Memang banyak cara kita mendefinasikan STRATEGI & TEKNIK semalam. Komen anda banyak membantu. Bagi mereka yang ingin gambaran yang lebih luas, lihat posting semalam! :)

Another way to look at STRATEGI & TEKNIK adalah, Teknik menjawab kepada “WHAT?” manakala strategi pula menjawab kepada “HOW?”, “WHERE?”, “WHEN?” dan “WHO?”

Sebagai contoh, untuk perniagaan Internet.

Autoresponder adalah TEKNIK. Tetapi ilmu mengenai autoresponder sahaja tidak mencukupi. Perlu tahu, bilakah hari terbaik untuk hantar autoresponder, atau bagaimanakah cara terbaik menyusun autoresponder yang diterima pelanggan secara berturutan, berapa lamakah interval terbaik untuk menghantar autoresponder… itu adalah strategy

Network adalah TEKNIK. Tetapi strategy adalah dengan siapa kita patut network? apakah terma network? bagaimana network tersebut dapat berkembang dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun dari sekarang? adakah kita network dengan mereka yang melakukan perniagaan Internet sahaja atau bukan perniagaan Internet?

Mengeluarkan produk baru adalah TEKNIK. Tetapi, bilakah masa terbaik untuk mengeluarkan produk (timing)? Produk apa yang terbaik dalam cross promotion? Apakah produk susulan selepas mengeluarkan produk baru ini? Bagaimanakah produk baru ini dapat membantu menaikkan jualan produk lama?

Walaupun kedua-duanya penting, tetapi, TEKNIK boleh dikatakan dipelajari melalui teori, manakala STRATEGI di pelajari melalui pengalaman (atau daripada mereka yang berpengalaman).

Sebab itu dalam peperangan, pengatur strategi adalah general yang berpengalaman dan bukan yang pakar dalam teknikal perang.

Strategi adalah amat penting untuk membezakan anda dengan pesaing. Ini kerana, ramai orang sedia tahu teknik-teknik perniagaan Internet, tetapi, tidak ramai yang arif dalam strategi perniagaan.

Strategy is looking at things in a bigger picture!

Nasihat saya adalah untuk anda lihat perniagaan anda atau perancangan perniagaan anda in a bigger picture. Draftkan satu strategy yang lengkap. Sebabkan ramai usahawan Internet terlalu menumpukan kepada teknik tanpa mementingkan strategi, maka, amat sukar untuk bersaing oleh kerana rata-rata ramai sudah memahami teknik. Dan kesemuanya menggunakan teknik yang sama :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Antara strategi & teknik
  • Kisah orang-orang yang berjaya
  • Teknik “Halo” dalam perniagaan
  • Kebarangkalian berjaya dalam promosi…