Fri 6 Jun 2008
Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.
Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Jawabnya:
- Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
- Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
- Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…
Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:
- Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
- Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
- Cash transaction only
Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkan lagi dan menjadi antara strategy anda dalam menjalankan perniagaan
Dengan ini, saya pun buka satu kategori baru dalam Tip Satu Minit: 9/10 iaitu tip perniagaan berkonsepkan sejarah Islam. Setuju?
Semoga Tip Perniagaan 9/10 dapat memberi manfaat kepada anda!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


June 6th, 2008 at 2:15 pm
best-best
tq irfan
June 6th, 2008 at 2:47 pm
salam ik…
“tip perniagaan berkonsepkan sejarah Islam. Setuju?”
setuju sangat2…sebab tak akan ada hari ini tanpa sejarah semalam…
dan kadangkala sejarah juga mengajar kita erti kehidupan…(wah!!dh macam pujangga pulak saya ni…heheheheh)
apepun sejarah-sejarah zaman Rasulullah adalah sejarah terbaik dalam lipatan sejarah dunia…
so,saya setuju sangat2 dengan tips 1 minit ik hari ini…really great!!!!
thanks ik..
June 6th, 2008 at 3:27 pm
Saya setuju dgn nasihat Perniagaan Abdul Rahman B Auf tu….
Buat business cash transaction only…
Buat business secara hutang ni byk problemnya…
Byk kes Penghutang Yang tak bayar hutang…
Sudahnya jadi hutang lapuk, Kita yang kena tanggung pulak sebagai belanja.
Sebagai contoh hutang lapuk proton pernah mencecah RM 40 Juta suatu masa dulu.
http://hamkaismail.com
June 6th, 2008 at 3:37 pm
Salam Semua,
Akak sokong sangat2 kategori baru ni. Maklumlah kehidupan kita kan berlandaskan ugama, yang juga mengalakkan kemajuan.
Kalau boleh sesiapa yang dah baca buku yang elok2 tentang perniagaan dan kewangan mengikut Islam boleh beritau lah sumber informasi tu. Jadi kita boleh rujuk sama2. Terima Kaseh…
June 6th, 2008 at 3:56 pm
Alhamduliah…memang saya setuju sgt dengan kategori 9/10 ni.
Memang hebat sahabat Nabi (S.A.W) ni. Ketika beliau berhijrah dari Mekah ke Madinah, sampai sahaja di Madinah, beliau ditawarkan macam-macam kekayaan dari pihak Ansar, tapi beliau menolok. Cuma beliau bertanya, di mana tempat untuk berniaga. Ada sebuah pasar di Madinah pada masa itu, dimana beliau mula berniaga dan menjadi kaya raya. MasyAllah, hebat orangnya sebab kekayaan yang dibuat dari perniagaannya disumbangkan untuk menegakkan Islam pada masa Nabi.
www.resumeweassist.com/blog
Tips for effective career marketing
June 6th, 2008 at 4:43 pm
IK
Setuju dengan idea mewujudkan - tip 1 minit perniagaan Islam 9/10 ni…sebenarnya banyak perkarayang boleh di pelajari dari Sejarah Islam.
Syabas..IK,
Salam kekayaan,
THINKERICH
June 6th, 2008 at 5:14 pm
Setuju sekali.
Mudah-mudahan, kita dapat kembalikan era kegemilangan Islam terutama sekali dalam bidang perniagaan ni.
Dan moga-moga kita takkan lupa diri, lupa orang lain, lupakan ALLAH bila dah berjaya nanti.
Insya ALLAH, jom kita amalkan gaya perniagaan Islam.
Ganbarou.
June 6th, 2008 at 5:47 pm
best idea itu. terima kasih kerana berkongsi
June 6th, 2008 at 6:39 pm
Excellent!! Saya selalu cari buku/bahan rujukan Islamic yg khusus tentang biznez,tp sgt2 kurang.so end up,refer pd buku2 barat (x salah refer pd buku org2 barat, cuma penerapan nilai Islam xde le).Excellent IK!
June 6th, 2008 at 8:29 pm
setuju, setuju sangat, bab-bab business ni memang kene cepat dan pantas.. saya dah lambat dua bulan ni sebab banyak kerja kat office, lepas ni tak boleh lagi buang masa, time is money, money will not waiting for you, men without money are noting…so guys grab it’s A.S.A.P… tkank’s IK…
June 6th, 2008 at 10:21 pm
setuju sangat2…
semalam saya ada menonton rancangan MHI menjemput Sdr. Ann Wan Seng, penulis buku best seller Rahsia Bisnes Orang Cina.
