cara halus atau politik (Kuasa Poitik). Dari mulut ke mulut. mampukah kita menutup mulut dia orang?.

  12. mmg betul..kaedah ni mmg berkesan. sy amik contoh workshop persendirian pakcik sy. dia cuma bukak workshop kat rumah dia je kat kampung. tp yg datang ada yg dari tumpat, gua musang..merata tempat yg jauh2. pakcik sy x kenakan charge yg tinggi tp still menguntungkan. dia repair kereta atas dasar minat. dia akan rasa puas hati kalau kereta yg rosak dpt dibaiki dengan baik

  13. Ha ah.. Teringat satu tajuk buku dari Ken Blanchard, Raving Fans. Raving Fans ni kerje dia tulun promote product kita dengan percuma tanpa perlu dibayar gaji. Heheh.. hebatnya kuasa word of mouth..

  14. Teringat satu motto sebuah kedai runcit..tak ingat kat mana..”Kalau baik beritahu rakan, Kalau Buruk, beritahu Kami”..maknanya antara peniaga dan pelanggan perlu berhubung erat..saling menegur untuk kebaikan bersama. Masing-masing hendaklah mempunyai hati yang terbuka untuk memberi teguran dan menerima teguran. Memang sedap mendengar komen yang baik-baik, tetapi amat payah untuk berlapang hati menerima kritikan atau komen. Cuma pesan PokNeng, kalau nak mengkritik…biarlah berlapik..itukan adat kita yang disanjung..Menarik Rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak…haaa..camtulah kira-kiranya.

  15. assalamualaikum…
    ya .saya setuju tul ngan tip tu…promosi dari mulut ke mulut ni amat berkesan dalam perniagaan…bg saya yang baru ingin memulakan perniagaan internet bersama teamfifi ni mengunakan teknik promosi dari mulut ke mulut….. insyaalah ..akan berjaya …

  16. Bila baca tip kali ni, teringat kat iklan takaful…”25%…” yang disebut lain, yang sampai 25 dulang.. nasib baik ada yang betulkan..:)

  17. Semua kata Irfan adalah betul,macamana ni,tapi yalah tip tip dari amat berkesan sekali,

    teknik promosi mulut ke mulut amat berkesan,
    macam kata pepatah’mulut itu lebih tajam daripada pedang’…
    betul tak..

  18. Teknik tradisional yang memang amat berkesan. Saya boleh mengambil contoh daripada ibu saya yang mengambil upah menjahit baju. Dari beberapa customer, kini boleh di katakan satu kampung menjadi customer kepada ibu saya.

    Kemudian setelah ibu saya berpindah ke rumah baru, masih ada lagi customer yang sanggup datang jauh hanya semata-mata untuk menempah baju dari ibu saya. Puncanya, kualiti & perkhidmatan yang ibu saya berikan amat memuaskan! 🙂

  19. I believe this way it’s really work. Sebab nya I suka buat bisness but small (barangan utk kaum hawa). Tolong kawan & my auntie. Very fast spread the news…..

  20. sebenarnya,cara nilah yg paling efektif, tetap tak boleh nafi. yg penting kita kena perform yg terbaik.org akan bercakap dan memuji jika diarang puas hati dengan servis or produk yg telah dibeli dan mungkin diarang akan rekemen pd kenkawan pl.

Leave a Reply

Your email address will not be published.