Wed 16 Apr 2008
Perniagaan bukan Internet 2: Perniagaan Internet 1
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Perniagaan InternetUntuk perniagaan bukan Internet, sering kali terdapat 2 perniagaan yang sama “kuat”.
Sebagai contoh:
- Coca-Cola, bersaing sengit dengan Pepsi
- Mercedes, bersaing sengit dengan BMW
- Mc Donalds, bersaing sengit dengan KFC
Tetapi, sekiranya perniagaan Internet, ianya adalah agak sukar untuk mendapat 2 perniagaan Internet yang sama kuat.
Contoh:
- Amazon.com bersaing dengan siapa?
- Dell.com bersaing dengan siapa?
- YouTube.com bersaing dengan siapa?
Oleh kerana Internet merupakan perniagaan tanpa batas, ia menjadi semakin sukar untuk bersaing bersemuka. Ianya sangat sukar untuk 2 jenama dalam kategori yang sama menjadi kuat.
Pengajaran #1: Pastikan jenama perniagaan Internet anda mendapat tempat pertama terlebih dahulu. Ini kerana, di Internet, tiada ruang untuk tempat ke-dua mendapat perhatian (bukan tiada, tetapi amat sukar!), tidak seperti jenama bukan Internet.
Pengajaran #2: Sekiranya anda menjalankan perniagaan bukan Internet, anda masih mempunyai ruang untuk berkongsi tempat yang sama dalam minda pengguna dan menjadi sama kuat dengan perniagaan utama.
Tip penting… ramai yang tidak perasan keadaan ini berlaku
ps: Untuk mendapat tempat pertama dalam perniagaan Internet di pasaran Malaysia, Workshop Jutawan Internet terdekat adalah pada hari Sabtu 26hb April ini. Klik untuk maklumat lanjut (hanya 5 tempat kosong sahaja tinggal) Klik di sini untuk video Workshop Jutawan Internet
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


April 17th, 2008 at 8:20 am
wow…begitu hebat sekali penangan perniagaan internet…sape yang belum mencuba perniagaan internet tu…coba2 lah
April 17th, 2008 at 8:28 am
Thanks for sharing. Tapi dalam penjualan ebook apa pendapat IK. Nak-nak yang menjualkan dalam produk MRR+PLR? Apa pun persaingan yang sihat terjadi juga. Tapi produk MRR+PLR bukan unik produkkan?
April 17th, 2008 at 8:52 am
Bila difikirkan betul juga kata IK. Persaingan perniagaan kurang di internet berbanding yang bukan internet. Lagi pun untuk mencapai saiz pasaran lebih luas di internet dengan kos yang minima dengan bantuan teknologi maka semuanya auto. Jadi usaha perniagaan internet hanyalah fokus untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. betul tak?
April 17th, 2008 at 9:43 am
Yahoo bersaing dengan Google dari segi search enjin dan e-mail.
Namun begitu, Yahoo lebih menonjol dan hebat(rank alexa maintain 1st) kerana jenama itulah yang pertama melekat di hati pengguna.
Friendster bersaing dengan Myspace. Tetapi dalam julat pasaran Internet yang luas, ia bukan satu masalah
April 17th, 2008 at 11:03 am
persaingan adalah sesuatu yang bagus..semakin banyak saingan, semakin bagus produk dan perkhidmatan yang ditawarkan..di internet, masing-masing ada target atau pelanggan tersendiri. sekali dapat “ikat” kepercayaan pelanggan, memang di lain kali mereka akan menjadi pelanggan setia. kerana dunia internet ini memerlukan kepercayaan,satu kunci kejayaan dalam perniagaan internet
April 17th, 2008 at 1:38 pm
memang betul la IK…business internet kurang persaingan compared business non internet….tp mempunyai ramai pelanggan di seluruh dunia…..dah cost kurang,saingan pn kurang tp banyak untung…..bagus la cam ni….
April 17th, 2008 at 3:43 pm
tip hari ini bukan mengenai persaingan, tetapi “penjenamaan”. dalam erti kata lain, untuk menjadi jenama yang hebat di Internet, perlu cepat sebelum perniagaan lain yang mendapat jenama di internet. sebab, kalau lambat, memang sukar untuk jenama anda diingati di internet.
Persaingan di Internet memang banyak, tetapi, perlu bijak untuk menjadi perniagaan Internet yang “diingati” pelanggan. Itu maksud saya dalam tip ini
berkenaan MRR pula, bagi saya MRR is ok, tapi pastikan ia mempunyai limit, contoh, hanya 100 orang sahaja boleh dapatkan MRR. kalau tidak, sukar untuk bersaing sekiranya MRR tidak dikawal dan dibuka untuk sesiapa sahaja
-IK
April 17th, 2008 at 4:35 pm
Branding atau penjenamaan ni sangat2 penting kan. Ia adalah salah satu sebab utama kejayaan sesebuah biz tu.
Lepas Bro baca buku internet branding semalam, rasa teruja dan gementar dengan penjenamaan yang hanya sekelip mata boleh mengubah nasib seseorang atau syarikat itu. Perrrghh ngeri!
Namun, jika kita dapatkan keunikan branding itu dan cepat penerimaan orang ramai. Boleh meletup! Yang hebatnya internet biz ni… “There’s no 2nd place, only 1st!”
Let’s go for it!
April 17th, 2008 at 6:58 pm
irfankhairi.com bersaing dengan siapa?…hehe
April 17th, 2008 at 11:20 pm
Saya suka info ini. Tak perasan pulak…
April 18th, 2008 at 12:29 am
Assalamualaikum … betul tu. Kalau hendak berjaya di internet ni kena kreatif sedikit. KIta mesti advance daripada orang lain. Kalau kita buat apa yang orang buat ,hasilnya adalah sama seperti orang tersebut.
April 18th, 2008 at 8:51 am
Thanks for reply about MRR product. Kita kecilkan skop penjual supaya mereka dapat menjual semula.:)
April 18th, 2008 at 9:20 am
Betul. Saya amat bersetuju. Persaingan perniagaan internet kadang-kadang ada risikonya juga.
Tapi ianya semua terpulang pada kita. Cuma nak tak nak jer.
Blh nak tanya? mcm 2CO internet payment gateway tu, dia x ada ke yang buat service dengan bank2 di Malaysia?
April 18th, 2008 at 2:40 pm
biasanya MRR takde limit sebab kita boleh jual lesen bagi kat orang lain pula…
kalau RR tu ada lah yang limit…
utk bab hari ni, memang menarik…
yahoo lawan google…
sosial networking pula, ada tiga yang top…(myspace, facebook, friendster)
tp apa pun, mereka bersaing tidaklah seperti perniagaan bukan internet ni…
han
April 20th, 2008 at 2:10 am
Salam Bro Razzi,
Bole tahu buku penjemaan yang bro baca ? Mana lah tau boleh membantu
Salam Usahawan!