Irfan Khairi di Berita TV9

Siapa tengok berita di TV9 tadi? Sebentar tadi berita TV9 ada menemuramah saya mengenai perniagaan Internet.

Saya amat berterima kasih kepada pihak media oleh kerana memberi peluang perniagaan Internet dipaparkan di media sejak kebelakangan ini. Ini akan menambahkan lagi kredibiliti arena perniagaan Internet di Malaysia. Kali ini, Berita TV9 pula.

irfantv9.jpg

Kali ini, saya ditemuramah tentang ramai menganggap perniagaan Internet ini terlalu mudah, dan boleh goyang kaki sahaja. Lebih daripada 90% perniagaan Internet gagal oleh kerana kekurangan promosi.

Anda di Tip Satu Minit ketahui cara mengelakkan ini – www.CaraPromosi.com

Perniagaan Internet, sama seperti perniagaan bukan Internet. Anda tidak boleh lakukan sambil lewa sahaja. Bukan mudah untuk mencapai apa yang saya capai- namun, ianya tidak mustahil dan memerlukan banyak usaha.

Apa yang lebih menarik lagi tadi, bukan setakat saya sahaja keluar TV, malah usahawan Internet lain juga dipaparkan. Iaitu bekas peserta Workshop Jutawan Internet, Razzi Rahman daripada HalalGelatine.com!

razzitv9.jpg

Kali ini, saya extra happy oleh kerana anakΒ murid juga turut dapat masuk berita atas kejayaannya! Tahniah to Razzi Rahman. Rujuk testimonial Razzi sebelah kanan page ini pada tahun lepas – kini masuk berita pula!

Sebenarnya, sejak 2 tahun lepas, salah satu target saya adalah untuk memaparkan lebih ramai usahawan Internet di mediaΒ  – ini akan menambahkan lagi keyakinan terhadap perniagaan Internet.

Ada juga perancangan untuk memaparkan Internet Marketer Malaysia di media. Namun, sehingga kini belum ada rezeki lagi.

Insyaallah, saya akan sentiasa mempromosikan industri perniagaan Internet di Malaysia supaya ianya makin meluas dan lebih ramai boleh mendapat rezeki daripada perniagaan Internet πŸ™‚

Bagi mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan Internet, sertai Workshop Jutawan InternetΒ dan ketahui bagaimana Razzi Rahman berjaya dalam perniagaan Internet menjual barangan local ke tahap global!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Irfan Khairi di Berita TV9

  1. tahniah irfan,
    tv9? ruginya saya.
    saya selalu tengok tv3 saja terutamanya
    buletin utama.
    nampaknya, lepas ini kena tengok tv9 pula.

  2. alamak… asal x cakap awal2… dok tunggu die kluar kat blog ni, tengok2 die kluar kat tv pulak… ape2 pun, tahniah! πŸ˜‰

  3. Glamourlah Doc. selalu masuk TV πŸ˜€

    Apa kata kita usahakan satu station “Internet TV” untuk membolehkan internet bisnes ini berkembang dengan lebih rancak lagi.

    Irfan sebagai bossnya, boleh ke!!! πŸ™‚

    “Adakah anda semua tahu eBay mempunyai Universiti sendiri – eBay University”

    Hisham;
    Fikir-fikirkanlah!!

  4. Alhamdulillah, saya baru menonton tentang perniagaan internet, Razi Rahman dan Irfan dlm berita NTV9. Bagus disiarkan begitu. Sekurang2nya utk menambah keyakinan rakyat Malaysia dlm perniagaan internet. Bukan mudah memancing kepercayaan masyarakat. Lihat sahaja komen beberapa responden yang ditemubual.

  5. P2 > Internet TV? sebenarnya itulah yang saya dok rancangkan dan pernah sebut pada beberapa IM Malaysia πŸ™‚ awal tahun lepas, hampir terlaksana satu program tv berteraskan Internet… tetapi takde rezeki, ditunda. Buat masa ini, belum materialize lagi idea tersebut.

    siapa Nak sangat tengok saya di TV, tunggu depan TV 24hb Feb ini di TV3, jam 7.00 mlm πŸ™‚

  6. Saya tertengok tadi kat tv9.Satu iklan yang rancang ke?Boleh tak buat satu laman web untuk iklankan semua web yang pernah bimbing macam ‘milliondollarhomepage’ kalau tak silap yang mana jadi tempat untuk iklankan web site dan boleh dikenakan sedikit bayaran untuk pengiklanan atau ajar saya untuk buat website tersebut.Terima kasih.Wassalamualaikum.

