Tue 12 Dec 2006
Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!
Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.
Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka yang lebih bertauliah.
Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!
Aliran tunai adalah nadi dalam sesuatu perniagaan!
ps: Saya SPM dapat F9 dalam prinsip akaun. Macam mana tu?
Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 12th, 2006 at 10:41 am
Betul tu… masa nak bayar tax nanti, tak payah bertekak dgn pegawai LHDN. Hehe
December 12th, 2006 at 11:21 am
Usahawan berjaya biasanya dapatkan servis yg pakar dlm bidang berkaitan seperti perakaunan, kewangan, percukaian, nasihat guaman, pemasaran, jualan & pengiklanan.
Selain memastikan urusan perniagaan berjalan lancar, usahawan yang gunakan khidmat profesional ini dapat elakkan/minimakan sebarang kesilapan atau kerugian yang mungkin berlaku. Biar yang expert uruskan perkara berkenaan.
Bolehlah tumpukan pada pembangunan perniagaan. Namun setiap usahawan MESTI ada sedikit asas ilmu perakaunan.
p/s: samalah spt Irfan dapatkan khidmat saudara Nizal bentuk kemahiran komunikasi!
December 12th, 2006 at 12:05 pm
“” ps: Saya SPM dapat F9 dalam prinsip akaun. Macam mana tu?
“”
Hehe..Itu dulu, masa x matured…budak2..pikir enjoy je.Skrg dah lain..dah beso..senang skit nak belajar.minda pun open.
Yg lepas jd kan sempadan..buka buku baru.Org kata, nak seribu daya..
PS:psst, sy dulu x amik akaun ye..hehe.Just utk cth je.:)
December 12th, 2006 at 12:50 pm
betul , walaupun leceh sikit utk buat setiap hari/minggu/bulan, tapi kalau kita amalkan ia akan menjadi penting kpd kita semua. yg bestnya, kita dpt tahu aliran tunai masuk dan keluar duit kita.
dr, spm f9? takpa, yg penting dah jutawan skrg.
December 12th, 2006 at 1:07 pm
Rupanya penting prinsip akaun aku belajar dulu walaupun dapat F8 je
December 12th, 2006 at 1:38 pm
Assalamualaikum wr.wb
Betul laa Dalam dunia perniagaan baik kecil mahupun besar mesti la ada perakaunan. Debit dan Kredit. Yang mana duit masuk dan yang mana duit keluar. Modal berapa ? Bila jual untung bersih dapat berapa ? Tak ada laa bila dapat duit jualan pakai belanja aja. Tahun tahun nak buat perakaunan sebab dah dapat sales sikit-sikit.Keh-keh-keh.
December 12th, 2006 at 5:32 pm
apa2 pun, mesti mau control cah flow
December 12th, 2006 at 5:57 pm
Yes, kalau bertanyakan dengan mana-mana usahawan berpengalaman, mereka akan katakan “cash flow” adalah paling penting. nak mintak bank loan pun, cash flow yang akan dilihatnya.
OK, just to clear the air… nanti tak nak pulak adik-adik kita kata “abang irfan tu dapat F9 dalam SPM pun boleh berjaya…” jadi alasan pulak tak nak study. jenuh ibubapa nak menjawab.
Ya, memang saya dapat F9 dalam prinsip akaun. Tapi subjek2 lain takde la F9. Saya dapat 6A (Agregate 10). Pengajarannya, memang kadang2 certain areas kita ada kelemahan. Tetapi, jangan biarkan kelemahan tersebut mengaburi kekuatan kita
December 12th, 2006 at 7:46 pm
hehe, terhibur lak nengok komen masing2. Mencari duit memang mudah (dengan usaha dan istiqamah) tp jika gagal mengendalikan putaran kewangan perniagaan kita, kesannya lebih memenatkan.
December 12th, 2006 at 8:11 pm
Betul doc,dapat apa pun gred dalam subject bukanlah issue.
December 12th, 2006 at 9:02 pm
Aliran keluar masuk wang adalah penting, tetapi biasanya orang yang menjalankan perniagaan kecil - kecilan ni, cash flow semuanya dalam kepala jer. Tetapi paling bagus kita buatlah penyata kewangan kita sendiri, untuk menjadi usahawan yang berjaya.
December 13th, 2006 at 6:52 am
dapatkan nasihat pakar untuk bantu kita, agihkan kerja,
December 13th, 2006 at 12:23 pm
Pengetahuan dalam bidang perakaunan cukup penting…dapat F9 dalam SPM tu…mase x tetapkan matlamat nak jadi jutawan….mase sekolah..kita x didedahkan dengan ilmu-ilmu kejayaan..Thanks
December 13th, 2006 at 1:07 pm
Sekarang ini lebih mudah ada software yang boleh bantu kita buat ‘cash flow’. Kita masukkan sahaja data, sistem akan calculate untuk kita untuk dapat result samaada positive atau negative cash flow.
