Penipu dalam perniagaan

Pernah tak anda jumpa penipu dalam perniagaan? Tip kali ni bukan nak sentuh mengenai menipu dalam perniagaan tu tak baik, berdosa, tak dapat berkat… sebab tu, saya pasti semua pembaca tahu.

Tetapi kita lihat aspek implikasi usahawan penipu atas perniagaan sendiri. Mengapa usahawan penipu tak akan pergi jauh?

  1. Pernah saya tulis mengenai penyelidikian Dr Thomas Stanley mendapati, faktor utama #1 dalam senarainya untuk menjadi jutawan ialah “Being honest with all people”. Iaitu jutawan-jutawan yang ditemubual oleh Dr Thomas Stanley dalam buku Millionaire’s Mind, mengatakan kejujuran adalah faktor #1 memastikan kejayaan sesuatu perniagaan.
  2. Ianya dikatakan 60% daripada promosi perniagaan datang daripada “word of mouth”. Iaitu, promosi mulut ke mulut- selalunya daripada pelanggan yang berpuas hati. Masalahnya, berita buruk, lagi mudah tersebar daripada berita baik. pelanggan yang tak berpuas hati, lagi akan menghebahkan pengalaman mereka kepada orang ramai berbanding dengan pelanggan yang berpuas hati. Oleh itu, sekiranya pelanggan menjadi mangsa usahawan penipu, maka, pastinya berita tersebut akan tersebar dan perniagaan tersebut akan mengalami kerugian. 60% daripada promosi menjadi promosi yan gtak baik!
  3. Dalam perniagaan, kita perlu lihat keuntungan jangka panjang. Menjalankan perniagaan bukan untuk sebulan dua, atau setahun dua… tetapi, 10 tahun… 20 tahun.. dan lebih lagi! Usahawan penipu mungkin akan terlepas dengan keuntungan jangka pendek. Sebab menipu pelanggan memang mudah. Apabila pelanggan terjumpa usahawan penipu, maka, pastinya mereka tidak akan lagi berurusan dengannya. Dalam perniagaan, untuk memaksimakan keuntungan jangka panjang, pelanggan yang sedia ada adalah aset yang amat penting!

Jauhkan daripada menipu dalam perniagaan. Kalau kita sendiri pernah kena dengan usahawan penipu, apa perlu kita buat? Selain daripada aduan kepada pihak2 berkuasa seperti Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau Persatuan Pengguna Pengguna Islam, banyak-banyak bersabar oleh kerana usahawan penipu pastinya tidak akan berjaya di dunia dan akhirat.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “Penipu dalam perniagaan

  1. Thanks for the tips…
    Nak tanya and minta tips sedikit…

    Kita tidak penipu dalam bisnes kita,
    tapi ada pelanggan yang tak puas hati dan kata kita menipu?

    Lagi parah, dia tidak mengadau kepada kita, tetapi kepada orang lain..

    Jadi macam mana ya nak mengatasi “bad word of mouth” ni?

  2. good question shuth, seperti yang sering terjadi kepada IM, termasuk saya juga, ada yang kata kita ni penipu.

    so bagaimana mengatasi bad word of mouth?

    1. try and address the issue di blog atau laman web kita, perbetulkan tanggapan yang salah tanpa perlu balas balik pada sesiapa yang bad mouth kita. orang akan dapat lihat dan judge sendiri.

    2. dapatkan lebih banyak “good word of mouth” berbanding dengan “bad word of mouth”. kalau 90% good word of mouth, dan hanya 10% bad word of mouth, maka tenggelam la segala word of mouth tu. Ingat juga, semua orang yang berjaya dalam sejarah kita pernah mengalami orang lain cuba menjatuhkan mereka… so, “bad word of mouth” memang takleh di halang, melainkan ditenggelami oleh good ones 😉

    3. continue perniagaan di samping membantu orang over and over again. give the best service, and kalau dah best, give even better 😉 fokus kepada yang positif sahaja always!

