Keselamatan perniagaan Internet

Hari ini saya ditemuramah mengenai perniagaan Internet di MHI TV3…

Kali terakhir saya di MHI sudah lama… hampir 3 tahun lepas! WOW… begitu pantas masa berlalu.

Isu yang dikupaskan hari ini adalah keselamatan perniagaan Internet

Di MHI dimainkan juga beberapa klip responden mengenai transaksi Internet dan kebanyakan daripada mereka berasa ragu-ragu tan tidak yakin dengan transaksi di Internet.

Bagi yang menonton tadi, tahulah jawapan saya dan beberapa point yang diberi…

Terima kasih juga kepada pemanggil-pemanggil telefon yang menyokong perniagaan Internet- antaranya pembaca blog ini 🙂

Tetapi, apa pendapat anda pula? Mengapa ada segelintir yang tidak yakin dengan transaksi online, dan bagaimana hendak membuang rasa tidak yakin itu?

ps: Klik di sini untuk menyertai Workshop Jutawan Internet.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

28 thoughts on “Keselamatan perniagaan Internet

  1. hmmm….saya sendiri dah banyak kali beli produk melalui internet terutamanya e-book .setakat ni saya ada keyakinan lagi.
    tapi dulu saya pernah chat dengan sorang pompuan ni kat YM.dia ni student IPT gak lah macam saya.

    dia ni kiranya ok gak lah bab2 penggunaan internet sebab selalu online and ade blog peribadi yang bagus dan cantik.saya tanyer dia minat tak wat biz internet dan beli barang melalui online.

    dia cakap tak minat.saya tanyer nape,dia cakap entah takut kena tipu..saya rase antara faktornya `takut kena tipu`…

    soal berurusan jual beli melalui di internet same jugak lah macam bayar cukai melalui internet ..e-filing ek??(kalau tak silap ah..)..ni saya tengok wawancara dari org kuat bahagian hal ni kat MHI.saya lupe namenyer.tapi mengikut `org. kuat` tersebut kebanyakannya tak semua nak wat melalui online walaupun lebih senang sebab salah satunya memang dah jadi sikap orang Malaysia yang lebih senang berurusan dengan manusia dan tak mengadap Laptop atau komputer.lebih2 lagi makcik dan pakcik atau awok-awok(atuk2 la)..

    finally kesedaran & keyakinan terhadap penggunaan teknologi..kalau org yg tahu guna komputer atau internet still ragu2 untuk membeli melalui online.. apatah lagi org yang tak tahu nak guna komputer n internet ni.huhu.

    mereka mesti tanya soalan2 macam ni:
    “betul ke produk ni?“……….
    “nanti kalau buat bayaran dia ada bagi ke barang tu?entah2 nak duit kita jerk“…….
    “berkesan ke?takut bayar lebih tapi barang takde la bagus sgt..“

    …..dan macam2 lagi.

    jadi kesimpulannya bagi saya ada 3 sebab iaitu takut ditipu,masih ramai masyarakat yang lebih suka keluar jumpa orang untuk beli barang,dan soal pengetahuan dalam menggunakan teknologi.

    fuh!
    bagi saya mana2 pun boleh…kalau malas nak kuar beli je kat internet.kalau rajin, keluar beli kat luar. 🙂

    bagi usahawan internet plak kenalah jujur….tu ajer.. 🙂

  2. Memang ramai yg tidak yakin. Saya lihat MHI tadi.Memang bg mereka yg bukan generasi intenet memang kurang yakin. Kurang yakin mereka tercetus disebabkan perniagaan yg dijalankan tidak nampak didepan mata. Kepala memikirkan ada untung@tidak dan betul ke@tidak. Tetapi bagi saya sama ada perniagaan secara intenet@tidak pasti ada risikonya. Cuma cara bagaimana kita mengendalikannya.

  3. persepsi masyarakat tak yakin dengan sistem pembayaran internet ni memang sukar dihakis. Saya sendiri pernah bersembang dengan bapa saudara saya yang bekerja sebagai pegawai kanan di unit perancang ekonomi, JPM, Putrajaya. Beliau sendiri pun masih ragu2 nak membeli perkhidmatan/barangan di internet.

    Bayangkanlah, jika orang yang agak educated camtu pun leh tak yakin, apatah lagi mereka yang tak kurang mahir dalam IT.

  4. berita baiknya adalah, dari pengalaman saya, kepercayaan perniagaan internet quite OK di malaysia. sebagai contoh, rahsiainternet.com mendapat beratus pelanggan setiap bulan membuat transaksi online.

    kalau kena dengan teknik & strategi yang betul, kita boleh memenangi kepercayaan pelawat.

    -IK

  5. Saya rasa ini ada kena mengena dengan generasi celik IT & buta IT. Generasi baru kebanyakannya celik IT. Ini soal mindset.

