Klik-Klik: Chocolat Wrapper

Hari ini di ruang “Klik-Klik”, saya nak kongsikan salah seorang lagi peserta Workshop Jutawan Internet yang telah berjaya memulakan perniagaan melalui Internet dan meraih pendapatan bukan setakat dari Malaysia sahaja, malah dari luar negara termasuk Hong Kong dan Dubai dengan perkhidmatan yang unik – Chocolat Wrapper, oleh Pn Yafidah Yahaya (Fida).

Ianya dikatakan, secara purata, manusia memperolehi 4 idea yang baik setiap hari. Tetapi, tak kira berapa banyak pun idea yang kita dapat sehari, dan kita tidak mengusahakan idea tersebut, tak kemana juga idea kita tak kira betapa bernasnya idea kita.

Pn Fida telah menunjukkan satu contoh yang amat baik dalam mereliasasikan idea yang simple yang dimilikinya, iaitu menjual personalize chocolate wrapper ke serata dunia! Saya masih teringat ketika mengendalikan Workshop Jutawan Internet di mana Pn Fida sebagai peserta, berulang-ulang kali saya mengatakan ideanya adalah sesuatu yang boleh menjana pendapatan yang baik di Internet. Alhamdulillah, kini ia telah menjadi kenyataan.

Mudahan tips dan petua yang dikongsikan oleh Pn Fida dapat memberikan inspirasi serta idea kepada anda juga untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah- tak kira perniagaan apa pun.

Sambil-sambil itu, sekiranya anda akan menjalankan sebarang majlis keramaian… apa kata order Choclate Wrapper dari Pn Fida!

chocwrap.gif
www.chocolatwrapper.com

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

Chocolat Wrapper ““ menyediakan perkhidmatan “˜pesonalized”™ pembalut  coklat untuk majlis harijadi, perkahwinan, pertunangan, perayaan & juga majlis ““ majlis korporat. Chocolat Wrapper menjual Wrapper/Pembalut beserta dgn Coklat Handmade. Pelanggan boleh memilih koleksi pembalut coklat/ chocolate wrapper di laman web rasmi Chocolat Wrapper ““ www.chocolatwrapper.com

Pelanggan hanya perlu memilih code design dan pihak kami mengubah warna dan informasi mengikut keperluan pelanggan secara PERCUMA. Produk utama Chocolat Wrapper ialah Coklat bar. Terdapat beberapa saiz coklat yang ditawarkan mengikut budget pelanggan.

Produk terlaris ialah Coklat Bar RM 2.00, Coklat Puzzle Gift Pack & juga Coklat Raya Aidilfitri (mini bar). Perkhidmatan courier dalam negara dan juga luar negara turut disediakan.
Chocolat Wrapper telah berjaya membuat penghantaran coklat ke beberapa negara seperti Dubai,Hong Kong, Singapore dan juga Brunei.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Saya mendapat dorongan untuk memulakan perniagaan melalui internet dr suami.

Suami amat memahami hasrat saya yg amat meminati bidang perniagaan & perniagaan melalui internet adalah yg terbaik kerana saya suka pada konsep perniagaan yang fleksible.

Selepas menghadiri Workshop Jutawan Internet, kelolaan Irfan Khairi tentang kepentingan Product Niche,ia telah lebih meyakinkan saya untuk terus fokus mengusahakan perniagaan Chocolate & Wrapper.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Tidak perlu bersusah-payah keluar dari rumah untuk mempromosikan produk kita dan melalui laman web tidak ada had pelanggan yang akan masuk ke dalam laman web kita. Oleh itu, masa kita lebih fleksibel dan tidak terikat kepada waktu perniagaan konvensional yang lain.

