Wed 27 Dec 2006
Kalau dilihat counter di atas ni, menunjukkan tak berapa lama lagi Strategy X akan dilancarkan. Namun, ingin saya umumkan bahawa terdapat penundaan Strategy X.
Mengapa?
Sebenarnya di sini satu strategi perniagaan saya perlu implementasikan yang pernah saya bincangkan sebelum ini, iaitu: Timing
Buat waktu ini, oleh kerana kandungan Strategy X yang agak baru terutama dalam arena perniagaan Malaysia, ianya bukan waktu yang sesuai untuk melancarkannya lagi. Timing adalah penting dalam perniagaan. Sekiranya produk keluar terlalu cepat sebelum pasaran memahaminya, jualan akan kurang. Sekiranya produk keluar terlalu lewat, jualan juga akan kurang akibat persaingan.
Tahukah anda bahawa buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar & Secrets of Internet Millionaires Revealed BUKAN merupakan buku perniagaan Internet pertama di Malaysia? Ramai yang menyangka ianya buku pertama yang keluar. Namun, oleh kerana saya menggunakan strategi “timing” dalam perniagaan, buku tersebut keluar tepat pada masa permintaan perniagaan Internet bertambah.
Pendapat Anda?Bagaimana hendak mengetahui “timing” yang sesuai? Bagi saya, pengalaman banyak mengajar mengenai timing. Boleh dikatakan- “business sense”. Tetapi, segalanya bermula dengan banyak melakukan penyelidikan dan pantauan permintaan.
Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 27th, 2006 at 1:14 pm
Biar lambat, asalkan sampai ke matlamat yg ingin di tuju dengan jayanya!
December 27th, 2006 at 3:13 pm
Memang betul tu… Timing itu memang penting.
Duit= Masa X Value X Scalability X Timing
1) Anda bekerja lebih masa untuk mempromosikan biznes online anda, anda dapat lebih duit.
2) Anda beri value yang lebih kepada pelanggan anda, anda dapat lebih duit.
3) Anda menggunakan medium seperti internet,surat khabar, magazine, buat joint venture, untuk mendapatkan (leverage) ramai prospek, ANDA dapat lebih duit lagi.
5)Anda mempromosikan produk anda pada MASA, pada TIMING yang bertepatan pun anda dapat lebih duit…
Haiz…Saya dah cuba hubungi member2 kat seminar irfan khairi pada 23 December, tak dapatla…kecuali Ibrahim ajer add saya kat fwenster….
Untuk dapatkan gambar yang saya ambil time seminar tu, datangla ke web ini, http://gatherinfo.com/gambar.html
Hehe…Terima Kasih
December 27th, 2006 at 4:16 pm
Hingga ke hari ini masih lagi tak faham apa dia Strategy X. Boleh terangkan makna Strategy X, bagaimana ia digunakan dan syarikat yang telah berjaya menggunakan Strategy X.
Thanks a lot, Sharifah Shah Alam
December 27th, 2006 at 4:26 pm
Saya sedia menunggu pelancarannya.Agak-agaknya bila tu ?
December 27th, 2006 at 4:31 pm
Sifu Irfan…..
Buka lah banyak sikit rahsia pasal timing ni…. hehe… bolehkan?
December 27th, 2006 at 5:46 pm
Betul tu MBMY biar matlamat strategy tercapai.
December 27th, 2006 at 6:25 pm
Timing mmg kena betul. Klu sesuatu produk keluar masa org ramai masih belum memerlukan/merasakan kepentingannya, pastinya tak boleh pergi jauh. Tak apa bersabar sikit dan tunggu masa yg sesuai. Sambil2 tu boleh rapikan lagi perinciannya dan memikirkan strategi utk mempromosikannya. Masa yg tertunda tu boleh dimanfaatkan, tak seharusnya terbazir begitu sahaja….
December 27th, 2006 at 7:45 pm
nama pun dah strategy, so klu strategi kite biar kite la tentukan masa bile ianya akan meletup,betul tak? yg penting plan betul2
December 27th, 2006 at 8:33 pm
Pada pendapat saya,Strategy X ialah strategy yang akan mengikut kesesuaian pembolehubah X. X nilainya berubah mengikut kesesuaian sesuatu perniagaan, pembelajaran, n apa2 yg akan kita lakukan.
December 27th, 2006 at 8:58 pm
Kita merancang, tuhan yang menentukan. Tapi kita harus ingat, hidup yang tiada perancangan beerti kita merancang untuk gagal.Itulah timing
December 27th, 2006 at 9:25 pm
apa itu strategy X? Strategy X adalah sejenis “Strategy perniagaan”. bukan “teknik perniagaan”. Nama sebenarnya bukan “Strategy X”… itu hanya nama panggilan sahaja sebelum saya beri nama sebenar.
betul yang dikatakan… kalau market belum memerlukan, maka, rugi kalau keluarkan dulu strategy X ni.
jadi, melihat market pada ketika ini, terpaksa tunda sedikit (tapi tak lama).
baru2 ini, saya ada baca artikel di Forbes magazine mengenai seorang jutawan di India ni. satu quotenya berbunyi “our company does very well because we GENERATE demand”.
dari quote itu, saya pun dapat idea untuk create satu lagi produk untuk GENERATE demand for Strategy X. Nanti insyaallah mulai esok, saya akan buat step-by-step memulakan perniagaan Internet so anda di Tip Satu Minit dapat melihat bagaimana saya create a product & jualnya di Internet.
this should be interesting
December 27th, 2006 at 10:42 pm
Sabar menanti…
December 28th, 2006 at 9:27 am
Dr irfan makan ape mase kecik2? (selalu tanye soalan yang sama pada kawan2 yang genius masa sekolah dulu
December 28th, 2006 at 9:53 am
dalam bisnes, perlu jadi kreatif, dan org bisnes amat bertuah jika dia kreatif dan ‘nampak’ peluang..bisnes man yang begini bukan saja offer market tentang produknya yang ‘X brand’ dan tetapi dia menarik minat pasaran dan market demand ke atas produknya, bagaimana ia dilakukan? timing , pengalaman dan be creative..
December 28th, 2006 at 1:15 pm
“Nanti insyaallah mulai esok, saya akan buat step-by-step memulakan perniagaan Internet so anda di Tip Satu Minit dapat melihat bagaimana saya create a product & jualnya di Internet. ”
dr, tq for tips.
betullah, perancangan ALLAH lagi hebat.
tak sabar nak kutip ilmu “how to start business” pd
nampaknya, rugilah bagi mereka yg tak melayari blog , coz banyak tips kemudian hari akan mengajar kita ilmu baru perniagaan.
January 8th, 2007 at 8:41 pm
Dah lame saya x bagi komen coz lame bercuti…Dr kan penah kate..panjangkan deadline..untuk capai matlamat..Teruskan usaha