    -ik

  3. Salam sejahtera.

    Yes..maklumat yg sangat berguna telah saya peroleh.

    t/kasih kerana artikel ini, soalan drpd Shuth & jg jwpn drpd IK. Berguna sekali. 🙂

  4. Salam IK,
    hehe..sama la sy pun teringat psl keropok lekor tu..bkn apa mmg slalu terkena benda mcm ni..sekali dah kena bubbye la jwpnya..jgn harap dtg lg kan.

    soalan, ada ke langkah-langkah utk kita elak dari penipu ni? yer la kalau setakat beli kopok lekor tu ok lg..kalau satu pelaburan yg besar? slalu dgr org yg borong brg dari luar kena tipu terutama negara china..mcm2 tipu dia menakutkan..

    anyway good info from IK. ORA! ORA!

  5. Saya amat bersetuju dengan ik.dalm perniagaan yang saya lalui pun begitu.Servis yang terbaik akan membuatkan pelangan berpuas hati dan akan berlaku belian ulangan siap promote kat kawan2 lagi biarpun ramai persaigan tapi keran kita jujur dan memberikan yang terbaik untuk pelangan inysallah kita akan jadi yang terbaik walaupun dari segi harga yang kita tawarkan lebih tinggi kpd pelanggan.Kerana dari pengalam saya pelangan membeli bukan disebabkan harga semata-mata tetapi kepercayaan dan perkhidmatan yang memuaskan hatui mereka.tq ik

  6. AlhamdulilLah..

    Terima kasih IK & Shuth..

    Saya belajar perkara baru cara nak handle ‘Bad word of mouth’.. Bukan sahaja berguna dalam industri IM.. tapi realiti kehidupan..

    Terima kasih sekali lagi..

  7. 60% daripada promosi perniagaan datang daripada â€word of mouth”. … tak kan pulak sampai 60% betul ker ni IK ?

    apa pun menipu ni memang tak kekal – hanya sekejap saja utk untung

  8. this is a great tips to everyone to success in a career.i have remember the word “What you give and you get back”.This tips is one of the several factor to improve ourlives

  9. Keberkatan rezeki penting dalam perniagaan. Allah akan tarik keberkatan bagi peniaga yang tidak jujur & menipu. Sabda Nabi saw mafhumnya, “Berkatalah benar walaupun pahit.” Terima kasih IK.

  10. Terima kasih IK.

    Jika kita menyertai program yang memang menipu orang tetapi kita tidak sedar kerana kita tidak tahu. Adakah apabila kita mempromosikan program sebegini, kita juga dicap penipu?

  11. Salam IK,

    Wah, dah lama saya tak bagi komen di blog ni. Kalau masuk pun, sekadar membaca saja.

    Saya juga pernah hadapi apa yang Shuth persoalkan. Kebanyakan pembeli lebih suka mengadu pada orang lain dan secara umum walaupun kita sudah berikan emel, sedikit guide untuk cara mengadu, no tel dan apa jua kaedah lain. Agaknya kenapa mereka suka mengadu pada orang lain dahulu ya? Hehe..

    Apa pun saya suka kata2 ini, “give the best service, and kalau dah best, give even better fokus kepada yang positif sahaja always!”

    Terima kasih.

  12. Salam IK,

    memang kita kena elakkan diri daripada menipu dan ditipu. saya setuju sangat dengan artikel ni kerana usahawan penipu hanya akan mengundang padah di kemudian hari. silap2 haribulan, kena pukul dengan orang yang kena tipu. so JANGAN MENIPU DAN DITIPU.

    bisnesku.com

  13. Biasanya kes yang menuduh kita sebagai penipu disebabkan mereka tidak mendapat seperti apa yang mereka harapkan. Kalau IM, ‘ayat power’ yang terdapat dalam website tu memang menarik minat mereka, malangnya selepas membeli mereka rasa mereka tak dapat seperti apa yang dikata, itulah puncanya mereka kata kita tipu.

