Buka buku membina kekayaan mana-mana dan anda pasti akan dapati kesemuanya menyebut mengenai passive income.

Passive income bermaksud, anda melakukan suatu kerja itu sekali, tetapi, pendapatannya anda akan terima berulang-ulang kali. Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang membolehkan anda menerima passive income, maka, itu adalah kunci kekayaan tanpa had!

Pada asalnya, saya seorang designer. Tetapi, sebagai designer, pendapatan yang saya terima bukan passive. Ini bermaksud, sekiranya saya berhenti mereka cipta grafik, pendapatan saya juga turut berhenti. Oleh sebab itu, saya menambahkan multiple streams of income untuk meraih pendapatan passive. Ini termasuk, menjual CD Rom Langkah 1-2-3, mendapat pendapatan melalui royalti buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar dan Secrets of Internet Millionaires Revealed, serta melesenkan kursus perniagaan Internet 3-dalam-1.

Gabungkan tip multiple streams of income (Rahsia aliran pendapatan yang berganda), bersamaan dengan passive income, pendapatan anda tidak akan mempunyai had!

Kongsikan idea passive income yang anda boleh usahakan dalam masa 1 tahun ini :)  

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Erti financially free… kewangan mandiri
  • Pengambaran VCD/DVD “OK, Let’s Talk!”
  • Bersihkan pendapatan perniagaan Internet
  • Apa itu perlesenan (licensing)?