    Saya juga ada kenalan dari golongan ‘atasan’ di sykt multi-nasional tapi masih mahu membuat bayaran loan di kaunter (beratur lagi!) dan tak mahu menggunakan mesin deposit. Alasannya ialah nak pastikan teller ada print receipt kat bank-in slip sebagai bukti bayaran telah dibuat!

    Bayangkan, mesin deposit 24hours kat bank pun dia takut nak buat transaction (selain ATM withdrawal sbb terpaksa), inikan pula nak buat bayaran di internet.

    Masa untuk berubah!

  6. Saya juga dulu kurang yakin dan memang saya boleh digolongkan kepada “orang yang takut rugi dan kena tipu”.

    Tapi percayakah anda, minat saya kepada niaga di internet ini kembali tercetus apabila menonton satu rancangan Chef Wan di TV Singapura dimana antara tetamu Chef Wan ialah IK

    Of course lah, saya mungkin tidak boleh mencapai apa yang telah dicapai oleh IK, tetapi kejayaan beliaulah yang telah mendorong saya untuk mencuba dan sedikit demi sedikit saya telah dapat membezakan yang mana satu scam dan hype. Walaupun kekadang seram juga jika tertipu.

    Tapi, berkat kewaspadaan dan banyak membaca di forum-forum dan e-books, saya rasa terpulanglah kepada kita jenis niaga internet mana yang boleh kita ceburi.

    Buat masa ini, niaga saya ialah boleh dikatakan “MENUMPANG” bisnes orang dengan menjadi affiliate. Saya harap satu hari nanti saya dapat membuat e-books saya sendiri khususnya dalam bahasa Melayu… hehehe…

    Kekadang saya terfikir mengapa masyarakat Melayu kita “lambat” meneroka bidang yang boleh mendatangkan “keuntungan”. Dan apabila mereka mula sedar, masyarakat dari bangsa lain telah jauh kedepan. Dan pada masa itu, masyarakat kita dah boleh dikira terlambat kerana bidang yang dulunya dinafikan dan mula hendak didekati, telah menjadi “basi” dan tidak diminati lagi. Sedang bidang yang lebih advance telah mula diterokai oleh oranglain.

  7. Salam Irfan Khairi,
    Mana mungkin boleh compare business yg dah established dgn yg belum. Purata ramai yg beli online letak kepercayaan pd product yg dah buat banyak “showing up” lagi terkenal tanpa ragu2 lagi. Begini lah business mula2 teruk kena work hard bila dah dpt kepercayaan pembeli dpt lah sikit slow down jangan pulak slow down terus. Maksudnya kena terus cari idea2 baru dan perkembangkan cara pemasaran yg betul. Ada pelanggan nak tengok, rasa, sentuh mungkin quality jadi pilihan mereka. Tentang pembayaran sy rasa tak perlu sangat bimbang. Yg bimbangnya jangan salah key dan select items dgn betul. Kalau hendak kata takut kena tipu kadang2 depan mata pun boleh kena tipu. Ini lah dunia internet ambil masa utk menangi hati pembeli. Tapikan kalau seminar talk no probem once you’re a good speaker orang datang punya. Lagi-lagi kalau presenter dia IK. Barulah saya tahu siapa IK terlepas pandang aronyms nya. Thanks. Salam Ceria.

  8. Bagi saya rakyat malaysia kita masih ragu2 mengenai transaksi online, oleh itu bagi pakar2 seperti IK ataupun IM kat malaysia kita perlu mengulangi mengenai isu ini agar rakyat kita dapat mengetahui kelebihan dan kepercayaan kepada transaksi online dan selamat untuk digunakan. Saranan saya di sini adalah kepada rakyat malaysia kita janganlah ragu2 untuk menggunakan transaksi online kerana saya juga telah banyak membuat transaksi online dan membeli ebook daripada rajaadsense.com,carapromosi.com mengenai ebook 101 cara promosi, sempoihosting.com untuk mendaftar laman web saya. Kebolehan transaksi online memudahkan urusan anda. Percayalah.

    Oh ya. Saya baru teringat tadi kerana pada pukul 10pm lebih tadi rakan saya ada bertanya saya mengenai kaedah pembayaran interner dan beliau juga berasa ragu mengenai laman web yang menyediakan kaedah transaksi online, namun setelah saya menerangkannya dan melalui pengalaman saya sendiri barulah beliau percaya mengenai hal ini.

  9. Pengalaman saya sejak setahun yang lalu, telah ramai orang Malaysia mempercayai internet. Mungkin peringkat awal, sebelum mereka mengenali perniagaan kita ada rasa ragu2 tetapi setelah melihat sesuatu perniagaan itu dapat bertahan lama dan membuktikan bahawa ia adalah perniagaan yang benar. Jadi tak ada masalah lagi.

