Fri 26 May 2006
Pemasaran perniagaan adalah amat penting dalam sesuatu perniagaan. Kata seorang pakar perniagaan:
“Marketing is too important to be left to the marketing people!”
Maksudnya, sekiranya anda memiliki perniagaan, usah 100% beri tanggungjawab pemasaran kepada bahagian pemasaran. Anda sebagai pemilik harus mengetuai pemasaran perniagaan anda sendiri oleh kerana pemasaran adalah amat penting dalam kejayaan perniagaan anda.
95% perniagaan kecil-kecilan gagal dalam tahun pertama oleh kerana kurangnya strategi pemasaran!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

May 26th, 2006 at 6:22 pm
Pernah joint MLM Produk kesihatan itu lah pertama kali beli dan terakhir tak tau bagaimana nak jual pada org. Akibat ikut-ikut pastu nak jual tak reti.
May 27th, 2006 at 6:45 am
Pemasaran adalah nadi pada sebarang perniagaan. Tanpa pemasaran, ia ibarat tubuh tanpa jiwa. Tapi, dalam dunia perniagaan Melayu kebelakangan ini, bagai ada sesuatu budaya yang tidak kena. Sebahagiannya penuh dengan tipu muslihat, sebahagiannya hanya ditaburi janji kosong. Pemasaran harus datang dengan keikhlasan. Pemasaran juga harus tampil bersama kesungguhan. Maka itu akan lahir bisnesman yg lebih bertanggungjawab, yang bukan hanya memikirkan keuntungan semata…
May 27th, 2006 at 2:35 pm
Zoomer, saya respect sama anda.Rajin anda beri komen.Anda tentu seorang peniaga kedai gambar.Saya percaya dgn tip2 yang diberi oleh IK tentu sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada bisnes anda.Anda azam’s fotopage?
Bagi saya untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya kita seharusnya mempunyai strategi pemasaran kita sendiri.Tidak kira samada pemasaran itu kita buat sendiri atau kita upah pekerja.
Selalunya kegagalan orang melayu dalam bisnes bukan kerana mereka tidak bagus.Saya secara peribadi mengakui produk keluaran melayu juga setanding dgn bangsa asing(cuma sesetengah aje yang buat cincai2) tetapi disebabkan pemasaran mereka lemah maka produk yang mereka hasilkan tidak “diketahui kewujudannya” dan sesetengahnya pula “sukar didapati” disesuatu tempat.
Contohnya. Jika kita mengusahakan keropok lekor.Kita tak payah pergi jauh kepasaran luar negeri.Saya rasa jika dipasarkan keropok lekor di super2 market yang besar tentu boleh laris.Yang penting cara pembungkusan harus cantik dan menarik disamping qualiti barangan.
May 27th, 2006 at 6:49 pm
rasanya kalo bab marketing tuh ok lagilah tuh kot. tapi stau sayalah kan, kalo kita nak park produk kite kat pasaraya bosar2 nie, kite kenalah sediakan modal sebanyak 3 atau 6 kali ganda sebab mosababnya bayaran balik utk produk tuh kena tunggu 3 - 6 bulan. tak gituh?
May 28th, 2006 at 6:21 pm
Sayangdesign, saya bukan peniaga kedai gambar. Saya hanyalah seorang jurugambar sepenuh masa. Sebahagian strategi promosi saya ialah melalui fotopage saya, zoomer.fotopages.com, dan sebhgn lagi ialah melalui beberapa blog berkenaan perkahwinan dan panduan fotografi. Saya telah membaca buku Irfan dan mempraktikkan sebahagian panduan yg beliau berikan utk mempromosikan produk saya melalui internet. Sebetulnya mengambil bhgn aktif dalam sebarang perbincangan di internet juga adalah antara cabang promosi yg dicadangkan oleh Sebab lain saya mengambil bhgn aktif dlm ruangan ini ialah utk mengasah minda, belajar berinteraksi secara lebih bermenafaat, dan menggalakkan bangsa kita utk mencungkil sesuatu isu itu dengan lebih dalam dan terperinci. Bangsa kita gemar berligar di permukaan sahaja, tanpa cuba untuk menyelongkar apa sebenarnya yang tersirat. Irfan beri kita tip 1 minit. Tapi kita ada 1,440 minit untuk mengkaji, membincang dan mempraktikkan apa yang beliau beri. Pokok pangkalnya ialah KITA…
September 5th, 2006 at 10:30 am
Saya setuju bahawa pemasaran adalah tunggak sebuah perniagaan. Ramai org melayu kita sangat takut untuk belanja untuk pemasaran tetapi selalu belanja ‘hangus’ untuk hias ofis atau kedai mereka. Ofis bila cantik mana pun kalau takde org datang atau org tak tau pun tak guna. Internet adalah cara kaedah yg termurah dan effective. Mulakanlah dgn daftar domain dahulu sebagai langkah pertama. Kemudian lungsur website di sini untuk tips-tips yg berguna. Lama-lama pandailah jugak. Sekian. Wassalam.
January 28th, 2007 at 10:10 pm
memang kita sendiri kena “turun padang” bila buat pemasaran.kita mesti juga melaksanakan sistem leveraging contohnya melalui affiliate.
September 16th, 2008 at 10:59 pm
dalam ilmu pemasaran,4 P harus kita kuasai dalam diri kita, dalam bahasa ingeris nya bunyi seperti berikut, product(barangan atau perkhidmatan),price(harga),promotion(promosi)dan akhir sekali placement(distribusi atau pengagihan)
Bila kita ada syarikat,syarikat kita musti ada objektif penubuhannya,bersama misi-misi syarikat.
Sudah tentu syarikat kita, ada plan perniagaan,
dengan ada plan-plan perniagaan,kita mesti melaksana plan-plan yang diatur,supaya ia akan mendatangkan hasil.
Apabila plan-plan perniagaan kita telah melaksanakan,sudah tentu kita menilai prestasi perniagaan kita,dengan cara audit,samada berjaya atau gagal.