Fri 10 Aug 2007
Mungkin personally bagi saya the best part dalam memulakan perniagaan- tidak kira perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet adalah dalam memilih nama perniagaan!
Memilih nama perniagaan memerlukan kreativiti dan imaginasi supaya jenama kita mudah dikenali seperti RahsiaInternet.com, Tip Satu Minit, 101 Cara Promosi dan Workshop Jutawan Internet
Saya pernah menulis tip: Nama Perniagaan Anda untuk anda namakan perniagaan mengikut jenis perniagaan anda. Juga, dalam 101 Cara Promosi juga saya sebut ini sebagai satu cara promosi.
Tidak lama lagi, RahsiaInternet.com akan memulakan sebuah laman web baru. Dan kali ini, saya mengambil keputusan untuk menggunakan domain name yang tidak ada kaitan dengan perniagaan (atau hampir ada).
Terdapat juga strategy menggunakan nama yang tidak ada kena mengena dengan perniagaan yang dilakukan seperti: Google.com, Yahoo.com, Amazon.com dan Boo.com. jadi saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah ini.
Menggunakan strategy nama yang tidak ada kaitan dengan perniagaan (atau hampir ada kaitan), cara terbaiknya adalah menggunakan perkataan yang memberi impak emosi!
Sebagai contoh:
- Google - memberi emosi seperti perkataan yang agak funny bunyinya!
- Yahoo - memberi emosi gembira seperti sorak “Yahoooo!”
- Amazon - memberi emosi kawasan yang besar, hutan yang besar atau sungai yang panjang!
- Boo - memberi emosi kena takut/terkejut “Booo!”
Suka saya mengumumkan satu lagi penambahan dalam keluarga RahsiaInternet.com! Tidak lama lagi, akan dilancarkan…
Caya tak domain name yang saya pilih? “Cayalah!com” oleh kerana “Caya-lah! adalah satu slang yang seringkali digunakan (silap-silap anda pun pernah guna). Nasib baik tiada siapa yang beli lagi domain name ni
![]()
Soalan teka-teki: Untuk anda di pagi-pagi jumaat ini, teka teki sedikit. Agak-agaknya, Cayalah!com ni laman web mengenai apa? Cuba teka!
Anggap ini sesi menjana idea. Sekiranya anda mempunyai laman web bernama CayaLah.com, apa yang anda lakukan? Saja untuk suka-suka… mana tahu, kita dapat generate lebih banyak idea yang bernas di sini!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

August 10th, 2007 at 8:14 am
Cayalah! Doc.
Saya pun tak ada idea nak teka apa tapi “hantam sajalah labu”. Mungkin laman web “advertising” atau portal perniagaan internet.
Memilih nama domain yang tak berkaitan untuk perniagaan memerlukan usaha untuk ‘Branding’ nama tu..betul tak doc? harap doc. success dan laman web ni akan maletup!
Hisham;
P2..DotCom
August 10th, 2007 at 8:42 am
mcm mana nak teka erk.
kalau berdasarkan tulisan , mungkin laman cayalah.com ini akan menjadi salah satu portal khusus untuk rakyat malaysia,seperti direktori, search engine.
August 10th, 2007 at 8:44 am
Salam doc.
Dalam memilih nama domain ni memang pentin.Tambah-tambah lagi kalau nama tu de unsur-unsur humor.Masti bikin meriah gitu.Kadang-kadang org pernah bertanya, “ada apa dengan nama?” emm jgn tak tau nama ni leh org buat org “pandang pertama” =)
August 10th, 2007 at 9:05 am
Cayalah…. nama yg best gak. mungkin untuk iklan…
August 10th, 2007 at 10:04 am
Askum Irfan..
Sy offday hr ni, jd dptlah tgk blog pagi2 lg. ?
Congratulatulations on cayalah.com! Semuga ia meletup dan sgt dipercayai.
Sy teka laman web ini adalah mengenai perkara2 yg blh dilakukan menggunakan internet spt jualbeli produk/servis, belajar mcm2 perkara, pengiklanan, meminta & memberi bantuan atau pun satu lg cara utk menghubungi Irfan dgn topik bebas mengenai bisnes internet!
Betul ke ? Betul ke? Sy btl2 xde clue ni..
Tq, klu salah jaaangan ketawa. Malulah!…:-)
August 10th, 2007 at 11:15 am
Saya rasa misti ada sangkut paut dengan motivasi juga…kan kan kan?
Apa kata buat site featuring new enterprenuers? Saya rasa ramai yang berminat.
August 10th, 2007 at 11:18 am
kadang2 tekanan pilih domain name ni.bila nama yang kita suka dah ada yang guna - not available! aduhhhh…..sedihhhhhh
August 10th, 2007 at 11:32 am
Saya pula teka ianya website tentang motivasi dalam perniagaan internet.mungkin nak gunakan perkataan “percaya” tetapi macam tak best, jadi guna “Caya”.”lah” pula selalu digunakan di Malaysia.. dan juga mungkin membawa maksud “percayalah” perniagaan internet juga boleh berjaya..
kalau tak kena takpe…hehe…
August 10th, 2007 at 11:45 am
Cayalah!com rasanya satu portal rujukan rakyat M’sia untuk bahan2 berita tempatan. Betul ke?