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Cara yang paling efektif yang mempunyai kesan jangka masa panjang adalah mengaplikasikan Searh Engine Optimization (SEO) yang telah dipelajari dari Irfan Khairi dalam salah satu workshopnya. Setelah mengaplikasi tips-tips dari Irfan, saya dapati jumlah pengunjung yang berkunjung ke website saya bertambah dengan mendadak.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Tips daripada saya ialah cari mentor dan belajar sebanyak yang boleh dari mentor yang sudah berjaya. Contoh yang paling dekat ialah mentor saya Dr Irfan Khairi. Kemudian, langkah pertama, bina jenama anda sendiri. Jika tak tahu bagaimana nak mulakan, sertai Chocolat Wrapper di bawah program bisnes dari rumah. Lawat laman web saya di www.chocolatwrapper.com untuk keterangan lanjut atau di facebook Chocolat Wrapper.

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Rancangan jangka panjang saya dalam perniagaan internet ialah untuk memilik Chocolate Cafe bagi memudahkan sesi bertemu pelanggan. Selain itu saya berhasrat untuk memasarkan coklat dibawah jenama Chocolat Wrapper sehingga setanding dengan pasaran antarabangsa. Malaysia Boleh!

**********

Sekiranya anda ingin pelajari kaedah menjalankan perniagaan Internet dari A-Z, sertai Workshop Jutawan Internet. Ramai usahawan Internet telah dilahirkan daripada workshop ini dan menjalankan perniagaan dari keselesaan rumah.

Tak kira apa sahaja minat anda atau kebolehan anda, ubahkannya menjadi perniagaan di Internet! Untuk maklumat lanjut, layari http://www.rahsiainternet.com/workshop

wji.gif
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

17 thoughts on “Klik-Klik: Chocolat Wrapper

  1. Salam IK..

    Saya klik chocolatwrapper.com dan agak terkejut bila tengok design2 wrapper yg memang profesional!

    Dan x sangka owner web ni kreatif inovatif dgn idea memasarkan coklat (industri makanan) sampai ke luar negara!

    Hmm.. saya clueless nak bayangkan ruang ‘packaging’ dalam rumah..

    Semoga semakin sukses dan murah rezeki dalam rahmat-NYA! Ameen..

    p/s: IK, saya dah dengar promo ‘Wang & Anda’.. insya-ALLAH.. saya akan cari cd ori yg terdekat..

  2. Masyallah…idea yg org lain tak terfikir atau saya aje barangkali.Alhamdulilleh dan tahniah untuk puan Fida. Dimlm 10 terakhir ini sambil beribadat elok kita selitkan doa untuk dapat buah fikiran terbaik untuk rezeki kita, demi bangsa dan agama.

  3. Sebenarnya banyak bisnes boleh buat secara online tapi yang pasti kiata perlu menguasai ilmu dalam bidang yang dicebru,tp kalau setakat tangkap muat dan main-main lupakan saja cita2 nak income yang pasti harus berusaha memperbaiki kelemhan secara berterusan…tq

  4. Memang menarik design wrapper dan ianya idea yang begitu bagus sekali, tahniah buat Puan Fida dan inilah bukti bahawa sesiapa pun boleh menjana wang dengan memulakan perniagaan internet hanya dari rumah.

  5. macam2 idea org buat….mcm timbul cetusan idea…tapi kalu org macam aku ni bungkus buku teks boleh la…kik kik ki..apa pun tahniah…

  6. tahniah.. kerana telah berjaya… kepada yg belum berjaya.. jd kan ini sebagai semangat untuk kita berjaya.. org lain blh..knp kita x blh…

    d kesempatan ini jg saya mewakili teamhyprobulksms.com nak ambil peluang ni untuk mengucapkan selamat hari raya.. maaf zahir batin.. pada semua umat islam..

  7. salam..sekalung tahniah untuk pn fida.. idea yg biasa yg ditransform kepada idea luar biasa.. good luck.. i pn nk order for my wedding nti..

  8. Saya baru sahaja nak berjinak-jinak dengan Perniagaan Coklat. Saya cuba pasarkan di internet. Setakat ini alhamdulillah, perniagaan online yang sangat menggalakkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.