Seperti biasa, masuk bulan baru, tiada tip satu minit untuk hari ini.

Ada juga yang tanya kepada saya, kenapa setiap kali masuk bulan baru, kita berhenti sebentar tanpa tip. Jawapannya adalah, dalam mempelajari apa sahaja, kita perlu berikan masa untuk membuat rujukan dan ulangkan bacaan supaya kita lebih ingat dan memahami apa yang dipelajari.

Kajian menunjukkan,  90% dari apa yang kita pelajari akan dilupakan dalam masa 2 minggu pertama sekiranya tidak membuat rujukan/ulangkaji. Oleh itu, setiap kali masuk bulan baru, kita ambil masa untuk buat rujukan tip-tip yang lepas untuk mengingatkan kembali. (tip juga ni :) )

Terdapat 15 tip perniagaan dan 15 tip kejayaan untuk bulan Julai. Rujuk kembali dengan klik di sini

So hari ni kita cuti sebentar untuk mengulangkaji, dan sambil cuti, saya ada soalan untuk anda…

Tip-tip perniagaan/kejayaan dalam topik apa yang anda inginkan bulan ini? atau apa sahaja soalan yang anda ingin tanyakan kepada saya…

Salam hormat :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat datang September 2006
  • Hello Julai 2006!
  • Menjadikan perniagaan sebagai tabiat
  • 43,200 minit untuk melangsaikan matlamat!