Urgh… saya tahu, sesiapa sahaja yang mempunyai blog, pastinya adakalanya mengalami blues tak update blog :)

Berminggu-minggu (ada yang berbulan!) berlalu tanpa update blog. Sounds familiar?

Ada banyak sebab terjadinya blues tak update blog. Antaranya (yang selalu) sibuk, takde idea nak tulis apa, terlupa, menunda-nunda kan masa…

Tak kira, apa sahaja sebab, memang tak dinafikan, blog adala media yang selalu perlu di update. Nama pun BLOG berasal usul dari perkataan Web Log. Kiranya macam online diary…

Berikut beberapa tip bagi anda yang dah lama tak update blog, atau sering dilanda Blues tak update blog :)

  1. Tentukan hari menulis blog. Seperti saya sendiri, memilih Isnin, Rabu & Jumaat sebagai “Hari mesti menulis”. Walaupun sesuatu idea saya dapat hari Selasa, saya tetap tulis hari Rabu. Kalau ada sesuatu nak dikongsikan hari Khamis, saya tulis juga hari Jumaat.Dengan cara ini, kita dapat disiplinkan diri untuk menulis secara konsisten.
  2. Buka fikiran dengan perasaan “ingin berkongsi”. Dalam hidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman. Setiap kali melalui apa sahaja pengalaman, tanya pada diri sendiri, “bagaimana nak kongsikan pengalaman ini di blog?”Secara sedar dan sengaja, buka kan minda dan sering tanya pada diri sendiri setiap apa yang terjadi, anda ingin kongsikan manfaatnya dengan orang ramai.
  3. Bawa buku 555 ke mana sahaja. Ok… ok… saya tak lah bawak buku 555 yang kutip hutang tu. Tetapi, setiap kali saya dapat idea nak kongsikan sesuatu di blog, saya akan catatkan nota dalam ipod atau handphone saya.Catat nota in point form sahaja, tak perlu menulis seluruh entry. Tunggu hari-hari yang ditetapkan (Point 1), baru tulis seluruh entry di blog.
  4. Of course, ni sebenarnya tak perlu saya sebut. Bina blog yang membawa topik kegemaran anda. Tip Satu Minit ini lebih kepada tip-tip perniagaan & motivasi… yang menjadi minat saya dari dulu lagi. Update blog ini menjadi hobby yang menyeronokkan dan bukan kerja yang memenatkan.So, pilih topik yang besesuaian dengan anda untuk blog! Saya dah menulis di Tip Satu Minit ni sejak tahun 2006. Disebabkan minat, sehingga kini masih menulis tanpa jemu.

Mudah-mudahan dengan tip-tip di atas, kurang sikit kita bersama mengalami blues tak update blog :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pengumuman: Cara Promosi Versi 1.1 (baru)
  • Berapa kerap kita perlu menulis di blog
  • IKSB Damansara up and running!
  • IK zaman dolu-dolu…