Thu 8 Mar 2007
Kita sedia maklum, networking adalah baik untuk perniagaan oleh kerana ianya dapat meluaskan pasaran. Dalam ebook 101 Cara Promosi ada menekankan.
Apa yang penting dan ramai teranggap salah adalah, network menjadi efektif cuma apabila terdapat kualiti di dalam network tersebut. Bukan, kuantiti. Kuantiti, mungkin ramai sudah ada… seperti kenalan yang ramai (network juga).
Yang penting adalah kualiti network tersebut. Secara peribadi, network saya tidaklah besar- tetapi, kerjasama dengan network saya yang kecil ini mempunyai kualiti yang tinggi dalam menyebarkan perniagaan.
Jadi, networking, tidak semestinya baik. Tetapi, kualiti sesuatu networking adalah lebih penting
ps: berjumpa sembang-sembang kosong di kedai kopi, network juga… tetapi tak berkualiti. jadi, bersembanglah perihal-perihal yang boleh menaikkan perniagaan & motivasi diri.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

March 8th, 2007 at 10:57 am
Networking yang saya gemari adalah “change link”. Sudah tentu saya cari networking yang aktif dan berkualiti.
Saya sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang nak bertukar link dengan laman web P2..DotCom
www.promosipercuma.promoprosper.com
Hisham;
” Saya sedia merealisasikannya.
“Mencadangkan supaya ditubuh Kelab Networking di kalangan pembaca tip 1 minit!!?
March 8th, 2007 at 12:08 pm
bagaimana nak memilih network yang berkualiti?
March 8th, 2007 at 12:38 pm
kadang2 saya lihat rakan-rakan saya lebih berforum dan chatting di internet bual kosong..
alangkah baik kalau semua rakan-rakan saya menggunakan faedah network ini untuk menjana pendapatan hebat di internet…
March 8th, 2007 at 12:42 pm
kenal pasti network yang anda ingin sertai, kemudian, dapatkan keadaan di mana win-win situation. bagaimana anda dapat membantu network anda, dan bagaimana network anda dapat membantu anda.
bila keduanya saling membantu, maka, lebih berkualiti networking tersebut.
kalau boleh, cari network yang “complement” diri anda. bukan yang sama dengan anda.
juga, kerjasama lebih daripada “promosi” sahaja. iaitu, mereka promosi anda, anda promosi mereka… itu baru asas sahaja. cuba dapatkan kerjasama lebih daripada bantuan promosi.
banyak lagi, tak tertulis… insyaallah dalam tip2 akan datang.
March 8th, 2007 at 12:54 pm
quality networking-intipati utama kehidupan
contoh: robert t. kiyosaki dan donald trump sama2 menulis sebuah buku “Why We Want U To Be Rich”. Kedua-duanya menjalankan networking win-win.
pengalaman saya dlm membina perniagaan network marketing/Multi level Marketing, memang menjalankan rangkaian orang-orang. people helping people.
perlu bijak mengetahui siapa rakan niaga yg bagus dan berkualiti…
March 8th, 2007 at 1:58 pm
“If you’re ‘not networking’, you’re not working” - Jutawan MLM.
Sekiranya network yang anda ada tidak berkualiti, anda boleh bentukkan mereka menjadi berkualiti.
Caranya, ajaklah mereka menyertai aktiviti yang anda lakukan yang akan menjadikan mereka lebih berilmu dan berkualiti.
March 8th, 2007 at 2:17 pm
Saya setuju ..kualiti cukup penting untuk mengembangkan bisnes….kebiasaannya,ramai yang berfikir kuantiti itu menunjukkan perkembangan bisnes tanpa menekankan kualiti…Thanks..Dr
March 8th, 2007 at 3:58 pm
Tak terlintas difikiran sebenarnya kualiti lebih penting dari kuantiti dalam konteks networking ni. Ini bermakna, kita boleh menjalankan urusniaga dengan networking yg kecil yg. berkualiti. Satu tips yg. mungkin kita terlepas pandang akan kepentingannya. Thanks doc.
http://www.jomwebtemplate.com
March 8th, 2007 at 4:24 pm
betul cakap .ramai kawan tak semestinya kite mempunyai rangkaian urusniaga yang ramai.
March 8th, 2007 at 7:02 pm
“Kawan biar seribu, musuh toksah dok cari”
Walaupun siapapun kawan kita , sama pentingnya. Walaupun dia agak “tak berguna” dalam bisness, mungkin dia berkualiti dari segi yang lain.
Kadang2 orang selalunya dipandang rendah, adalah “network” terbaik bagi perniagaan kita.
March 8th, 2007 at 7:08 pm
Betul tu Mohd, saya setuju dengan pendapat awak tu..kualiti is more valuable than kuantiti
March 8th, 2007 at 9:02 pm
kawan2 yang sama2 berborak kosong adalah networking yang tidak berkualiti, eloklah dikurangkan sikap suka melepak dikedai kopi selalu(tokey kedai pun naik meluat kalau duduk berjam2..minum tea tarik ajer)
March 8th, 2007 at 10:58 pm
Doc, kalau pilih network ada kemungkinan jadi pipit kawan ngan pipit, enggang dengan enggang ?
