Dengan menggunakan blog sahaja, anda juga boleh menjalankan perniagaan Internet. Ramai kenalan saya yang makes a good living daripada blogging. Pendapatan beribu hingga berpuluh ribu pun ada.

Kalau blog berbahasa Inggeris, agak besar peluang untuk menjana pendapatan oleh kerana terdapat banyak program affiliate dan program pengiklanan yang boleh disertai. Tetapi, bahasa Melayu bagaimana?

3 cara menjana pendapatan melalui blog:

  • Jual produk atau perkhidmatan sendiri
  • Sertai program affiliate (agak limited pilihan untuk blog melayu di kalangan how to make money products)
  • Letakkan iklan di laman web (contoh: iklan di sebelah kanan browser anda ini —->)

Anda boleh mulakan perniagaan Internet terus daripada blog dengan menjual produk & perkhidmatan anda sendiri. Contoh: Klik di sini untuk mukasurat jualan buku Nota Jutawan:Nota Motivasi dalam blog ini. Tak perlu ada laman web yang khas untuk menjual. Terus dari blog pun boleh :)

Juga, sebagai peringatan, sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri (seperti buku), tak salah untuk anda beli dari pemborong atau penerbit apa sahaja yang anda ingin jual, dan jualkan semula di blog. Contoh, beli buku Nota Jutawan dari penerbit telaga biru, mungkin dapat 40% diskaun, kemudian jual semula di blog anda. Atau, beli ukiran Al-Quran dari pasar borong Nilai, kemudian jual semula di blog anda.

Pendapat saya, untuk maksimakan pendapatan melalui blog berbahasa Melayu, dapatkan produk atau perkhidmatan untuk anda jual terus melalui blog. Saya juga kenal blogger yang menjual barangan 2nd hand dari rumahnya (atau yang dijumpa di tempat2 bargain) terus melalui blognya!

Untuk menambahkan pendapatan melalui blog Melayu anda, sertai juga program affiliate dan letakkan iklan!

Bagi anda yang mempunyai blog berbahasa Melayu, apa kata kongsikan cara anda menjana pendapatan? Kalau boleh, sebutkan lebih kurang berapa pendapatan pun ok gak supaya mereka yang baru dalam dunia blogging dapat inspirasi & motivasi untuk jadikan blog sebagai sumber pendapatan.

ps: Workshop Jutawan Internet terdekat pada 12hb Julai 2008 di JW Marriott, Kuala Lumpur. Pelajari Cara Memulakan perniagaan Inetrnet yang Menguntungkan dari Rumah dalam masa 7 Hari. Workshop Jutawan Inetrnet juga dijalankan di Singapura & Brunei. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tak pandai “speaking”
  • Pasaran perniagaan berbahasa Malaysia
  • Mengalih bahasa perniagaan Internet
  • Duit sen vs duit kertas