crayon.jpg

Pernah saya tulis sebelum ni mengenai kepentingan warna dalam perniagaan. Hari ni, nak kongsi pula beberapa maksud warna yang digunakan dalam perniagaan. Oleh itu, bila buat logo, atau memilih corporate color, pilih lah dengan bijak. Menurut buku perniagaan Al & Laura Reis

  • Putih = Kesucian
  • Hitam = Kemewahan
  • Kuning = Amaran
  • Biru = Kepimpinan
  • Purple = Royalty
  • Hijau = Alam semulajadi
  • Merah = Menarik perhatian

Oleh kerana warna-warna tertentu memberi fokus yang berbeza pada retina mata, maka, pemilihan warna yang bijak juga akan menjadikan jenama perniagaan anda lebih menarik dan mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan dengan warna.  Di atas kiranya 7 warna sahaja, tetapi, daripada warna-warna ini, kita juga boleh mendapat ton-ton warna yang berbeza.

So, sekarang anda tahu mengapa laman web saya RahsiaInternet.com dan IrfanKhairi.com menggunakan warna merah & hitam!

Fikirkan logo-logo dan warna koprat jenama-jenama yang terkenal disekeliling anda. Kini anda tahu rahsia di sebalik warna perniagaan :)

ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, workshop perniagaan Internet saya paling hampir adalah dalam masa 2 minggu shj lagi. Workshop Jutawan Internet pada hari Ahad 21/12/08- klik di sini untuk maklumat lanjut.

Workshop mini Terhangat di Pasaran dan Pelanggan Tanpa Had pula pada Sabtu 20/12/08. Ketiga-tiga workshop ini sebagai penutup tirai 2008. So, anda boleh mulakan azam baru perniagaan Internet 2009 :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Warnai Perniagaan Anda
  • 3 asas membina jenama perniagaan
  • Tidak terlalu banyak warna
  • Perlu bijak untuk jadi jutawan