Posted by Irfan Khairi under
Perniagaan Internet ,
Klik-klik
Hari ini suka saya kongsikan salah satu perniagaan Internet hasi daripada salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet, Pn Ida Maslina yang menjalankan perniagaan Internet menjual Muffin di www.MuffinsMonster.com. Berikut adalah temubual bersama Ida, mengenai perniagaan Internetnya. Semoga dapat menyuntik inspirasi kepada anda juga untuk turut memulakan perniagaan Internet anda berdasarkan minat dan kebolehan anda
Sambil-sambil tu, boleh pesan juga muffin daripada MuffinsMonster.com sebab saya sendiri pernah test muffin tersebut dan memang best!
Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
Laman web Muffins Monster menjual pelbagai jenis muffin dan cupcake utk apa jua majlis samaada majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan, kenduri-kendara atau pun untuk makan-makan sendiri bersama keluarga. Muffin Monster di anggap unik kerana kami menyediakan pelbagai pilihan perisa muffin kepada pelanggan yg dibahagikan kepada 3 kategori iaitu All-time Favourite Muffin, Exclusive Jumbo Muffin dan Gourmet Muffin. Setakat ini kami mempunyai 27 jenis muffin dan dari semasa ke semasa kami akan menambah lagi perisa-perisa yang lain mengikut citarasa pelanggan.Kesemua muffin yg dikeluarkan oleh kami adalah berdasarkan tempahan dari pelanggan. Oleh itu, anda hanya akan mendapat muffin yang baru sahaja dibakar dari kami. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan kami yang berada di Malaysia sahaja.Yang terkini, terdapat beberapa homebakers yang bernaung di bawah Muffins Monster di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan juga 2 buah negeri lain. Mereka telah mengeluarkan produk Muffins Monster di rumah mereka sendiri dan ini telah memberi pilihan kepada pelanggan-pelanggan Muffins Monster yg berada di sekitar kawasan homebakers tersebut untuk mendapatkan muffin yg mempunyai kualiti yang sama.
Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?
Kami telah memulakan perniagaan internet pada tahun 2007. Pada masa itu, saya masih bekerja dan tercari-cari perniagaan apa yang sesuai untuk saya jalankan supaya dalam masa yang sama saya dapat menjaga anak sendiri di rumah dan mencari rezeki. Kemudian, adik saya memberi idea kepada saya untuk memasarkan muffin yang biasa saya buat di rumah untuk keluarga ke dalam dunia internet. Pada masa itu, saya tidak mempercayai yang perniagaan begitu akan memberi pulangan. Tetapi setelah dicuba dgn menggunakan laman blog percuma pada mulanya, perniagaan internet ini mendapat sambutan di kalangan masyarakat dan alhamdulilah kini kami telah mempunyai laman web sendiri yang berdaftar dan jenama Muffins Monster telah dikenali ramai.
Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?
Tidak perlu bersusah-payah keluar dari rumah untuk mempromosikan produk kita dan melalui laman web tidak ada had pelanggan yang akan masuk ke dalam laman web kita. Oleh itu, masa kita lebih fleksibel dan tidak terikat kepada waktu perniagaan konvensional yang lain.
Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda promosikan laman web anda?
Cara yang paling efektif yang mempunyai kesan jangka masa panjang adalah mengaplikasikan Searh Engine Optimization (SEO) yang telah
dipelajari dari Dr Irfan Khairi dalam salah satu workshopnya. Setelah mengaplikasi tips-tips dari Dr Irfan, saya dapati jumlah pengunjung yang berkunjung ke website saya bertambah dengan mendadak.
Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan perniagaan internet?
Tips daripada saya ialah cari mentor dan belajar sebanyak yang boleh dari mentor yang sudah berjaya. Contoh yang paling dekat ialah mentor saya Dr Irfan Khairi. Kemudian, langkah pertama, bina jenama anda sendiri. Jika tak tahu bagaimana nak mulakan, sertai Muffins Monster di bawah program bisnes dari rumah.