    Saranan saya:
    – wujudkan kepercayaan pengguna.
    – permudahkan urusan

    * Saya mula dengan hiratraining.com tp sekarang buat sendiri untuk kemsolat.com 🙂

  10. Bagi saya nak meyakinkan pembeli bahawa kebanyakan transaksi internet adalah selamat bukan suatu masalah. Yang menjadi masalah ialah bagaimana nak yakinkan bahawa adakah kita jujur dan bertanggungjawab atau tidak dalam perniagaan ini.

    Maklumlah dalam Internet ni pelbagai penyamaran dan penipuan boleh dibuat.

  11. betul tu. sesuatu untuk difikirkan…

    adakah orang ramai tidak percaya transaksi (keselamatan/encryption) apabila memasukkan kad kredit online?

    atau…

    adakah orang ramai tidak percaya kejujuran usahawan internet tersebut kerana latarbelakang yang kita tak tahu dan kita tidak bertemu dengannya?

    -IK

  12. kawan saya sendiri pernah tanya.saya buat money transfer ke akuan untuk beli satu2 produk. dia tanya ‘ x kena tipu ker?’ saya jawab, kalau tipu untuk masa depan biz peniaga itu akan gelap.. rata2 ramai masih ragu.. just yakin utk bayar2 bil2 setempat jer.. itu pun masih ramai nak beratur dan buang masa duduk di pejabat pos.. 🙂

  13. setahu saya le.. pembayaran online tidak menjadi isu.

    yg penting ialah mendapatkan kepercayaan pelanggan melalui apa yg dipersembahkan di dalam website kita (all out).

    bila pelawat dah 110% yakin… tiada lagi masalah pembayaran akan timbul.

    hehe… salam muhibbah utk semua usahawan 🙂

  14. Memang benar.. faktor utama ialah takut kena tipu.. dan rata2 mereka ini tidak pernah berurusan melalui internet… walaupun untuk membayar bil…

    Satu kempen perlu diadakan untuk menjelaskan keadaan sebenar..

  15. saya rasa ramai takut pada usahawan sebab mereka takut usahawan tipu…
    tahu jelah…sebelum ini banyak yang tertipu di internet…
    jadi mereka pun jadi fobia nak membeli…:)

    han

  16. kalau faktor pengguna “takut” security/keselamatan kad kredit ketika transaction = perlu didik mengenai encryption & secure server kepada orang ramai. yang ni, boleh dilakukan kempen kesedaran…

    kalau faktor pengguna “takut tertipu” usahawan internet = usahawan internet perlu usaha untuk memberi keyakinan dan tambahkan kredibiliti laman web dan diri sendiri. yang ni tak boleh melakukan kempen kesedaran oleh kerana bergantung kepada usahawan/individu tersebut.

    kalau lain penyebabnya, maka, lainlah penyelesaiannya…

    -IK

  17. Transaksi di internet jika dilihat dari segi teknologi adalah selamat, memang dijamin selamat. Contohnya dengan adanya SSL layer dan pelbagai lagi teknologi encryption.Sekarang ini masalahnya cuma ‘Human Factor’…ketakutan …Contohnya online shopping, pengguna masih ragu-ragu sama ada ‘worth-it’ atau tidak jika mereka membeli sesuatu produk secara online, but in fact, tujuan online shopping itu sendiri adalah untuk menjual/menawarkan harga yang lebih murah dari pasaran biasa. Contoh yang paling jelas, Air Asia dan Dell, mengapa kita boleh dapat tiket atau komputer Dell dengan harga yang jauh lebih murah dari membelinya melalui agen atau kedai?

    Tidak dinafikan memamg banyak penipuan di internet, tapi kita sebagai pengguna hendaklah mengambil langkah yang bijak, contohnya hanya memlakukan transaksi di laman web yang mempunyai teknologi SSL (..yg kat URL ade https:// tu) semasa proses pembelian. Kalau nak kata takut kene tipu, kat mana-mana ada penipuan tak kira lah transaksi internet ataupun secara offline. Kalau dalam urusniaga yang biasa kita boleh berjaga-jaga, kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk membuat transaksi di internet?

    Pengguna, Rakyat Malaysia khususnya, harus diberikan pendedahan tentang ‘Isu Keselamat Transaksi Internet’ ini supaya mereka akan faham tentang konsep sebenar dan sebelum memberi andaian yang negatif tentangnya.

    😉

  18. Sebab utama….takut kena tipu..
    Sebab kedua…. byk terpedaya ngan iklan janji kosong
    Sebab ketiga… buta IT
    Sebab keempat … tak nak explore
    sebab kelima… penguasaan bahasa rendah..
    Sebab keenam…byk sgt scam..