March 9th, 2007 at 9:13 am
irwandahnil : Saya rasa apa yg maksudkan ialah supaya kita harus berkawan dengan pipit, enggang, merak, gagak, helang dsbnya, tapi dengan cara yang terpilih. Dengan lain perkataan, berkawanlah dgn siapa sahaja, tapi pilih yang berkualiti, yang boleh saling bantu membantu dengan kita utk memjukan perniagaan kita. Jgn buang masa berkawan dgn mereka yg tidak memberikan hasil pd kita. Jadi kita tidak membuang masa berborak kosong di kedai kopi mahupun di ruang chatting… Just my 2 cents worth of opinion.
http://zoomer.fotopages.com/
March 9th, 2007 at 9:36 am
ASM wr.wb: Assalamualaikum Memang benar apa yang dikata. Quantity tidak mencerminkan apa-apa. Tetapi Quality lah yang terpenting. Dalam MLM kita mempunyai ramai ahli. Tetapi ada separuhnya “tidur atau separuh tidur”. Jadi sebagai upline kita lah terpaksa mengerakkan mereka. Saya suka quantiti yang kecil tetapi mempunyai quality iaitu suka membeli dan aktif.
March 9th, 2007 at 10:29 am
irwan, betul zoomer katakan tu. kita kawan dengan semua, cuma untuk mengembangkan diri kita, kita perlu sedikit “memilih” supaya kita kearah kemajuan.
networking dalam perniagaan, bayangkan pula kita duduk berbual kosong dengan network kita yang kurang kualiti. dan bandingkan sekiranya kita duduk semeja dengan network yang berpandangan jauh dan bernas memberi idea serta cepat mengimplementasikan idea dalam melipat kali gandakan perniagaan
walaupun bunyi “memilih kawan” agak pedas sedikit, namun, perlu juga ada sedikit “pilihan” supaya kita dapat maju kehadapan. pilih yang berkualiti…
March 9th, 2007 at 11:48 am
Memang ayat “memilih kawan” tu pedas skit. Tapi dari sudut agama pun, kalau tak silap saya la… kena pilih kawan jugak. Kalau tak, silap pilih kita akan hanyut.
kata orang, kawan ngan kaki motor akan minat motor jugak, kawan ngan kaki buku akan miinat buku jugak, kawan ngan orang dadah akan hisap dadah jugak, kawan ngan ahli masjid akan jadi ahli masjid jugak.
Jadi kenalah cari suasana yang mana kita hendak mengikut matlamat kita. Yang nyatanya ramai kat sini ke arah kejayaan di internet. So, kenalah kawan ngan orang2 yg positif mindanya bab ebiz ni…
Sekadar pandangan…
March 9th, 2007 at 1:15 pm
Network sebenarnya juga bergantung kepada jenis pekerjaan dan perniagaannya..
Contohnya kalau kerjanya seorang polis atau seorang detektif - penagih dadah,mat rempit, pelacur adalah pun boleh jadi network terbaiknya.
March 9th, 2007 at 1:54 pm
hurm..
pertama: tak setuju dgn gi kedai kopi dan borak2 tu bukan networking tk berkualiti. tapi..
kedua: setuju bila kata networking dgn org berpandangan jauh itu berkualiti.
conclusion: jadi..tempat bukan halangan. yg penting org yg kita nak networking tu.
March 10th, 2007 at 8:55 am
So from now on cuba kita bear in mind setiap kali kita nak buat kenalan baru, mulakan dgn memberi bisnes card kita. So, perbualan tu akan bermula dgn perkara2 bisnes…. dan terus berkembang sehinggalah dapat mencapai satu win-win situation. Mungkin kenalan baru tu boleh bantu kita dlm mempromosi perniagaan kita.
Lagi satu, jauhi diri dari mereka yg bersikap pesimis, yg slalu mahu menjatuhkan kita dan yg selalu melemahkan semangat dan keyakinan kita terhadap apa yg dilakukan cthnya bisnes internet ni…
Mazny - Setuju ngan cadangan saudara Hisham tu. Proceed je la… Bagus idea tu
March 10th, 2007 at 9:33 am
amok: Sila baca semula komen saya terdahulu… “berborak kosong di kedai kopi”, dan komen .. “berbual kosong dengan network kita yang kurang kualiti”. Tanpa menjelaskan dengan panjang lebar, saya rasa kita semua mengerti apa yang dimaksudkan. Sekadar pandangan bernilai 2 sen…
http://zoomer.fotopages.com/
March 10th, 2007 at 6:01 pm
Yap.. yang penting tu ‘kualiti’. Baiklah sesiapa yang ingin networking dengan saya boleh la pergi ke www.imoimora.com ye.
Kita saling bertukar-tukar link. Mekasih
March 11th, 2007 at 12:33 am
pada pandangan saya .. memilih yang tidak berkualiti dalam networking seperti kita memberi ruang , peluang kepada mereka juga … tak semestinya yang berkualiti pada awalnya terus kekal kualitinya dan tidak semestinya orang yang kita rasa tiada kualiti tidak mampu untuk jadi berkualiti.. perkara ini subjektif… fikir fikirlah….
ada baiknya kita bagi peluang …
March 28th, 2007 at 8:14 pm
Yes ! Tuan2 n Puan2
Saya 100% setuju Kualiti adalah jadi ukuran utk satu2 networking tu bukan nya kuantiti.
January 6th, 2008 at 9:13 am
Saya Arif Ismail, pernah menghadiri seminar Irfan masa awal-awal dulu tahun 2005. Makan pun satu meja dengan Irfan (belum lagi masa tu). Bagus network dengan Irfan ni. Saya belajar buat web since 2005. Sekarang buat blog. So ini contoh kualiti dalam networking.
Kalau Irfan berkelapangan jenguklah blog saya (one of your pioneer student) supaya boleh diperbaiki untuk mendapat ranking yang baik dalam search engine dan lebih efektif. Blog saya www.myunittrust.com
Ranking terkini untuk keyword “unit trust cosnultant” no 1 dan 2 dalam Yahoo dan no. 10 dalam Google.
February 4th, 2010 at 9:32 am
ok jugak 2.