Apa yang mengejutkan saya beliau berkata, “setelah saya membuat kajian, rupa-rupanya orang Cina belajar berniaga dari orang Islam @ pedagang-pedagang Arab yang datang ke negera China.”
Amat rugilah sekiranya kita sebagai orang Melayu dan beragama Islam tidak mengamalkan apa yang telah dimulakan sendiri oleh umat Islam sendiri pada zaman dahulu…
June 6th, 2008 at 11:11 pm
tips 1 minit semakin bagus dari hari ke hari..idea yang bernas dan ulasan yang menarik. TQ
June 7th, 2008 at 10:26 am
Terima kasih Irfan kerana berkongsi ilmu yang merujuk kepada cara2 peniaga Islam. Semoga beroleh keberkatan dengan bisnes yg kita jalankan.
June 7th, 2008 at 4:56 pm
satu contoh yang baik dan setkan ia ke minda,semoga kita semua lebih berjaya dan lebih gemilang…
June 7th, 2008 at 7:15 pm
Askum IK…
Setuju sangat2. Tq. Xsabar sy menunggu tip selanjutnya.
June 7th, 2008 at 10:34 pm
Go Go Go !!!!
sbb byk cara perniagaan zaman mutakhir nih syubhat belaka.. nak deal puh penin kepala…sbb kita wajib mencari yg halalan toyiban
“sesungguhnya setiap kesusahan akan ada kesenangan” al-insyirah 5&6
June 7th, 2008 at 11:29 pm
Assalamua’laikum!
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas terbukanya hati IK utk membawa kategori baru berlandas sejarah Islam dalam perniagaan. Ini pada saya amat positif untuk semua fans IK. Yes!
Harap ia bercambah sebagai perkongsian sihat dan yakin Insyaallah dengannya IK bakal melangkah lebih jauh.
Sesuai dgn makna Islam itu sendiri iaitu SEJAHTERA, mudah-mudahan sejahteralah yg kita kecapi. Begitu juga dgn seruan yg membawa maksud ‘MARILAH MENUJU KEJAYAAN’ dalam laungan azan, semoga berjayalah orang-orang yg berusaha memartabatkan agama dan menyampaikan ilmunya walau pun sepatah perkataan. Islam itu sendiri MOTIVASI yang azali. Thanks IK.
June 8th, 2008 at 1:37 am
setuju sangat dengan tips pernigaan 9/10.
Saya paling lemah nak mintak cash kat pelanggan. selalu rasa macam kejam je nak mintak cash. Ada pelanggan yang bermasam muka bila saya minta cash.
June 8th, 2008 at 3:38 am
Islam itu agama yang mulia. Islam bukan sahaja bergantung kepada sembahyang tetapi cara hidup kita juga bergantung kepada Islam termasuklah ilmu perniagaan.
Alhamdulillah IK mengetengahkan tips dari sahabat Rasulullah sebagai panduan berniaga. Semoga IK dirahmati Allah di dunia dan akhirat.
June 9th, 2008 at 4:15 am
ehm. betul. Antara tips yang direct to da point. Masalahnya, terlalu ramai yang lupa.
June 9th, 2008 at 10:07 am
Tahniah,
Sangat setuju dengab ruangan tersebut
Moga akan lahirkan lebih ramai islamic businessman. Businessman dunia akhirat.
June 9th, 2008 at 10:50 am
“Tips perniagaan berkonsepkan sejarah Islam”, memang saya setuju sangat
June 9th, 2008 at 12:00 pm
islam adalah addin cara hidup,kita lupa banyak contoh terbaik dalam agama islam.kita akan jadi bangsa yang hebat bila bepegang teguh pada ajaranya.sama2 kita mengambil iktibar dan jadi bangsa yang cemerlang ,gemilang dan terbilang
June 9th, 2008 at 12:33 pm
Salam… syabas saudara Irfan. Tips anda sangat berguna. TQ.
June 9th, 2008 at 2:52 pm
tips yang payah ..bagi kebanyakan orang nak buat… ialah tips no3 tu…. paycash…
tapi rasenye kalo dah selalu cash transaction… hilang penin kepala…overhead cost pun kurang (bil telepon, surat amaran, surat lawyer, etc)..
takde la nak folow-up selalu…
alhamdulillah…kureng masalahnye
June 9th, 2008 at 5:43 pm
salam,
very basic YET very effective!
; )
June 9th, 2008 at 6:01 pm
Salam. Saya begitu tertarik apabila IK mengingatkan kembali saya pada sejarah kegemilangan sahabat-sahabat nabi. Memang benar apa yang di perkatakan itu.