August 10th, 2007 at 1:43 pm
hint yg bagi sikit sgt..( ygtakde kaitan…mungkin juga ade kaitan)..
sebagai menjana idea sbg anak murid .saya suka2 nak teka.. kalau dpt hadiah.. baru best..hehe..
ok.. saya rasa..cayalah!com..tentang kejayaan org2 malaysia..menjana pendapatan pada bidang2 ygtak disangka2..cthnya cam .tup2 jadi jutawan internet..jadi.. boleh kata.. cayalah . hehe..
mungkin . akan gabungkan kejayaan ramai lagi bakal2 jutawan internet..dari semua aspek..seperti jutawan tani.. jutawan mlm..jutawan ternakan ikan.. cth aje laa..
jutawan masakan..jutawan senyap ker?..macam2 laa..jadi last sekali.. bila semua org baca.. kita semua akan kata.. cayalah beb..tak sangka..”bukan cempedak jadi nangka”..tapi itulah kenyataan.. sehingga melahirkan seorang yang hebat dimata dunia..anak malaysia beb..muda lagi beb..cun plak tu..bukan mewarisi harta keluarga tapi harta dicari sendiri dgn titik peluh dan ilmu yang ade..CAYALAH!.com..
jadi kesimpulannya..”inovasi dan kreativiti janaan minda mampu mengubah angan2 menjadi kenyataan..jadi tunggu kemunculan cayalah.com”
August 10th, 2007 at 2:57 pm
Cayalah! (^_^)
suka dgn domain name ni. senang ingat.
rasanya maybe utk kejayaan usahawan yang telah berjaya pelbagai aspek atau bisnes. maybelah..eheh
August 10th, 2007 at 3:00 pm
Cayalah adalah portal untuk mengumpul usahawan usahawan internet Malaysia, dimana boleh berkumpul dan bertukar maklumat.
August 10th, 2007 at 3:56 pm
Bagi firadila….emmm…kalau cari apa-apa sahaja matlumat kat laman web cayalah.com mesti dapat apa yang kita nak….”wah!…cayalah…senangnye dapat maklumat kat sini…” he..he..
senyum selalu…
August 10th, 2007 at 4:00 pm
Harapan dan tanggapan you all pada Irfan begitu besar dan tersangat tinggi sekali kan…ishhh, memang kecut perut dibuatnya!
Tak leh ke you all teka Cayalah.com ni jual kad raya aje ke? Jual gula-gula aje ke hehehe
…tak lah besar sangat tanggungjawab yang nak dipikul.
August 10th, 2007 at 4:28 pm
tulah dia nya…
tapi seronok membaca banyak idea-idea yang bernas. mana tahu, satu hari nanti boleh dilaksanakan oleh rahsiainternet.com juga
tah-tah Cayalah.com jual mousepad ke, mugs ke, pendrive ke…
so far, semuanya amat jauh dari sasaran cayalah.com. tapi takpe, teruskan generate ideas, mana tahu anda sendiri boleh usahakan kelak.
takde siapa pun teka “cayalah.com” adalah ebook?
*idea-idea mengenai direktori business online, search engines, motivasi, keusahawanan etc memang bagus. tapi, saya selalunya kalau lihat pembaca setia Tip Satu Minit sudah memulakan laman web sedemikian, takkan kami di rahsiainternet.com pun nak lakukan yang sama. nanti tak meriah pula…
contoh, P2 ada membuat bengkel hands-on, saya takkan nak buat bengkel hands-on pula. Shueqry pula buat Law of Attraction, takkan saya juga buat LOA, nanti tak fair jadinya
. Mazny juga ada buat directory business online, takkan rahsiainternet.com juga nak buat directory. Razzi ada buat buku mengenai cinta, takkan saya pun menulis buku cinta kut. nanti susah razzi nak cari makan. he he… kita kasi sama-sama share market ok?
tah-tah betul kata razzi… cayalah.com buat kad raya. kan ke raya pun dah dekat. saya pulak business minded! Cayalah.com simple sahaja- macam logonya juga!
August 10th, 2007 at 5:17 pm
Pasal nikah kahwin / cintan ? atau information directory?
August 10th, 2007 at 5:58 pm
cayalah.com..
apa yer…
bukan advertising kot..book ..ebook?
