Tue 16 Dec 2008
Hari ini saya nak kasi tips untuk anda yang berminat untuk menulis ebook, tetapi tiada masa… atau… tak pandai menulis
Ebook short cut!
Bagaimana caranya?
Langkah 1:
Pilih satu subject mengikut kepakaran anda… atau minat anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat
Langkah 2:
Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda ingin ketengahkan.
Langkah 3:
Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!
Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:
- 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
- Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
- 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia
Yes, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK menggunakan Ebook shortcut ini. Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu mencapai sesuatu juga. Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain yang dalam capaian anda.
Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang berterusan setiap bulan daripada ebook.
Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya… perlu bayar ke mereka yang anda interview tu? Perlu bayar royalti ke pada mereka?
Jawapan: Biasanya tidak perlu. memadai dengan kredit yang tertera selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun, pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk dikompilasikan
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut (dan juga lagi banyak short cut - short cut) bagaimana hendak menghasilkan ebook yang berpermintaan tinggi, Workshop Mini “Terhangat di Pasaran” akan diadakan pada hari Sabtu ini 20hb Disember 2008. Workshop separuh hari sahaja (So, murah sikit dari full workshop
). Klik di sini untuk maklumat lanjut.
ps: Yang bestnya, sebab cuti sekolah, selalunya tak ramai penyertaan, so, siapa yang attend Sabtu ni, kumpulannya adalah kecil, maka, lagi mudah berinteraksi dengan saya.
pps: Ebook Mentor Jutawan yang saya gunakan kaedah “Ebook Shortcut” hari ini, pada bulan pertama sahaja memperolehi jualan >RM30k. Not bad untuk sebuah ebook yang saya tak perlu tulis!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


December 16th, 2008 at 9:25 am
Salam IK,yes another great tips from the sifu
Hopefully,Ik akan beri banyak lagi tips mengenai ebook ni.
December 16th, 2008 at 9:29 am
wah…idea yg simple…tp berkesan…
http://kamrie-ceramic.blogspot.com
Blog Rahsia Jutawan
December 16th, 2008 at 9:35 am
wahh..tak sangka tips hari ini membuat saya berfikir betapa mudahnya untuk menghasilkan ebook.Saya nak cuba
December 16th, 2008 at 9:44 am
Salam IK!
Ya, betul tu..Jika anda rakan-rakan ingin tahu, seorang remaja Singapura telah jadi jutawan hanya dengan kaedah seperti yang IK terangkan ini sahaja!
http://dayaglokal.blogspot.com
December 16th, 2008 at 10:43 am
salam,
very good idea IK!
memang x terfikir idea shortcut ini.
utk student IPT cam saya nie, boleh temubual pensyarah2 mengenai tip menjawab exam.
December 16th, 2008 at 11:16 am
Bijak, bijak… I follow…! ~_~
December 16th, 2008 at 11:19 am
my new blog linked u!
nice2 ik! iloike ur blog
December 16th, 2008 at 12:18 pm
Salam;
1- Satu topik dan idea yang amat menarik.
2- Jom kita buat ebook!!
3- T/Kasih IK
December 16th, 2008 at 12:57 pm
Tu yg dinamakan “Think Smart, Work Smart” Tak perlu bersusah payah, boleh dapat income ribu2 menerusi ebook kita
Sifu, anda mmg kreatif!
December 16th, 2008 at 12:57 pm
Salam semua,
Saya pernah belek buku di MPH dan ada terjumpa satu buku yg kumpulkan kisah hidup beberapa tokoh Melayu yg telah berjaya. Mungkin penulis telah temuramah tokoh2 tersebut dan kemudian membukukannya.
Konsep yg sama boleh digunakan cuma convert ke bentuk digital iaitu ebook. Cuma bukan senang nak cari peluang jumpa orang2 berkenaan.
Cara yg lebih mudah, mungkin kita pernah layari mana2 forum yg bincangkan pasal satu masalah. Berdasarkan respon atau penyelesaian dr forumer berkenaan kita boleh karangkan sebagai sebuah ebook panduan. Selamat mencuba
HAFIZ
http://bisnes-impian.blogspot.com
December 16th, 2008 at 2:06 pm
Salam
Irfan memang seorang yang tak lokek ilmu. Suka sharing.
Kengkawan semua, saya dah pergi ke Workshop Mini “Terhangat di Pasaran” tu sejak pertama kali dianjurkan. Memang saya dapat banyak info baru. Kalau ada peluang lagi… saya nak pergi lagi ikuti workshop tu…
Sekarang saya sedang menjalankan usaha ke arah itu. Rugi besar… kalau tak pergi…
December 16th, 2008 at 2:34 pm
Cara ini adalah yang terbaik bagi mereka yang menulis ebook. Rasanya ianya boleh diperluaskan lagi jika ada rakyat malaysia kita menyediakan perkhidmatan untuk menulis ebook, cara ini lebih banyak diguna pakai di bahagian eropah dan mungkin hanya segelintir sahaja yang menyediakan perkhidmatan sebegini di malaysia, itupun menulis buku sahaja bukan ebook. Saya dapati hanya seorang dua sahaja yang baru menyediakan perkhidmatan sales letter dan bukan ebook, tetapi cara ini juga salah 1 platform untuk mendapatkan icome sampingan. Mungkin ada diantara pembaca2 blog ini bakal mendapat idea apa yang saya katakan dan mempunyai pendekatan yang sama sepertimana dr.irfan katakan.
