Mon 24 Dec 2007
Bulan lepas, seperti mana yang pelawat sini ketahui, saya telah menjadi duta/jurucakap program perniagaan MIBO… tapi sehingga kini, belum berkesempatan lagi saya menulis mengenai MIBO. bagi yang terlepas, berikut adalah klip daripada Buletin Utama pengumuman/perlantikan saya sebagai duta MIBO.
http://www.youtube.com/watch?v=hYfbqczEgbQ
Sekarang, dah nak masuk tahun 2008, saya kira waktu yang terbaik untuk saya ceritakan serba sedikit berkenaan MIBO, dengan cara mudah di faham
Senang cerita, MIBO ni adalah peluang perniagaan dimana mereka yang menyertai MIBO (membeli lesen MIBO) meperolehi hak jual balik atau “Authorized Reseller” kepada beberapa produk ICT dan kewangan paling utama di Malaysia.
Ini termasuk:
- Streamyx
- TM Smart Call (discounted telephone line melalui VOIP)
- Celcom
- Maxis
- Astro
- Izzi 4G (perkhidmatan wireless baru di KL & Lembah Klang)
- Kad Kredit MBF
Cuma…
Tidak seperti cara konvensional, dengan menjadi reseller kepada produk-produk ICT dan kewangan di atas, reseller mendapat komisyen minima. Ini kerana, cara konvensional adalah seperti gambarajah begini…

Cara konvensional: Berkemungkinan retailer (ANDA) mendapat komisyen 60% sahaja sekiranya distributor ambil 20% dan wholesaler ambil 20%
Yang istemewanya melalui MIBO, J & C Pacific berjaya melakukan cara ini…

Ini bermakna, pemilik lesen perniagaan MIBO mendapat 100% komisyen terus daripada PRINCIPAL.
Kekuatan MIBO #1:
Melalui MIBO adalah satu-satunya cara untuk mendapat 100% komisyen secara terus daripada PRINCIPAL!
Contoh 1:
Sekiranya anda membeli lesen MIBO, anda boleh jual semula produk-produk yang diatas. Caranya ada berbagai. Cara mudah adalah, katakanlah anda cetak 1,000 brochure Astro dan edarkan di kawasan perumahan baru (kos mungkin RM100). Setiap rumah yang menghubungi anda untuk pendaftaran Astro, anda mendapat komisyen daripada Astro sebayak RM45-RM90 (bergantung kepada pakej).
Katakan 50 buah rumah mendaftar Astro, ini bermakna anda mendapat komisyen dalam lingkungan RM2,500++. Bayangkan sekiranya anda mengedarkan 5,000 atau 10,000 brochure…
Contoh 2:
Sekiranya anda nak adventure lebih sedikit, anda boleh menyewa gerai di pusat membeli belah untuk seminggu. Kos adalah lebih kurang RM1,000 untuk sewa gerai seminggu. Dan di gerai tersebut, anda mengambil pendaftaran untuk Kad Kredit MBF katakan.
Pasti anda pernah nampakkan, gerai-gerai sedemikian di pusat membeli belah!
Cuma dengan MIBO, jangan lupa, anda mendapat 100% komisyen. Contoh, sekiranya anda mendaftarkan Platinum kad lah katakan, anda mendapat komisyen dalam lingkungan RM400 (cara konvensional mungkin usahawan mendapat dalam lingkungan RM100 sahaja) . Sekiranya dalam masa seminggu itu anda mendapat 10 pendaftar, keuntungan anda adalah RM3,000 (setelah ditolak kos sewa tapak RM1,000) minggu itu.
Nanti esok saya ceritakan lebih lagi mengenai MIBO dan memberi lagi banyak contoh… cerita sedikit demi sedikit supaya mudah faham
Cuma hari ini, anda perlu ketahui bahawa…
Kekuatan MIBO #1:
Melalui MIBO adalah satu-satunya cara untuk mendapat 100% komisyen secara terus daripada PRINCIPAL!
Tip hari ini:
Rujuk kembali tip saya http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/buang-orang-tengah-dalam-perniagaan/ Bagaimana MIBO boleh berjaya memperolehi 100% komisyen daripada principal? Caranya adalah dengan membuang orang tengah melalui cara konvensional iaitu distributor dan wholesaler!
Minggu ini kita buat minggu perniagaan MIBO ok… maklumlah, jurucakap. Kenalah banyak bercakap
Esok saya akan ceritakan bagaimana MIBO boleh memberi pulangan aliran pendapatan berganda (multiple sources of income) bersambung…
Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 24th, 2007 at 12:26 am
Saudara Irfan, bolehkah MIBO dilakukan secara dlm talian (online)?
