9/10 rezeki dan perniagaan Internet

Sempena hari Jumaat, saya letakkan artikel mengenai saya yang di paparkan oleh majalah islamik I- keluaran karangkraf. Artikel ni dipaparkan 2 tahun lepas, cuma baru-baru ini bila saya upgrade laman web rahsiainternet.com sahaja, baru dapat update dengan artikel tersebut. Moga memberi manfaat pada anda!

=============

“Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet”
majalah islamik “I”.

Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan internet di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu.“Industri ini masih baru di Negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri internet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang perniagaan melalui internet ini,” ujar Irfan Khairi yang ditemu bual baru-baru ini.

FENOMENA BARU

Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadi Best-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH dan Kinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di samping Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh Irfan Khairi. Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produk seumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain.
Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.

“Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh kaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika saya bersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yang ada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situ saja satu idea memulakan perniagaan internet – menjualbuku-buku agama – boleh dilakukan,” kata Irfan.

POTENSI MASA DEPAN

Tambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian juga dengan internet.

“Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang, bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.

Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi mungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri ICT di Negara ini.”

Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masih tidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500 sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu membina laman web nya sendiri.

“Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet – samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau membuat penyelidikan.

Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word, maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkan mereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah,” kata Irfan. Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yang sudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini.

Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapat menerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedai itu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet, usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysia yang jumlahnya melebihi 10 juta orang.

Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk mereka ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1 billion orang.

Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi, bangsa dan agama.

Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

PENYELESAI MASALAH

Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur.

“Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.

“Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi” kata Irfan lagi.

KISAH KEJAYAAN IRFAN KHAIRI

Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7 tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, saya tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah perkara baru.

Pada mulanya saya hanya melakukan perniagaan internet secara sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk saya mendapatkan pelanggan!boleh dikatakan selama setahun saya gagal dalam perniagaan internet – malah mengalami kerugian. Saya bertekad untuk terus berjaya.

Jadi saya berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan internet.

Selama 2 tahun saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara perlahan-perlahan saya dapat memperbaiki perniagaan saya. Pengalaman juga turut membantu sehingga saya berumur 25 tahun (empat tahun lalu).

Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet saya untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua tahun lepas saya kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.

Ketika itu, saya bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan internet melalui buku serta bengkel yang saya anjurkan di RahsiaInternet.com.
Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima perniagaan internet dan saya juga akan terus dengan usaha saya selagi termampu, Insya-Allah.

MELABUR PADA DIRI SENDIRI

Seringkali saya di Tanya. “Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000 yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?”

Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.

Kawan baik saya, jutawan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya dengan soalan “Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?”. Pelbagai jawapan yang diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!

Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.

Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan.

Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.

Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?

Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3% selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan anda.
Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik – ilmu diperlukan!

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.

Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000 sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31 tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3 tahun?

Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting. Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000 atau lebih setiap bulan!

Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.

Cara-cara mencari ilmu :

1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!

Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

=============

Sabda Rasullullah saw:

Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.

Apa kata kita mulakan perniagaan berbentuk ilmu (produk informasi). Bukan sahaja ia adalah sesuatu yang amat mulia dalam agama, ia juga boleh memberi pulangan, untuk ekonomi ummah.

Berbagai-bagai produk boleh dijual di Internet. Produk terlaris yang dijual di Internet adalah produk informasi. Sekiranya anda berminat untuk mendalami teknik dan strategi menghasilkan dan memasarkan produk informasi di Internet, sertai Workshop Jutawan Internet, Terhangat di Pasaran. Klik di sini untuk maklumat lanjut- lebih banyak maklumat telah di tambah!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

18 thoughts on “9/10 rezeki dan perniagaan Internet

  1. 9/10 rezeki bukanlah datang dari perniagaan internet sahaja tetapi perniagaan lain juga yang dijalankan secara jujur. Besar kemungkinan 9/10 keuntungan perniagaan datangnya daripada perniagaan internet atas faktor risiko kerugiannya yang rendah….ARB Dagang

  2. Jual Beli Yang Di Larang Dalam Islam:

    1.Jika akad jual beli itu menyulitkan ibadah, misalnya mengambil waktu solat. Berniaga seperti ini adalah dilarang.