August 10th, 2007 at 6:54 pm
Dr says: “Mazny juga ada buat directory business online, takkan rahsiainternet.com juga nak buat directory.” –> hehe… nasib baik la berfikiran camtu. Klu RahsiaInternet buat the same thing, dah tentu saya takleh nak cari makan. Mana dapek nak compete dgn Irfan yg dah ada nama dlm arena ni…
Saya teka Cayalah.com adalah portal yg jual souvenir utk pelbagai peringkat umur. Dari kanak2, remaja dan juga dewasa. Di samping tu ada pelbagai idea utk memeriahkan pelbagai ocassion spt birthday etc. Apa aku mengarut daa? heheh…
August 10th, 2007 at 8:15 pm
Sunggug unik betul Cayalah.com…
Senang masuk otak
August 10th, 2007 at 8:54 pm
slmt mlm ,
post ni pagi tai lagi…tp skrg baru baca online…sebab hari minggu kat trgn…
menarik logo cayalah.com ni…
nak teka apa ek…
mungkin untuk personal kot… utk dikenali lagi oleh rakyat malaysia…
han
August 10th, 2007 at 10:24 pm
ramai yang meneka doc nak buat portal,directory kerana..mula-mula mereka dengar perkataan yahoo! lepastu dengar perkataan cayalah!
yahoo!cayalah!yahoo!cayalah!
secara tidak langsung minda separuh sedar memberi jawapan yang hampir sama dengar service yahoo seperti portal atau directory..
tekaan saya pula adalah: sesuatu yang tidak berkaitan dengan komuniti,tetapi lebih kepada produk virtual tunggal(single)
salihin
August 11th, 2007 at 12:27 am
Cayalah Doc!
Macam konsep promosi Fuyoo Digi
August 11th, 2007 at 9:08 am
cayalah.com
mungkin jual produk vcd atau kaset motivasi terbitan telaga biru?
agaknya kot.
August 11th, 2007 at 4:14 pm
Sudah. Keluar pulak. Boleh jugak kalau buat searh engine baru kalau cayalah.com ni. Mesti trafik banyak gila. Kalau letak adsense, confirm mencanak income. Hehe..
Ehm, idea untuk product baru ada banyak. Cuma lum di pakejkan lagi sahaja. Hoho..
Apa2pun. Tak sabar tunggu launch website cayalah.com. Confirm nih?
August 11th, 2007 at 10:38 pm
Saya rasa cayalah.com akan menjual segala produk yang pernah hasilkan.. Caya x ??
August 12th, 2007 at 12:27 am
Salah semua tuuu…sebenarnya Irfan dah cakap kat saya apa yang dia nak buat…
cayalah.com sebenarnya nak menjual CPT…cendol pulut tapai! Percaya tak? Cayalah!
HAHAHAHAHA!!!
“Ketawa adalah penawar segala duka!”
August 12th, 2007 at 5:38 am
Assalamualaikum
Irfan,
Saya tak dapat cari tentang hasil keluaran production house Irfan macam buku “I walk the dollar”.Mana website yang berkaitan dengan keluaran Irfan Khairi Sdn Bhd.?Kalau saya termiss masa temgok website www.irfankhairi.com saya minta maaf.
Wassalamualaikum
August 12th, 2007 at 12:11 pm
cayalah…..ceria betul nama domain ni….rasa macam untuk benda atau content yang ringan/fun….
August 12th, 2007 at 7:10 pm
Mungkin untuk segala production house.. CAYALAH . Hahaha..
August 13th, 2007 at 10:48 am
wait .. see.. n follow =)
August 13th, 2007 at 3:19 pm
Cayalah nih tempat cerita orang berjaya kot…
huhuh
August 13th, 2007 at 5:46 pm
Assalamualaikum w.b.t, salam perkenalan untuk semua.
cayalah! pada firasat saya yang baru nak belajar ni ialah nak buat satu portal berkongsepkan motivasi penghargaaan, tak kiralah nak letak apa pun dalam tu, yang penting ianya berkonsepkan motivasi secara penghargaan atau appreciation org putih kata.
August 17th, 2007 at 3:35 am
portal @ forum nih…
April 11th, 2008 at 5:21 pm
sukar saya nak teka apa yg anda nak buat dengan caya la.com. mungkin nak jual hosting plak kut. mungkin nak jual domain kut..
drpd : jomdoit bukan sekadar perniagaan
http://www.jomdoit.com
April 27th, 2009 at 7:46 pm
hye hye… =)
im newbie! cane nak contact sedara irfan eh..
ade personal emel ke. hehe..
suke dgn idea idea irfan, bernas. sy br nk mula belajar bina kjayaan kt internet mcm irfan.
nak tny irfan cmne nk pilih nama domain eh?
klu nak buat web jual ebook msti dah byk yg guna teknik rahsia lah, teknik jutawan lah, wang mudah la.. tp sume bkaitan dgn teknik & wang or duit.. so mcm susah nak cari domain yg sesuai untuk bg yg newbie mcm sy nie. tkut nnt tak de org nk lawat sbb nama domain x best. huhu..
December 4th, 2009 at 8:17 pm
rasa-rasa cayalah ni boleh terkenal macam google, yahoo n lain2.. kalau buat search engine lagi bagus.. malaysia dapat nama.. wah!! leh harumkan nama malaysia.. pastu wat cayalah adsense.. hehehe..