Bisnes perlukan analisa dalam penetuan harga walau sedikit.
Jika kita perasan margin keuntungan seperti pekedai barangan runcit bukanlah besar, tapi biasanya bisnes itulah yang paling banyak bertahan dan maju. Walau pun margin atau keuntungan bagi setiap barang itu kecil, ingat tak akan kata-kata ’sikit-sikit lama-lama jadi bukit?’.
Banyak lagi bisnes yang mampu di kurangkan dari segi harga untuk menarik lebih ramai pembeli.
ok bye!
www.glowglokal.com
dayaglokal.blogspot.com
June 10th, 2008 at 8:01 am
bagus cadangan tu.. tidak dinafikan Rasulullah SAW dan para sahabat adalah pakar ekonomi terhebat
June 10th, 2008 at 8:18 am
Tahniah IK diatas keprihatinan anda. Kalau boleh dr. tolong kupaskan tentang perniagaan Darul Arqam yang mana kita semua sedia maklum Al-Arqam suatu ketika dahulu telah memonopoli perniagaan secara sistem Islam ini dengan jayanya di Malaysia. Mungkin kita boleh mengambil bahagian yang positif untuk dijadikan panduan.
June 12th, 2008 at 11:07 am
saya setuju dengan sistem Abdul Rahman bin Auf R.A., mungkin banyak lagi cara beliau yang kita tak ketahui. You know…beliau seorg yg mendapat redha Allah dunia & akhirat…doa beliau mustajab…kita??? mungkin IK boleh elaborate cara beliau menguruskan perniagaan dgn lebih lanjut.
June 12th, 2008 at 12:17 pm
Saya cadang bukan namakan “tip perniagaan berkonsepkan sejarah Islam” tetapi “tip perniagaan berlandaskan Islam”.Konsep perniagaan Islam yang perlu dikongsi bersama….
Walao bagaimanapun,it is an excellent idea!!!
June 17th, 2008 at 12:35 pm
suka yang tips takde hutang ketika niaga.
June 19th, 2008 at 8:55 am
ya. saya stuju sangat2. kerana dengan Islam kita akn amn sejahtera & berjaya. saya setuju.
August 31st, 2008 at 3:40 am
Saya setuju pendapat IK. Mmg itu yang sangat2 bagus. Kita patut aplikasikannya untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan deberkati.
Syabas IK..Semoga anda terus sukses..
Salam sukses
September 15th, 2008 at 4:07 pm
100% setuju…kita patut didedahkan dgn kejayaan tokoh-tokoh Islam dolu-dolu yg sememangnya hebat-hebat belaka.
Ada tak sejarah dulu2 cammana dia org buat nk tarik pelanggan?
Salam Ramadhan.
September 15th, 2008 at 5:08 pm
Saya setuju pendapat IK dan juga pendapat kama .Dulu Al-arqam dan buka jalan dan ada pula orang tutup. Idea 9/10 ni dah lama ustaz shaari kemukakan. Kalau tak silap saya 1% useha 9%lagi adalah taqwa kita.
Selamat beruseha IK
Dan selamat Maju jaya
September 15th, 2008 at 10:47 pm
Sy mmg setuju sgt dgn pandangan mentor kita. Selagi perniagaan itu tidak melanggar hukum syara’, maka akan dapat keredhaan Allah. Sesuai dgn firman Allah yg bermaksud ” Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba” Wallahu a’lam
November 17th, 2009 at 2:14 am
sangat-sangat bersetuju. memang sepatutnya dalam apa jua bidang yang kita sertai, kita ambil contoh/ ajaran islam. Rasulullah juga seorang peniaga yang sangat berjaya.
January 5th, 2010 at 9:35 am
wau
April 13th, 2010 at 2:31 am
waw…best juga tips2 yg diberikan oleh IK ni…sa hrp suatu hari nanti sa akan jadi jutawan internet juga…yesss yakin boleh…
May 16th, 2010 at 5:53 pm
Of course setuju dengan cadangan tu.
Greatest tips from Ahli Perniagaan Islam.
Kite kena ikut kaedah/ acuan Islam untuk berjaya..
TQ IK
June 11th, 2010 at 5:27 pm
pertanyaan………
macam beli kereta,boleh dikatakan semua pembeli berhutang.
so,macam mana nak pakai sistem “Cash Transaction Only”???
July 28th, 2010 at 12:59 am
Pembeli berhutang dgn bank..but syarikat dapat duit sepenuhnya drp bank..