    2.Di antara jual beli yang dilarang ialah, menjual alat muzik,menjual gambar dan menjual kaset-kaset berisi lagu-lagu.

    3.Termasuk juga, jual beli yang dilarang adalah, menjual barang yang dimanfaatkan oleh pembeli untuk sesuatu yang haram.

    Sekadar ini berkongsi.

  3. Saya salah seorang yg telah mendapat inspirasi dari saudara Irfan utk turut terjun ke bidang perniagaan internet ini. Dan laman web saya yg menjual buku2 agama telah pun beroperasi selama 2 tahun. Alhamdulillah… mendapat sambutan yg hangat. Betul kata Irfan, kita mesti bijak mengambil peluang memenuhi niche/kekosongan yg ada dlm arena perniagaan internet ini.

    Yg paling penting sekali ialah keberanian dan determination kita utk memulakan perniagaan internet. Bagi yg dah ada idea, jgn terlalu lama berkira2 utk memulakan perniagaan internet anda kerana ia hanya mengundang rasa was-was dan ragu-ragu dlm diri anda. Mulakan langkah sekarang! Klu rugi sekali pun, setakat modal RM 500+ tdk akan menjadikan anda muflis. Sebaliknya, anda bertambah kaya.. bukan kaya wang, tapi kaya pengalaman 🙂

  4. Pengorbanan dalam mencari ilmu pengetahuan adalah satu pelaburan yang amat berguna untuk diri kita. Ilmu dapat memperbaiki dan mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran kita dalam sesuatu bidang jika dipraktikkan…tidak kira apa jua perniagaan yang kita ceburi, semuanya memerlukan ilmu untuk berjaya…

  5. mantap la ko IK, dari segi buat duit dah hebat giler.. dah la blajar kat UK.. lepastue agama kau memang strong.. huhu kagum aku… Mungkin satu hari nanti aku jadi ko no.2 kot..

  6. setahu saya la..keuntungan perniagaan internet lebih besar..ini adalah kerana faktor promosi yang begitu luas di serata dunia..maklumla..

    kalau kita hanya jual dikedai sahaja..pelanggan kita hanya di tempat itu sahaja..tetapi cuba kita jual di internet…

    pelangan kita sesiapa saja didunia ini..mana korang ingat best?? offline ke online bisness??fikir-fikirkan la…

    p/s:kalau nak promosi tentang perniagaan korang,,ape kate try promosi kat blog JuniorIM (clcik je name saya tu)..kat situ leh hantar article apa jua perniagaan yang korang nak..try la tengok..dan semuanya free je..

  7. Salam..
    saya amat teruja membaca kisah bro irfan,
    kerana bro telah membuktikan org Melayu juga boleh dalam bidang internet.. yg kepakarannya dikuasai oleh org luar..
    diz is awesome bro..
    terus membantu org2 melayu, especially newbie mcm sayer.. hehe

  8. salam..

    alhamdulillah.. dan terima kasih kpd abg Irfan khairi kerana telah membuka mata saya untuk menceburi bidang perniagaan. info2 yang diberi ringkas tetapi padat.. sgt berguna bagi saya yg baru ingin berjinak2 dalam peluang bisnes ini..:)

    smoga lebih ramai orang Islam menceburi bidang keusahawanan ini terutama golongan muda.

    Ya Allah.. bimbinglah kami utk menuju keredahaan Mu dgn ilmu yg Engaku kurniakan. Amin.

  9. ALHAMDULILLAH…dengan tips yg di berkan oleh irfan..dapat di manfaatkan oleh semua org yg berminat dengan perniagaan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.