Wed 5 Mar 2008
Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, jangan samakan cara pengiklanan jenama perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet.
Jenama perniagaan bukan Internet mendapat pengiklanan dari segi produk (atau kedai) yang boleh dilihat orang ramai.
Contoh, Coca-cola boleh dilihat di kedai-kedai… showroom NAZA boleh di lihat di tepi jalan raya… Colgate boleh dilihat apabila kita berus gigi…
Apabila dilihat, ia menjadi pengiklanan.
Tetapi, jenama perniagaan Internet TIDAK BOLEH DILIHAT di kedai, tepi jalan raya ataupun apabila kita membuat sesuatu kerja. Jenama perniagaan Internet hanya boleh dilihat apabila seseorang MEMILIH untuk pergi ke sesuatu laman web tersebut seperti jenama RahsiaInternet.com dan IrfanKhairi.com
Oleh itu, pendekatan perniagaan Internet untuk memaksimakan keuntungan adalah mempunyai “JENAMA” sedia ada didalam fikiran orang ramai.
- Contoh, bila sebut buku, jenama Amazon.com tertera di fikiran.
- Bila sebut search engine, Google tertera di fikiran
- Bila sebut bunga, Blooming.com.my tertera di fikiran
- Bila sebut perniagaan Internet, Irfan Khairi tertera di fikiran (harapnya lah!
Sematkan jenama anda didalam fikiran pengguna. Oleh kerana jenama perniagaan Internet, tidak boleh dilihat.
ps: Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan cara bagaimana jenama perniagaan Internet anda boleh mendapat keutamaan dalam fikiran pengguna. Workshop terdekat adalah pada 22hb March 2008. Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

March 5th, 2008 at 10:27 am
Yes setuju. Kena gunakan pendekatan yang berbeza untuk tujuan yang sama.
Bila sebut perniagaan internet memang teringat Irfan Khairi.. Bila sebut Property Biz teringat Azizi Ali
March 5th, 2008 at 11:56 am
Penjenamaan penting untuk semua perniagaan.
Untuk menguatkan lagi jenama kita, pengiklanan online dan offline mesti digabungkan untuk memberikan kesan yang maksima difikiran orang ramai.
Ingat! PROMOSI ingat! PEMASARAN ingat! PromoProsper.Com ingat! P2..DotCom
March 5th, 2008 at 2:05 pm
topik yang saya suka ni irfan…
bila ada nama senang nak bina empayar…
March 5th, 2008 at 4:16 pm
Nak membina jenama bukan sehari dua kerja..
Perlu sentiasa berusaha mempromosikan website tersebut…
harap2 ligakampung.com akan menjadi jenama yang hebat 2-3 tahun nie
March 5th, 2008 at 4:34 pm
Huhuhu… nak membina jenama ni pada saya bukan senang kalau tak tahu caranya.. saya juga cuba membina jenama saya sendiri tetapi ternyata ia mengambil masa..
kena bykkan bersabar dan berusaha di samping cara yang betul..
March 5th, 2008 at 5:13 pm
Seperti Donald Trump katakan jenama adalah perkara yang penting, betul tak?
March 5th, 2008 at 6:49 pm
emm kalu orang xtau sesuatu brand tu… boleh famous… tapi yang terkenal pulak sebaliknya..
March 5th, 2008 at 7:38 pm
Saya pun bercita-cita nak ada trademark saya sendiri.Tapi semua ni bukan datang bergolek.Kita perlukan usaha yang berterusan.Baru lah bleh berjaya
March 5th, 2008 at 9:11 pm
yes…..betul jugak…
kalau tumpuan kita pengguna internet..naikkan jenama melalui promosi internet
March 6th, 2008 at 10:06 am
p2..dotcom,
menarik ayat kat bawah tu…hehe
March 6th, 2008 at 2:10 pm
betul, jenama amat penting… seperti “ke arah Negara Berkebajikan”..
March 6th, 2008 at 3:43 pm
sesuatu yang perlu dijenamakan sekarang
“LIHAT TAPI TAK NAMPAK”-mind magic
March 6th, 2008 at 6:12 pm
Halo semua,
Jenama memang penting seperti apa yang dikatakan irfan.
Dengan adenya jenama barulah perniagaan internet kita boleh berpanjangan dan itu yang kita mahu.
Perniagaan internet bukanlah satu perniagaan yang hari ni kita buka, tahun depan kita tutup.
Tapi kebanyakkan perniagaan internet tutup kerana tiada jenama pada produk mereka.
My 2 cents worth
Haji Cyber
March 7th, 2008 at 3:01 am
Perniagaan Internet memang memerlukan satu jenama yang kuat dah kukuh di ingatan.
Contoh : IrfanKhairi.com
-mudah diingat dan disebut…
IrfanKhairi pencetus idea kepada saya untuk mendekati perniagaan online.
March 7th, 2008 at 10:39 am
tidak di nafikan pengiklanan itu penting bergantung kepada perniagaan kita…
Jika target kita pengguna internet…pastikan banyak iklan di internet lah..
March 7th, 2008 at 10:50 am
YES, Tepat sekali saudara Irfan….
Bila sebut pasal perniagaan internet..tergambar wajah Irfan…………..
Harap-haraplah satu hari nanti bila org bercakap macamana nak selesai sebarang hutang bank…teringatlah nama AJ….tengah usaha lor ni untuk terbitkan sebuah buku ” Facing Hire Purchase Debts - Solutions”
March 7th, 2008 at 11:28 am
Mungkin satu hari Irfan boleh buat training @ pendedahan macam mana nak buat penjenamaan yang hebat seperti yang dicapai
Masih kurang tempat untuk belajar mengenai penjenamaan internet di Malaysia ni…
Salam Usahawan!
March 7th, 2008 at 8:20 pm
…. dan kadang kadang penjenamaan semula pun penting untuk mengukuhkan & memfokuskan bisnes kita…
Selamat Mengundi ….
March 7th, 2008 at 8:31 pm
Askum Irfan…
Sy sokong irwandahnil. Irfan plz buatlah training atau kelas utk penjenamaan internet khasnya dan juga kalau boleh juga tentang cara2 menjalankan biz internet amnya.
Setelah pulang dari menghadhiri workshop di Marriot Hotel, seribu satu macam soalan muncul dan kami yg baru nak bermula ni amat memerlukan bimbingan lanjutan.
Adakan kelas bimbingan plz, maybe once a week atau once in 2 weeks. Depends pd Irfan.
Tq.
March 7th, 2008 at 10:59 pm
Yap. Betul. Penjenamaan itu penting. Lebih2 lagi untuk jangka masa panjang.
March 8th, 2008 at 9:24 am
Ya..betul. Berapa banyak syarikat yg sanggup beli jenama dgn harga yg mahal. KFC, McDonald..
March 9th, 2008 at 10:58 pm
Tahniah semua kerana telah berjaya menjenamakan “Barisan Alternatif”.. towards a truly democratic country..
March 11th, 2008 at 3:11 pm
boleh ke sy kata jenama itu kunci dan asas dlm membentuk perniagaan yg berjaya?
March 12th, 2008 at 7:46 am
Bagaimana pula dengan penjenamaan semula?
Adakah lebih sukar dengan penjenamaan buat pertama kali?
March 25th, 2009 at 1:53 pm
Sokonglah Irfan Khairi…
Sokonglah Jenama Malaysia…