Peluang perniagaan di mana mana

Ramai yang mencari peluang untuk memulakan perniagaan, peluang mendapat pendapatan tambahan serta peluang perniagaan secara sambilan.

Dalam mencari peluang-peluang sedemikian, sememangnya terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan yang ditawarkan di pasaran. Tidak kira di kaca tv, corong radio, ikan akhbar dan majalah, serta poster2 di bilboard jalan raya.

bizop.jpg

Dalam pada itu juga, terdapat peluang perniagaan yang hanya menipu semata-mata seperti SCAM dan juga Skim cepat kaya. Ada juga peluang perniagaan yang tidak mengikut landas Islam dan syariah. Seperti baru-baru ini, peluang perniagaan pertukaran asing FOREX juga diumumkan oleh majlis fatwa sebagai haram. Pastinya ramai yang menyertai juga terkejut oleh kerana saya yakin ramai yang menyertai pun tidak tahu sebelum ini.

Apa yang perlu di ingat adalah, ketika kita mencari peluang perniagaan, sering kali kita terkabur dan terkeliru dengan peluang-peluang yang selalu menarik emosi kita sebagai manusia. Pastinya, siapa tidak mahu kaya? Tetapi soal inginkan kaya, dan inginkan harta, keluar dari masalah kewangan, menambahkan gaya hidup diri dan keluarga selalu akan mengkabur minda kita membuat fikiran yang rasional.

Tidak kira apa pun peluang perniagaan yang ditawarkan, pastikan kita melakukan berbagai-bagai research / penyelidikan terlebih dahulu atas peluang tersebut. Fikir secara rasional dan bukan emosi.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

10 thoughts on “Peluang perniagaan di mana mana

  1. Memang betul tu setiap orang harus teliti dahulu betul-betul perniagaan yang ingin diceburi suapay tidak terjebak dengan perniagaan yang haram dan termasuk dalam skim cepat kaya. Banyak perniagaan MLM yang sebelum ini lingkup kerana sikap tamat dan sistem yang tidak mengikut Syariah. Sebab itu saya memilih sistem Single Level dan juga sistem Trading supaya lebih selamat dan tidak terlibat dengan skim cepat kaya.

  2. Peluang perniagaan ada di mana-mana dan kita perlu rebut peluang itu apabila ia datang di depan mata.

    Tip yang selalu dikongsikan oleh IK dan juga ramai usahawan yang berjaya ialah mulakan bisnes yang kita minat dulu, terutamanya hobi dan tukarkan ia menjadi bisnes. Biasanya apa uyang kita minat itu lebih senang untuk dibuat kerana kita tak sedar pun penat sebab kita suka, kan?

  3. Betul kata IK!
    Allah s.w.t yang kurniakan rezeki kpd kita jadi kita mestilah ikut jalan yg betul spy kita bahagia di dunia & akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.