Lawat laman web saya di www.muffinsmonster.com untuk keterangan lanjut.
Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?
Pendapat Anda?
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Terlalu banyak iklanIK & Ustaz Zahazan di Dewan Pusat Islam Iskandar, JohorKejayaan 8 belia MalaysiaCara mudah dalam membina jenama perniagaan anda
July 12th, 2010 at 7:37 pm
Perniagaan dan design blog yang agak menarik. Terliur melihat muffin ni.
July 12th, 2010 at 9:08 pm
Tahniah, tahniah. Nampaknya MuffinsMonster ni telah berjaya melangkah ke hadapan mengikut jejak Dr, Irfan Khairi. Saya pun teringin nak berjaya macam dia jugak.
Mintak tolong Dr Irfan Khairi anjur bengkel kat sebelah utara pulak.
July 13th, 2010 at 12:04 am
Saya rasa penah baca la pasal kisah kejayaan beliau. Kat Mdol kot..xigt dah. Pape pun, tahniah kepada Dr. Irfan Khairi kerana telah melahirkan ramai usahawan internet yang berjaya..dan tahniah kepada Pn. Ida
July 13th, 2010 at 9:37 am
Salam sejahtera.
Tahniah diucapkan kepada saudara Ik dan Puan Ida atas kejayaan ini.
Sesungguhnya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Terima kasih.
July 13th, 2010 at 11:26 am
memang diakui internet mempunyai kekuatan yang tersndiri…=,=
July 13th, 2010 at 3:35 pm
Tahniah.
Seorang lagi usahawan internet lahir di persada internet tanahair. Semoga diberkati..
July 13th, 2010 at 5:10 pm
Yum..Yum..Yumm..sedapnya..:)
Tahniah Pn Ida! dan sehingga kini saya menjadikan IK sebagai idol saya untuk berjaya…
July 13th, 2010 at 8:33 pm
semoga muffin nie terkenal satu malaysia semua support Puan Ida jadi jutawan amin
July 13th, 2010 at 8:38 pm
congrats..i love muffin a lot..moga terus success dan kejayaan akan menjadi milik kita semua
July 13th, 2010 at 8:47 pm
Salam,
ok dah tengok web muffins monster. nmpak menarik. lepas ni buatla top 10 web bisnes yg hebat di malaysia menurut pandangan saudara IK sendiri.
July 14th, 2010 at 12:50 am
congrats…zaman dah berubah,dunia tanpa sempadan. Luangkan banyak masa yang berkualiti bersama keluarga demi kebahagiaan yang bepanjangan.Walaupun di rumah income sentiasa masuk.
July 14th, 2010 at 1:05 am
Terima kasih semua atas sokongan & doa dari anda. Saya akan meningkatkan lagi kejayaan saya di masa akan datang.
Terima kasih yg tak terhingga kpd Dr Irfan kerana telah memberi peluang kepada saya utk muncul di web blog ini.
Semoga kejayaan akan mendekati kita semua. Amin.
July 14th, 2010 at 11:26 am
wah saya begitu kagum dengan Pn Ida yang telah berjaya dengan bisnes muffins monster dan diharap di masa akan datang akan lebih maju dan berjaya.
July 14th, 2010 at 5:45 pm
tahniah diatas kejayaan Pn ida meluaskan empayar perniagaan melalui kuasa internet.tahniah juga atas kejayaan Dr.irfan kerana bimbingan dan tunjukkan ajar tuan berjaya melahirkan seorang lagi usahawan.semoga yang lain dapat jadikan ini sumber inspirasi untuk terus maju ke hadapan.
July 14th, 2010 at 5:59 pm
satu produk hot masakini…cup cakes,muffin memang terhangat dipasaran…kalau kena gayanya tak menang tangan dibuatnya…SEO memang power saya pun dapat hasil gak dari SEO ni….
July 14th, 2010 at 7:45 pm
Nampak menarik lak muffin kat web tu… rasa macam nak order jer hehe
July 15th, 2010 at 3:32 pm
lpas je baca blog ni, trus je prg beli..sedap