    Demikian juga dalam bidang saya (MLM), kita dah jelaskan apa yang perlu dibuat untuk mencapai sesuatu matlamat, tapi apabila mereka tidak dapat mencapainya mereka akan kata kita tipu.

    Tapi apa-apa pun itulah adat dalam perniagaan. Sabar ajelah.

  14. Betul tu Irfan, saya menci menci betul dengan orang yang menipu dalam bisnes.

    Lagi sakit hati kalau menipu cakap nak bayar minggu depan,, tapi bulan depan, tahun depan…belum tentu bayar lagi.

    Saya banyak berkongsi pengalaman berniaga di blog saya.. Bukankah jujur itu lebih baik untuk semua ? 🙂

    berniaga ni ibadah.. buat dengan betul, insyaAllah dapat pahala berganda-ganda.

  15. Kebanyakan (bukan semuanya) org di negara kita mengalami sati sindrom ‘Geeting easy sindrom’ di mana mereka- mereka ini berimpian untuk menjana kekayaan dengan cepat dan tanpa usaha atau tanpa perlu berusaha langsung. Sebab itu lah berlakunya banyak penipuan dan pemalsuan di dalam pernigaan…

    Tip for Shuth….jangan focus on what others says …if its not true…the truth wil prevail. Klu u focus on it…it wil expand and unconsciously irritate you and wil effect your performance…just let it go…your customer know your creditability and your track record..they know your better 🙂

  16. salam syawal buat IK..

    saya ni dah cuba mcm2 program kat IT ni tapi asyikm tak menjadi je….

    kenapa ye..???

    macam mana nak pastikan kita tak tertipu sebelum sertai apa2 program nak cepat sangat dapat duit….

  17. salam….sya nak buat folio psal penipuan dalam perniagaan….tapi x taw nk cari kt ner….maksud,jenis,langkah,kesan,,,,,,,,say nak cepat nie…nnty kne mrah ngan cikgu…tlong la…..plezzz……tlong msokkan eak….assalamualaikum…selamat hari raya!!

  18. salam..mcm mana nak beli buku IK?saya berasal dari sarawak teringin mengetahui teknik berniaga internet serta berniaga internet tanpa sebarang modal.disebabkan kedudukan yang jauh,mungkin saya hanya membeli buku sahaja.bolehkah memesan terus dari IK?

  19. riwayat Hakim bin Hizam yang menyentuh soal benar dan jelas dalam aktiviti jual beli. Nabi s.a.w melarang penipuan dan penyembunyian dalam aktiviti jual beli. Benarlah sabda Nabi s.a.w. :
    البيعان بالخيار ما لم يتفرقا، فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما، وإن كذبا وكتما محقت بركة بيعهما
    Maksudnya : â€Dua orang yang berjual beli mempunyai hak khiyar selagi mereka berdua belum berpisah (dari majlis akad), Jika kedua-duanya berkata benar dan menerangkan (hal-hal berkaitan barangan dan harga), pasti akan diberkati pada aktiviti jualbeli mereka. Jika sekiranya kedua-duanya menipu dan menyembunyikan, pasti akan dihapuskan keberkatan jualbeli mereka”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

  20. riwayat Hakim bin Hizam yang menyentuh soal benar dan jelas dalam aktiviti jual beli. Nabi s.a.w melarang penipuan dan penyembunyian dalam aktiviti jual beli. Benarlah sabda Nabi s.a.w. :
    البيعان بالخيار ما لم يتفرقا، فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما، وإن كذبا وكتما محقت بركة بيعهما
    Maksudnya : â€Dua orang yang berjual beli mempunyai hak khiyar selagi mereka berdua belum berpisah (dari majlis akad), Jika kedua-duanya berkata benar dan menerangkan (hal-hal berkaitan barangan dan harga), pasti akan diberkati pada aktiviti jualbeli mereka. Jika sekiranya kedua-duanya menipu dan menyembunyikan, pasti akan dihapuskan keberkatan jualbeli mereka”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Leave a Reply

Your email address will not be published.