    Ini I punyer pendapat shj..

  19. Baru sebentar tadi di Berita TV Singapura dinyatakan bahawa 80% rakyat Singapura telah berbelanja melalui internet, ini bertepatan dengan usaha pemerintah Singapura untuk menjadikan budaya TANPA WANG TUNAI diamalkan oleh semua orang. Jadi, bila agaknya Malaysia akan melakukan perkara yang sama?

  20. Bagi kami, kita perlu mencuba dulu dgn transaksi di internet ni…
    Kami pun masa mula mula dulu pun… takut jugak kena tipu dsb. Tapi lepas 2-3 kali beli barang kat internet ni…bukan di Malaysia shj, malahan dari USA & China …memang takda masalah.
    Hmmm…apa apa pun, kena cuba dulu..

  21. Salam!

    Benar , ramai yang kurang yakin dan percaya didalam perniagaan Internet ini, apatah lagi online transaction?

    Tahu kenapa?

    Kerana kurangnya pendedahan di media masa dan cara mendidik masyarakat ke arah kehidupan IT macam di barat> kalau di sana beli sayur pun online.

    Niat menceritakan kepada sahabathandai atau ahli keluarga hanya akan mengundang gelak ketawa>nih yang leceh.

    Tapi saya ada cara mendidik masyarakat untuk mempercayai Ebiz ni , Baik yang berminat nak belajar percuma boleh ke http://wwwrealestet.blogspot.com
    di sini saya mengajar secara perlahan-lahan tapi dengan syarat kena dapatkan buku panduan dari Irfan dahulu baru le senang belajar ! Tak gitu Irfan.

  22. Bagi saya transaksi melalui internet adalah baik dan mudah.Masyarakat kita sebenarnya akan lebih mempercayai pembayaran di internet jika mereka dapat melihat sendiri wajah si penjual untuk lebih meyakinkan mereka.

    Saya juga menjual product melalui web dan menerima pembayaran secara online dan setakat ini alhamdullilah business saya berjalan dengan lancar dan cara ini juga sebenarnya membuatkan kita mempunyai lebih ramai pelanggan.

    http://www.jutawanforex.com

    Apa- apa pun saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada IK kenara buku beliau memang bermutu dan benar-benar membantu

  23. salam….pada pendapat saya;
    mmg ada kurg keyakinan dan keraguan ttg produk2 dlm internet ni, terutama dari hukum syarak…perniagaan mmg digalakkan dalam islam tetapi mesti berlandaskan syarak… msyrkt skarag mencari kekayaan dan keuntungan tanpa memikirkan halal dan haram…. jgn lah kita pandang remeh ttg perkara ini….
    hukum dan rukun-rukun jual beli perlu ada kesahan tanpa keraguan….
    ramai org masih ragu kerana pernah lihat org ditipu melalui perniagaan di internet…
    justeru, perlu ada satu pendekatan untuk menyingkirkan perasaan dan pemikiran ini dalam masyarakat kita….

  24. Saya menghadapi masalah ini. Setiap e-book yang saya dapat saya akan cuba tapi ada diantaranya memerlukan saya buka akaun di luar negara. Denga pendapatan yang tak seberapa macamana la saya nak buka semua tu???

  25. Assalammualaikum w.b.t..

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Irfan dan famili. Sebagai internet marketer yang cuba dan masih mencuba untuk meraih kejayaan darinya, saya ingin bertanyakan kepada Irfan 1 soalan tentang peraduan yang pernah Zamri Nanyan, Gobala dan beberapa internet marketer lain yang dibuat dilaman web merekai.

    Tidakkah peraduan yang ditaja oleh mereka tersebut memerlukan permit atau kebenaran dari pihak2 tertentu? Kerana peraduan tersebut membabitkan orang ramai dan hadiah berbentuk wang ringgit dan sebagainya.

    Segala usaha dan masa yang Irfan luangkan untuk
    membalas email ini, sangat saya hargai. Doa dan harapan saya agar kehidupan Irfan dan famili akan sentiasa diberkati, dirahmati dan diredhai Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

    Sekian, terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan Irfan.

    Wassalam

    Ikhlas
    Sham
    http://www.alphalipid.net
    KEKAL SIHAT & MUDA SECARA SEMULAJADI

    Blog Testimoni : http://www.alphalipidblog.co.cc
    Blog Berita Terkini : http://www.alphalipidnews.co.cc

  26. sy dh mjalankan perniagaan internet 3 thn.. tp x nampak kesan positif lg.. bisnes prepaid sy pn sy dh dptkn 64ahli.. tp tak nampak kejayaan.. susah buat bisnes menggunakan produk org lain.. mybe produk sendiri baru blh nampak kejayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published.