December 16th, 2008 at 2:54 pm
cara senang nak buat ebook…. tapi tu lah nak p interview orang ni kena ada masa juga
December 16th, 2008 at 3:10 pm
satu idea yang sangat berkesan.. sekarang baru saya faham …. sebenarnya senang cari idea tuk menghasilkan sessuatu ebook.. thanks IK….satu info shorcut yang best..
December 16th, 2008 at 7:03 pm
nice idea
n lepas nie mesti ramai sudah ada kredibiliti untuk menemu duga seseorang
=)
thx bro IK
=)
December 16th, 2008 at 7:26 pm
Saya setuju dengan apa yang IK katakan….Biasanya dengan cara ini orang akan lebih mempercayai ebook kita…dan membelinya…saya juga sedang mengaplikasikan cara ini bagi menghasilkan ebook kedua saya..Dan saya dapat rasakan ianya akan ‘boom’ di pasaran…Insyaallah…TUNGGU DAN LIHAT..
December 16th, 2008 at 9:01 pm
Good Idea IK!
Ada juga short cut yer…
WanZ
December 16th, 2008 at 9:29 pm
a very good tips.tapi rasanya topik yang nak diketengahkan dalam ebook juga perlu topic yg ada demand yg tinggi..(better if u can get a niche)
so better buat research dulu untuk topik yg nak dihasilkan..
kalau tk penat je nanti..
rasanya orang yg ditemurah pun perlu sesuai dan kalau boleh yg berjaya n terkenal dalm bidang tersebut..
selain tu yg paling penting kene la pandai internet marketing dan guna teknik2 yg betul.betul tak IK?:)
*IK always come out with good tips:)
December 16th, 2008 at 10:54 pm
thanks IK.. satu lagi rahsia di bongkar.. ape pun, Happy Birthday IK..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
December 16th, 2008 at 11:59 pm
salam,
…Hepi Birthday to you!, moga sihat dan bahgia selalu,
-romi-
December 17th, 2008 at 1:40 am
Menarik juga tu ..idea yang begitu mudah ..semoga di perbanyakkan rezeki insyaallah .
__________________
http://www.gadgetssite.blogspot.com
December 17th, 2008 at 7:18 am
Saya setuju dengan pandan IK. Namun, bagi saya sebelum anda bergiat aktif untuk dapatkan duit secara online, pastikan anda mendapat maklumat yang cukup.
Selepas anda menyiapkan ebook, anda perlu ada website, dan buat promosi. So asas ini WAJIB ada.
-Satu idea dr saya” Interview dengan pelajar cemerlang”,trafget anda pada student dan ibu bapa…
December 17th, 2008 at 11:14 am
Salam IK..
Sy da pegy Mini Workshop tu tp xckup masa utk siapkan..Bila IK ckp interview people yg da berjaya baru sy dapat idea bru..thanks IK..
December 17th, 2008 at 1:39 pm
…this’s a great idea! plan nak jumpa beberapa orang lepas ni,
December 17th, 2008 at 8:02 pm
Idea yang menarik.. tapi nak lebih tahu kena attend kursus IK
apa pun good job..
December 17th, 2008 at 10:15 pm
Salam perkenalan. Terima kasih IK kerana sudi berkongsi tip yang ringkas tetapi amat berguna terutama kepada saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes.
Mungkin saya akan buat ebook bertajuk “Bagaimana suri rumah boleh menjana pendapatan lumayan dengan hanya memasarkan perfume. Ok tak?
December 17th, 2008 at 11:39 pm
hehe.i guess lepas ni..ramai la orang yg kene interview..:)
December 18th, 2008 at 2:36 am
happy birthday!
looks like u share the same horoscope as my son : )
December 18th, 2008 at 2:40 am
salam semua..memang best la idea IK ni…untung2 boleh ikut jejak IK yaa…
December 18th, 2008 at 11:16 am
Sedang mempraktikkan apa IK bgtau. Semua berjalan lancar..
December 18th, 2008 at 2:26 pm
Sebenarnya kalau nak interview orang tak semestinya kita kena jumpa face to face. Di dalam era globalisasi yang semakin moden dan canggih ini, anda boleh sediakan satu teks soalan dan emelkan kepada mereka yang anda nak interview via emel or by post dan apabila mereka reply dengan jawapan, anda boleh kompilasikan interview via text dan membentuk satu e-book, mudahkan?
December 18th, 2008 at 5:07 pm
Bagus idea IK kali ni.Saya memang berminat nak buat ebook lagi.Interview adalah cara yang paling berkesan untuk mencari satu idea yang fresh.Thank for da info.
December 18th, 2008 at 6:56 pm
RM30k bulan ptama??
satu motivasi untuk semua..
December 19th, 2008 at 9:24 am
Memang idea yang bernas, hanya dengan bercakap dan menemubual dah boleh buat bisnes, hebat!!!
December 19th, 2008 at 10:02 pm
idea yg bernas
December 20th, 2008 at 12:54 pm
sy pn mcm tu juga..
idea utk buat ebook mmg ade tapi sy masih perlukan bimbingan drp yg pakar..
sy nk tanya apa software yg plg sesuai utk menghasilkan ebook n kite blh letak password pd ebook tu..contohnya seperti 101 teknik promosi oleh IK tu..yg tu memang sy teringin sgt nk tau..
December 21st, 2008 at 11:23 pm
adus….terlepas workshop e-book!!! ruginya…
bila nk buat lg???
sy xkn miss punye!!!
December 24th, 2008 at 9:19 pm
Di Amerika banyak org jadi jutawan dengan hanya jual ebook sahaja. Sebab di sana market besar. Tetapi di Malaysia pun ape kurang nya. Ramai yang jadi kaya dgn jual ebook. Contoh saudara Mawardee dgn ebook panduan klikbank.