December 24th, 2007 at 9:43 am
Wahh.. ni satu peluang ni.. x ramai yang tahu.. insyaAllah, saya akan cuba ambil peluang ni..
December 24th, 2007 at 10:56 am
satu idea yang tengah berkembang sekarang, hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam.
December 24th, 2007 at 11:06 am
Abuya > boleh, kalau kena dengan caranya. nanti esok saya ceritakan sedikit.
December 24th, 2007 at 11:33 am
Peluang yang baik, tapi saya lihat persaingan terlalu banyak, banyak kompeni focus untk ICT produk macam tm
tapi bagus gak mibo guna stail direct sales
apa-apa saya nak tengok esok apa kupasan mengenai mibo
kalau peluang baik saya nak join gak
kalau boleh bagi gak idea pemasaran yang kreatif skit mcm mana nak promote produk mibo atau jenama mibo ni.
December 24th, 2007 at 12:40 pm
Very interesting!!
December 24th, 2007 at 12:48 pm
saya ada persoalan skit
mcm mana ok atau tak dengan kata lain ada tak apa2 kelemahan yang tahu mengenai online payment gateway seperti ipay88 dan netbuilder.
December 24th, 2007 at 10:39 pm
macammana nak daftar mibo ni?
December 24th, 2007 at 11:26 pm
menerusi penerangan , saya dah faham sikit tentng mibo ni dah saya dah register dah.Cuma perlukan pemahaman lanjut dari dan saya akan sabar menunggu hari esok untuk mendapat info terbaru dari
December 25th, 2007 at 4:54 pm
saya berminat, tak sabar rasanya nak kluar kepopong makan gaji.. bagaimana saya bleh mendaftar dgn mibo ? harap dapat membantu..
December 27th, 2007 at 11:59 am
lebih menjurus kepada pendaftaran je ka….? selain itu, takda ka perkhidmatan lain yang boleh kami sediakan?
December 27th, 2007 at 3:24 pm
Assalamualaikum
TAHNIAH!!
Usaha sangat mulia, membantu mereka yang memerlukan ilmu JUARA, kemahiran JUARA dan pengalaman JUARA.
January 1st, 2008 at 10:50 pm
Asalamualaikum
Saya ada melakukan perniagaan secara sambilan dengan menjual tambah nilai secara sms. Komisyen yang dapat kecil sangat. Adakah dengan menyertai MIBO ini saya akan mendapat komisyen yang lebih tinggi berbanding sekarang 3-5 peratus sahaja. Kalau nak diikutkan jualan sebulan saya memang sampai seribu lebih, tetapi disebabkan komisyen yang terlalu kecil maka ia seperti tidak menjanjikan apa-apa keuntungan.
January 15th, 2008 at 2:44 pm
assalamualaikum mcm mana nk daftar ajen MOB.harap boleh membantu ..kat mane HQ?
February 14th, 2008 at 9:18 am
adakah perniagaan ini perlukan modal yang besar…
February 19th, 2008 at 9:15 am
saya nak minta toolong sangat ni… supaya buat taklimat di sabah… saya percaya ramai yang berminat dengan MIBO ni..
kalau boleh buat masa cuit sekolah pada bulan 3 ni…
February 29th, 2008 at 6:47 pm
hebat…
March 18th, 2008 at 9:04 am
Peluang yang ama t baik bagi Usahawan yang baru
March 18th, 2008 at 3:17 pm
nak tanya mcm mana nak daftar dlm mibo nie…leh x tunjuk skit…saya dah ada company cuma nak tau mcm mana nak daftar ja…
March 24th, 2008 at 8:06 pm
saya ingin tahu lebih lanjut mengenai mibo saya ade mempunyai syarikat trading,dan nak tahu bagaimana
April 28th, 2008 at 10:08 am
a’kum..
terima kasih dengan peluang yang diberikan.. tapi bagaiman pula bagi yang tiada modal…saya amat berminat dengan MIBO walaupun belum mendapat penjelasan yang detail… dan saya amat berharap pihak en.irfan boleh membentangkan MIBO ini di kelantan… seperti yang diketahui ramai orang kelantan kuat niaga…t.kasih 019-9656272
May 18th, 2008 at 4:15 pm
mcm mana nak joint program mibo nie? berapa modal yg diperlukan? harap en irfan dpt membantu?
July 2nd, 2008 at 11:10 am
saya sekarang sedang tercari2 utk buat buss seperti ni even as part timer… so boleh bagi details tak sebab saya nak join buss camni…tq
July 22nd, 2008 at 1:27 pm
Saya nak tanya, bila program MIBO di lancarkan di Sabah..TQ
October 7th, 2008 at 4:05 pm
sejauh mana jaminan MIBO?
October 7th, 2008 at 4:11 pm
if i want do this mibo … does i need to pay deposit mah!!!