Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif

Awal-awal dulu masa baru Internet bermula sekitar 1994, sebelum adanya Google. Sebelum perniagaan Internet popular. Saya ingat lagi masa tu, Yahoo sahaja yang paling popular, dan laman web saya sering buat rujukan adalah HotWired.

Zaman itu juga, tiada banyak perniagaan Internet. persaingan adalah amat rendah. Saya bermula perniagaan Interet sekitar 1998- dah 12 tahun!

online_advertising2.jpgInternet dulu dan Internet kini sudah jauh berbeza. Perniagaan Internet kini sudah semakin banyak. Oleh sebab itu juga, iklan di Internet bertambah banyak. Sekitar tahun 1994, ratio orang klik pada iklan adalah 10%. Ertinya, bagi setiap 100 kali orang terlihat iklan kita, 10 kali iklan akan di-klik.

Zaman kini, dengan persaingan yang tinggi, ratio menjadi semakin rendah sehingga 0.01%. bererti, untuk mendapat 10 orang klik iklan kita, kita perlu memaparkan iklan tu sehingga 1000 kali!

Saya pasti, anda pun sering tak endahkan iklan-iklan yang terdapat di Internet dan kurang klik pada iklan-iklan tersebut (tambahan zaman ni banyak juga iklan-iklan buat-duit-cepat-kaya)

So, bagi usahawan Internet, apa yang perlu di lakukan?

Zaman ini, kita tidak boleh bergantung pada pengiklanan sahaja. Usahawan Internet perlu lebih aktif menggunakan interaksi di Internet seperti menggunakan blog, forum, facebook, youtube, ebook, twitter, dan lain-lain. Iklan di Internet sering dilihat sebagai “satu hala” dan menjadi semakin tidak efektif. Manakala interaksi pula adalah “dua hala” dan memudahkan usahawan perniagaan Internet menarik perhatian prospek.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif

  1. maknanya pada masa kini, kita tidak boleh brgantung pada 1 @ 2 jenis iklan sahja untuk mempromosi prodak kita.. lagi banyak jenis promosi lg bagus… setakat ni sy telah mengunakan 5 jenis promosi.. n sy rasa nak tambah lag1… Tq Ik…
    aminsms.com

  2. Salam,
    Terlalu banyak iklan di mana-mana saja. Semuanya ingin membuat bisnes, dari mana agaknya pelanggan yang ingin membeli produk kita..di China? mungkin…kerana di sini lah penduduk paling ramai di dunia.

  3. Hai Geng,

    Saya setuju dgn kenyataan Tuan IK mengenai perubahan masa dalam perniagaan internet. Kebanyakan pada masa kini ramai IM tempatan menggunakan iklan yang tidak efektif dan menggunakan medium seperti facebook sebagai SPAM… Ini secara automatik menjatuhkan kredibiliti anda sebagai usahawan.

    Tq

  4. logik juga, maknanya sekarang kita harus gunakan personaliti diri sendiri sebagai ‘iklan’ untuk menarik orang mengenali kita, lantas masuk ke blog kendalian kita. Sell yourself!

  5. selain online, kami juga cari pelanggan secara offline. risalah merupakan keperluan kerana kalau mereka tak online pun mereka boleh terus menghubungi kami.

  6. Memang betul apa yang dikatakan IK tu, semakin sukar nak mendapat klik bagi iklan dan kalau klik pun kadar jualan yang terhasil adalah rendah. Rasanya tibalah masalah untuk kita memikirkan sesuatu yang lebih unik dan kreatif untuk menjana trafik.

  7. Saya suka artikel ni…sebab ini adalah kenyataan.semakin banyak persaingan dalam perniagaan internet…jadi rajin2 lah timbu ilmu internet marketing.

  8. dalam dunia perniagan, pengiklanan adalah sesuatu yang amat penting.. tp di zaman ni kita terpaksa bersaing dgn peniaga2 besar lain yg mengunakan ejen pengiklanan hebat kerana mereka ada modal yang besar.. tapi jgn ingat kita yg bermodalkan kecil ni tak blh bersaing dgn dia org.. dgn menggunakan teknik yang berkesan dan efesien kita jg blh promote bisnes kita sehingga ianya berjaya.. salah 1 nya mengunakan sistem sms.. ianya amat berkesan kerana sms semua org pasti akan baca..

    *Program Affiliate yang Lumayan Dengan 100% Komisyen.

  9. Assalamualaikum IK,
    Satu cara orang kita selalu lupa ialah diri kita juga pengiklanan sebenarnya. Sebelum kita menjual apa jua bentuk perniagaan, kita patut “menjual diri” kita sendiri.

    Ini bukanlah bererti ‘menjual diri’ sebenarnya, sebaliknya kita jadikan diri kita sebagai modal dan model perniagaan kita. Maksudnya kalau kita hendak jual apa sekalipun, pertama sekali kita perlu pastikan kita berupaya ‘menjual diri’ kita sepenuhnya. Aspek interlektual, emosi dan fizikal kita mempunyai personaliti yang boleh ‘menarik’ orang kepada kita, personaliti yang bermagnet.

    Sebagai contoh, kalau kita menjual kereta Proton, jangan pula kita memandu kereta Toyota atau Datsun. Kita mesti memandu Proton yang terbaru dalam kategori termoden, kerana itu merupakan imej kita sebagai penjual kereta Proton.

  10. pada masa tu pun jumlah pengguna Internet kurang . Nak mencapai 100 kali dipaparkan pun mengambil masa yg lebih . sekarang ni , pengguna dah ramai . Boleh dikatakan 80% manusia menggunakan internet .

    IM kena lebih kreatif 🙂

  11. Maknanya kena lebih berhati-hati dalam membuat pengiklanan.

    Kena fokus kepada targeted customer, mereka yang betul2 berpotensi untuk join bisnes/beli produk kita. Narrow down seboleh mungkin.
    Dapat jugak mengurangkan kos pengiklanan.

  12. Saya sependapat dgn En Shamsul Ariffin, sebuah buku yang bertajuk “How to Sell YourSelf by Joe Girard” ada memberikan point-point penting yang jarang dan “sukar” untuk diimplementkan, terutamanya saya. Apa-apa pun point yang diberi, saya fikir masih relevan.

  13. Saya telah mebuat kajian dengan satu produk yang diiklankan di I Luv Islam yang di tempatkan di ruangan berharga RM150. Dan saya menyertai affiliate produk yang sama dan mendapati jualan keseluruhan produk tersebut hanya 8 sahaja.

    Jadi jika anda ingin memulakan perniagaan, carilah produk yang mempuyai permintaan yang tinggi dan dapat menyelesaikan masalah pengguna.

    Selain dari iklan, pembeli juga akan menilai kualiti produk.

    Walaupun mahal mereka tetap beli…

  14. hmm.. betul jg, baru2 ni saya cuba google adwords tp iklan saya tak disiarkan langsung.. lebih teruk lagi akaun saya kena suspend.. tak tau kenapa

    banyak forum yg saya baca ttg adwords ni dan rata2 mereka dah tak percayakan google

  15. Pengiklanan amat penting dalam memasarkan sesuatu produk, saingan mungkin semakin meningkat. Saya setuju kata admin dimana kita perlu lebih kreatif. Yang penting kita bersaing secara sihat…

Leave a Reply

Your email address will not be published.