Tue 16 May 2006
Zaman ini, perkhidmatan yang pantas adalah antara kriteria yang penting untuk menentukan kejayaan sesuatu perniagaan.
Pernah terfikir mengapa McDonalds, KFC, Burger King, HotDog 1901 dan lain-lain mendapat sambutan hebat ketika ini? Sebab, ianya FAST FOOD. Makanan yang disediakan dengan pantas!
Masyarakat kini inginkan sesuatu dengan pantas. Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang memerlukan penghantaran, hantar dalam masa 24 jam (kami menghantar pesanan buku dan CD Rom kami dalam masa 24 jam!). Sekiranya pelanggan memulangkan barangan rosak untuk diperbaiki, perbaiki dalam masa beberapa hari sahaja. Apabila anda menerima email pelanggan, balas dalam masa 24 jam. Sekiranya pelanggan memesan sesuatu dari kedai anda, berlari sedikit untuk mendapatkan barang tersebut dari rak!
Selain dari keuntungan berganda yang anda akan terima, kepantasan juga akan memberi momentum kepada anda untuk menjadi lebih produktif.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


May 16th, 2006 at 7:00 am
Ya….. Kepantasan menjimatkan masa—masa itu emas
May 16th, 2006 at 7:36 am
kesimpulan dari tips harinih… jgn malas & cepat mengeluh
May 16th, 2006 at 10:27 am
“kepantasan juga akan memberi momentum kepada anda untuk menjadi lebih produktif”
That is so really true. Setuju! Tapi itu sebenarnya yang kurang dalam diri kebanyakan pemberi perkhidmatan di negara kita sekarang. Sikap lembab, malas dan tiada kesungguhan sungguh melata di kalangan masyarakat peniaga. Kita generasi baru usahawan siber perlu merubah semua ini. Sikap “pantas dan betul” jika dibudayakan, pasti menghasilkan kejayaan. Lihat masyarakat Jepun, Korea, atau Barat… itu bukti nyata. Berusahalah bangsaku…
May 16th, 2006 at 10:56 am
sekarang ni semua orang nak cepat dan leceh nak tunggu lama2…c again!
May 16th, 2006 at 1:12 pm
Memang benar kata saudara Irfan. Saya pernah mengamalkan respon pantas kepada pelanggan dan ia bukan sahaja memuaskan pelanggan saya namun ia telah meningkatkan Omm semasa saya melakukan kerja tersebut dan ia buat saya enjoy pada ketika itu.
May 16th, 2006 at 1:17 pm
Saya setuju seratus peratus.Kepantasan secara tidak langsung mencerminkan kesungguhan kita
kepada pelanggan.Pelanggan akan gembira dan memberi pandangan positif kepada produk atau perkhidmatan kita jikalau tindak balas kita adalah cekap, pantas dan teratur.
Irfan . Tip-tip satu minit yang anda beri sememangnya sangat bernas.
May 16th, 2006 at 5:18 pm
pernahkah anda mengkaji adakah perubahan pelanggan atau anak didik anda sepantas yang diharapkan. Jika tidak apa yang perlu anda dan anak pelanggan anda lakukan?
May 17th, 2006 at 5:11 pm
sure pasti orang akan puas hati dgn kita jika dapat perkhidmatan yang pantas.kalau di pos office lagi saya suka, atau pun di mana mana pejabat awam..betul tak?..
regards
sham
http://incomeconcept.blogspot.com
May 18th, 2006 at 1:21 pm
nak tanyalah, ini bukan abt tips satu minit, bila ada website kita kena register kat Yahoo ke ? if not takde ‘hits’ but kena bayar USD299 setahun, mahal…..ada orang bole advise saya abt this ?
May 19th, 2006 at 5:33 pm
Saya rasa jawapan untuk soalan Maria tu ada dalam buku Irfan ‘Rahsia Jutawan Internet Terbongkar’. Dapatkan buku tu di kedai buku atau order melalui internet. Di dalam buku tu, macam-macam ilmu ada….!
p/s Tolong promote b/p Irfan (”,)
March 6th, 2008 at 12:01 am
Bagus…Peringatan untuk semua…Kepuasan pelanggan perlu bersama.
April 19th, 2008 at 9:23 pm
this is very me! saya suka pantas! pantas! dan pantas!
im running food biz, i have to be pantas!
time is money! : )
May 27th, 2008 at 10:13 am
saya ingin mintak pemdapat awak tentang kerja yang perlu saya buat.bidalam butik baju daripada menungu pelangan.
August 11th, 2008 at 7:41 pm
Samalah saya, semua grafik service sy akan siapkan dalam beberapa jam sahaja jika boleh. Selewatnya pun dalam masa satu hari.
http://zyzyx.info