  7. Saya tertengok gak berita TV9…biase tengok TV3..cume komen dari orang ramai..dari laporan berita tu..”saya takut produk x sampai laa”..”x percaya sangat laa”…ape2..tahniah masuk tv..hehe

  8. Ramai orang masih menganggap perniagaan internet adalah sesuatu yang asing. Saya rasa Irfan pun aware about this. Sebab tu kursus yang dianjurkan adalah model perniagaan internet yang sepatutnya dijalankan. Bukannya skim cepat kaya.

    Lagipun, masih ramai belum celik komputer & internet di Malaysia ni.

  9. Terlepas pulak nak tgk Irfan dlm TV

    Actually dari dulu lg nak tgk Irfan kat TV, yalah tak sama jk kita just kenal kat website yg ada gambar & text dia. Anyway congrat pd Irfan sbb dah makin mula dikenali sebagai seorang personaliti berjaya dlm Perniagaan Internet. Beliau bukan saja berjaya secara peribadi tetapi telah berjaya membuka minda masyarakat terhadap Peluang perniagaan internet di Malaysia. Ramai peserta yg mendapat bimbingan beliau melalui “Worksop Jutawan Internet” telah berjaya menjadi usahawan internet sekarang. Ilmu, Pengalaman dan Kepakaran Irfan dlm Industri Perniagaan Internet ternyata sangat berharga dan bermanfaat untuk kita pelajari. Seperti yg beliau katakan, untuk mendapatkan ilmu yang pantas maka rujuk lah atau tanya atau pelajari daripada mereka yang pakar dalam industri berkenaan.

    Utk Semua Kawan2 kat Tip 1 Minit nie, Sebelum terlupa , Jum kita tgk Irfan kat TV3 pd 24hb Feb 2007, jam 7.00PM πŸ™‚ Tenggok Jangan tak tenggok

    till then…. bye. πŸ™‚
    From: http://www.teamfifi.com/raffa-e

  10. Saya nak tengok asyik terlepas je..kali ni set jam la pulak..harap tak terlepas lagi..perniagaan internet makin maju bak cendawan tumbuh selepas hujan. Harap dapat cendawan yang berkualiti dan bukan cendawan beracun πŸ™‚

  11. saya sokong usaha Irfan utk trus mempromosikan industri bisnes internet seluruh Malaysia..setakat ni, blum ramai orang tahu bisnes internet ni cemana..

  12. kita perlu usaha kuat lagi walaupun masih ada yang berpandangan negatif. Yang penting, kita buktikan kepada mereka dengan kejayaan kita dan bantu orang lain turut sama berjaya. Tapi, tetap ada segolongan yg susah bebenar nak cayer benda2 mcm ni.. Asyik cari kelemahan orang jer ada la.. πŸ˜‰

  13. Org malaysia masih kurang kepercayaan mereka terhadap bisnes internet. Mcm yg saya experience, saya dah sediakan kemudahan membeli secara online, tapi ramai yg prefer beli secara offline.

    Dan bila saya cerita yg saya skrg berniaga melalui internet, ramai yg blur… Kenalah saya explain panjang lebar. Tapi yg frust sket sbb saya sendiri masih blm mencapai angka pendapatan yg boleh membuatkan org impressed!! (esp. kawan2 saya laa.. yg tak caya bisnes internet ni boleh pegi jauh)

    Anyway, tahniah irfan coz sekali lagi mendapat tumpuan media. Rugi tak tgk berita time tu…

  14. Salamz Ukuwah…
    Alhamdulillah, saya sempat tgk . dlm tv9 news lepas. Segelintir masyarakat di Malaysia tidak yakin dgn jual beli di internet, coz bimbang dgn penipuan yg berluas-luasa. Jadi, apa peranan kita sebagai Usahawan internet?

  15. saya tak dapat tengok irfan di tv9 sebab jarang tengok tv9, tetapi dengan publisiti ini mungkin akan mengubah kepercayaan rakyat malaysia untuk membeli produk melalui internet, kerana sebelum ini kebanyakan rakyat malaysia kurang membeli melalui internet kerana takut ditipu.

  16. salam…hai abg irfan…tahniah,saya mmang suka dgn cara anda…rasa nk ikut jejeak tp saya x celik it la

Leave a Reply

Your email address will not be published.