Pasti anda tahu bahawa Rasulullah saw adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?

Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!

Dah nak masuk hujung-hujung bulan Ramadhan ni, apa kata kita kenangkan kisah Rasulullah sebagai seorang usahawan muda. Semoga boleh menjadi inspirasi kepada kita semua dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan dengan sempurna. Jadilah seorang usahawan Al-Ameen!

Bagi yang dah nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai dan selamat kembali. Have a great raya!

Daripada saya, isteri dan sekeluarga serta krew Irfan Khairi Sdn Bhd, mohon maaf sekiranya ada tersalah dan silap. Dengan ucapan…

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! Dengan ingatan tulus ikhlas :)

-IK

 

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Alang-alang jadi usahawan…
  • Bersihkan pendapatan perniagaan Internet
  • Berita Harian - Sembang Sabtu
  • Jutawan! bersama jutawan muda ICT