Online seminar *terbaru* Irfan Khairi “Cara bersaing!” Khamis ini – percuma!

Dua pengumuman ingin saya sampaikan kepada anda…

Atas kejayaan mengendalikan sesi Online Seminar (Webinar) saya yang pertama beberapa minggu lepas serta menjalankan ulangan siaran, webinar siri 01 bertajuk “Nak jual Apa?”, ramai yang inginkan saya mengendalikan tajuk-tajuk baru pula!

Atas sokongan yang diterima, pada hari Khamis ini jam 9 malam secara “Live” online saya akan mengendalikan Webinar bersama Irfan Khairi “Live” siri 02 bertajuk “Cara bersaing!”. Yang akan mendedahkan kaedah bersaing supaya anda dapat menawan pesaing-pesaing dalam perniagaan anda!
Topik yang akan disampaikan:

  • Masih tak tahu hendak menjual apa di Internet?
  • Cara bersaing dengan efektif dan menewaskan pesaing anda?
  • Cara paling efektif promosikan perniagaan anda- Facebook, Blog atau Laman Web?
  • Maklumat lanjut Revolusi Perniagaan Internet 2hb & 3hb April

Sekiranya anda ingin mengikuti online seminar ini secara “live” dari keselesaan rumah anda, ikuti link di bawah dan cetak/print maklumat yang diberikan. Jangan ketinggalan oleh kerana sesi online webinar ini adalah percuma dan sarat dengan maklumat yang boleh membantu perniagaan di Internet. Lawati:

http://instantteleseminar.com/?eventid=18033087
*Jangan lupa print maklumat di sini & letak di depan meja komputer anda! 😉

Pengumuman kedua adalah mengenai sesi Prelude Revolusi Perniagaan Internet yang akan diadakan pada  Sabtu 12hb Mac 2011, di Vistana Hotel Kuala Lumpur.

Sejak beberapa bulan lepas, saya telah mengendalikan road tour PERCUMA memeberi tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet. Alhamdulillah, sambutannya amat hebat dengan beribu peserta telah terlibat sama!

Namun, sesi road tour Prelude ini sudah hampir mencapai penghujungnya. Mungkin, sesi pada 12hb Mac ini adalah sesi terakhir yang dikendalikan, oleh kerana tempat untuk acara Revolusi Perniagaan Internet sudah hampir penuh. Sekiranya penuh, road tour akan dihentikan*.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet di acara PRELUDE Revolusi, jangan ketinggalan pada hari Sabtu 12hb di Vistana Hotel Kuala Lumpur! Maklumat lanjut di bawah.

-Irfan Khairi @ IK
Kuala Lumpur

ps: Sudahkah anda sertai saya di Facebook? sekiranya belum, “Like” FB page saya di sini. Saya memberi berbagai2 tip perniagaan, motivasi dan kewangan setiap hari!
pps: Anda terlepas sesi webinar pertama Siri 01 “Nak jual apa?” Sertai PRELUDE Revolsi Perniagaan Internet di bawah supaya tidak ketinggalan tips dan strategi yang disampaikan!

****************
PRELUDE Revolusi Perniagaan Internet (PERCUMA)
Sesi terakhir!*
bm_poster_for_email.jpg

Ramai yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi, mempunyai 3 soalan utama, iaitu:

  1. Nak jual apa di Internet?
  2. Bagaimana nak mulakan perniagaan Internet?
  3. Bagaimana nak promosikan perniagaan anda?

Sesi saya di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 12hb Mac, akan menjawab ketiga-tiga soalan di atas. Tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan secara part-time, atau anda sedang menjalankan perniagaan kini dan ingin mengembangkan keuntungan perniagaan anda melalui Internet, di sesi ini, akan membantu anda mencapai matlamat perniagaan Internet anda.

Oleh itu, anda dialu-alukan menghadiri sesi saya pada hari Sabtu depan!

PRELUDE REVOLUSI PERNIAGAAN INTERNET

Bersama Irfan Khairi
Tarikh: Sabtu 12hb Mac 2011
Kuala Lumpur
Vistana Hotel
10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Masuk: PERCUMA

Sekiranya anda ingin menghadiri sesi di atas, sila lakukan tempahan awal oleh kerana sesi-sesi ini adalah eksklusif kepada 100 penyertaan sahaja untuk memudahkan pembelajaran teknik-teknik perniagaan Internet yang disampaikan. Juga akan disampaikan maklumat mengenai acara gilang gemilang- Revolusi Perniagaan Internet pada April 2011 + tawaran istimewa bagi mereka yang hadir.

Sekiranya ingin hadir sesi di Vistana Hotel Kuala Lumpur, sila email sales@rahsiainternet.com dengan tajuk “PRELUDE KUALA LUMPUR 12 MAC” beserta maklumat-maklumat berikut:

Nama: ………………………..
No.HP: ………………………..
Alamat email: …………………………
Jumlah peserta: ………………………………

Kita jumpa di sana ya!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

6 thoughts on “Online seminar *terbaru* Irfan Khairi “Cara bersaing!” Khamis ini – percuma!

  1. Saya pasti ikuti seminar online percuma ni, seminar lepas saya begitu teruja sebab kali pertama dapat mengikuti seminar sebegini dari IK, memang menarik sekali walaupun tak bersua muka tapi yang penting ilmu itu sampai kepada saya.

  2. Salam IK,

    Saya mula berminat dengan perniagaan melalui internet ni ketika mula membaca buku IK bertajuk Rahsia Jutawan Internet Terbongkar.

    Jadi insyaAllah saya akan mengikuti seminar online ini untuk menambahkan lagi ilmu saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.