December 13th, 2006 at 1:10 pm
dr,
“Ya, memang saya dapat F9 dalam prinsip akaun. Tapi subjek2 lain takde la F9. Saya dapat 6A (Agregate 10). Pengajarannya, memang kadang2 certain areas kita ada kelemahan. Tetapi, jangan biarkan kelemahan tersebut mengaburi kekuatan kita ”
kalau mcm tu, lambat sikit la saya nak jadi jutawan pd kerana saya dpt 15 agregat saja masa spm dulu.
February 1st, 2007 at 11:21 pm
doktor saya ni student bussines accounting.. so skng pun kerajaan dah mengadakan perakaunan dalam perniagaan .. so kita xperlu risau lagi… bleh x kalo saya bertanya apakah kelemahan perakaunan kewangan
March 22nd, 2007 at 2:05 pm
..buat acc sykt..akaun sendiri tak secantik akaun sykt…-ve balance je..camne tu
July 12th, 2007 at 10:50 am
salam..
sy ni skrg bekerja sbg pembantu akauntan.untuk menambah pndptan,sy bercadang nak ambik upah buat akaun secara sambilan di rumah. masalahnya saya tak tahu mana nak mula then camner nk dptkan client.boleh tolong bg tips2 dan srategi nk jalankan keja ni?ples…timekasih
September 13th, 2007 at 2:54 pm
hendak tahu bagaimana untuk membuat akaun di dalam internet
September 28th, 2007 at 10:46 am
akum,
Perakaunan dalam perniagaan. Perkar normal tetapi menarik . Sebagai salah saorang lulusan perakunan (ceeeh! rasa riak la pulak. Simpang malaikat 44), bagi saya itu perkar yang sangat penting malah boleh dikatakan nadi kehidupan sykt. Sebab tu la, semua sykt kat dunia fana ni wajib membuat laporan kewangan tidak kira sykt kecil(kedai gunting rambut Muthu) ataupun sykt besar(Irfan Khairi SB).Di situ, kita boleh tahu kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi.
Satu lagi perkara penting tetapi orang suka dan buat-buat lupa dalam perniagaan ialah Audit. Bagi saya audit ni umpama pelancar perniagaan kita. Tanpa audit, jadilah macam Enron Co. kat USA.
tentang nak buat akaun kat internet, rasa ada caranye.. Boleh prefer beberapa forum unutk lebih detail. Benda ni jarang orang buat sebab level of security tinggi. maklumlah melibatkan kewangan.
So, teruskan niat murni anda..
Cam biasa la, tahu banyak gak tapi hampeh bab pelaksanaan. Aduh rugi-rugi.
————————————
Dari Semua Untuk Semua Kepada Semua,
www.adrianiamri.blogspot.com
October 24th, 2007 at 2:27 pm
a’kum
saya ader perisian perakauan dalam bentuk excell seseai untuk para usahawan yang buta akaun.
trylah copy paste alamat website saya:
http://www.freewebs.com/kertas-kerja/perisianperakaunan.htm
October 24th, 2007 at 2:29 pm
a’kum
Perakaunan memang penting dalam business.
terutama nak kira mana perginya duit kita.
so saya ader perisian perakaunan untuk para usahawan. dalam bentuk excell.
mudah nak belajar wat akaun tanpa perlu g amik kursus
try copy dan paste alamat dibawah:
http://www.freewebs.com/kertas-kerja/perisianperakaunan.htm
November 17th, 2007 at 4:24 pm
TP MCM SUSAH JE KAN BKKLAJA PRINSIP AKAUN NIE…
January 25th, 2008 at 2:58 pm
when,saya mhu menganbil akaunter,but i dont now apa yg saya harus lakukan,so bagaimana pendapat kamu?
January 25th, 2008 at 11:31 pm
kalau nak jadi akauntan, kenala…ader licence…dulu…kat CPA. ataupun kalau dah ader basic belajar…dan ambik lesen…yang dikeluarkan MIA….setelah dapat layak untuk jadi auditor…lagi…
April 23rd, 2008 at 2:49 pm
A’ah la,betul.maknanya sentiasa think big->fikir yg biz akan expand in the future & perlukan proper control,walaupun skrg biz msh kecik.control awal2 sblm jadi uncontrollable,x bleh trace duit dah pegi mana.