Di sini saya ada satu cara paling baik dan paling pantas membina perniagaan yang pasti berjaya- hampir guarantee!

Caranya adalah memperbaiki sesuatu idea perniagaan yang berjaya sedia ada.

Ianya dikatakan, dengan hanya perbaiki atau improvement sebanyak 10% sahaja sesuatu yang sedia ada, anda telah temui formula mencapai kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Tidak perlu 100% pembaikan pun… 10% pun sudah mencukupi untuk mendapat pasaran yang besar.

Ramai yang menyangka, untuk memulakan perniagaan, perlu mencipta idea baru yang 100% unik. Sememangnya, itu adalah satu cara… di mana kebarangkalian kegagalan adalah agak tinggi. Risiko juga adalah tinggi.

Namun, sekiranya anda memperbaiki idea perniagaan yang berjaya sedia ada, kebarangkalian untuk gagal adalah lebih rendah oleh kerana model yang diikuti adalah model perniagaan yang sedia mempunyai permintaan :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kaizen… Rahsia Orang Jepun Terbongkar
  • Tak perfect lagi!
  • Perniagaan mesti bergerak… macam cowboy!
  • Anda sebagai CEO syarikat anda