Pelancaran Cayalah!

Yang ditunggu pun telah tiba! Ramai yang menghantar email bertanyakan pelancarannya sejak 2 bulan lepas lagi… dan finally, team Cayalah! pun sudah bersedia di hadapan desktop masing-masing!

cayalahsmall1.gif

KONSEP:
Konsep yang akan digunakan oleh Cayalah! adalah perkhidmatan mereka cipta laman web perniagaan Internet ber kos rendah. Idea ini saya sudah simpan agak lama dah, cuma tidak tahu hendak menggunakan pendekatan bagaimana. Sehingga lately ni mendapat ilham daripada AirAsia- menggunakan harga rendah kepada pelanggan dengan mengurangkan kos di mana yang boleh.

MASALAH:
Dalam mencari idea memulakan perniagaan, apa yang saya sering nasihatkan adalah mencari “masalah”, kemudian, berikan penyelesaian. Masalah yang sering saya lihat kini adalah perniagaan Internet mula mendapat sambutan di Malaysia, cuma, apabila melihat laman web usahawan Internet, ianya kurang profesional dari segi reka cipta. Ini memberi tanggapan tidak profesional, lalu, mengurangkan keyakinan dan kredibiliti sesuatu laman web itu dan mengurangkan jualan 🙁

Contoh SEBELUM mendapat sentuhan Team Cayalah…

hg-old.jpg

Laman web yang tidak profesional akan mengurangkan peluang jenama sesuatu perniagaan itu meningkat!

PENYELESAIAN:
Cayalah! adalah, ia berkonsepkan website “face-lift” di mana sasaran pelanggan adalah mereka yang sedia memiliki laman web, tetapi, ianya tidak begitu berjaya oleh kerana tidak kelihatan profesional. Cayalah! akan memberi sentuhan “face-lift” dan mencipta laman web yang lebih profesional agar dapat meningkatkan kepercayaan dan memudahkan jenama sesuatu laman web itu diterima.

Contoh SELEPAS mendapat sentuhan Team Cayalah!

hg-new.jpg

Laman web yang profesional mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh dunia! Keyakinan dan kepercayaan pelawat meningkat= Jualan dan keuntungan turut meningkat!

Mungkin ramai yang tertanya, berapa harganya? Kos rendah… tetapi how much? Well, untuk mendapatkan jawapannya, sila ke http://www.RahsiaInternet.com/cayalah

Memang murah!

Tetapi, sedikit cliche’… murah-murah pun, ini harga pelancaran sahaja. Bagi mereka yang ingin merebut harga ter-rendah ini, perlu melakukan secepat mungkin sebelum harga promosi dinaikkan (masih rendah) 🙂

Jadi, klik di sini untuk mendapat keterangan lanjut! Memang Cayalah!

cayalahsmall1.gif
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Pelancaran Cayalah!

  1. nanti makin ramai la usahawan yang menggunakan laman web sebagai medium pemasaran kalu macam ni. ok gak tu, makin rancak la perniagaan internet kat malaysia nanti.

  2. semoga tuhan mengampuni dan merahmati hidup kita semua hari ini, amin.

    tahniah saya sangat kagum dengan anda, anda memang hebat, cayalah…!!!, saya dah lihat hasil kerja cayalah.com memang cayalah, anda kebanggaan kami, teruskan usaha anda, kami sentiasa menyokong anda. ramaikan lagi usahawan internet melayu, kata hang tuah ” tak kan hilang internet melayu di dunia “.

    walau apa yang berlaku dalam kehidupan anda, anda tetap makhluk tuhan, tuhan pastinya bangga dengan mu.

  3. Irfan, TAHNIAH atas pelancaran..
    saya juga akan jadi pelanggan kamu di sana.

    saya ada perancangan mahu membina laman web.
    saya juga tahu membina laman web cuma nak dekat exam SPM, saya nak serahkan kepada team tuan yang uruskan.

    saya mahu membina laman web bagi biz mak saya. 🙂

    saya lihat, memang menarik web halalgelatin yang pihak ubah. menarik!!
    TAHNIAH CAYALAH!! 🙂

  4. Salam.. aiyoo.. cayalah! mmg betul kata banyak peluang depan mata yang kita boleh ambil dan tukarkan ia menjadi duit. Rata-rata akan berkata tak ada idea untuk berniaga. Tetapi sekali lagi telah buktikan bahawa apa yang ada di sekeliling kita sebenarnya adalah idea untuk kita memulakan sesatu perniagaan. Saya setuju dengan pendapat dengan berkongsi ilmu kita pasti akan mendapat lebih banyak lagi ilmu. Dengan banyak membaca juga kita akan memperkayakan lagi ilmu kita. Saya saya selalu teringatkan dengan ayat yang mula-mula sekali Tuhan turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, iaitu ayat Iqra’ yang mana bermaksud “Bacalah..” dan ayat ini selalu menjadi pegangan saya. Semoga akan menjadi lebih berjaya dimasa hadapan. Tahniah atas pelancaran produk baru ini.

  5. Wow mmg cayalah…So camana ya team Cayalah nak memberi sentuhan ‘face lift’ website kepada para pelanggan…melalui email ke…

  6. Idea yang bijak, penyelesaian yang relevan dan harga yang sukar dipercayai. Terimakasih kerana menawarkan perkhidmatan yang sedemikian. Sekiranya saya tidak silap, tumpuan cayalah.com hanya kepada rekabentuk laman web, “look and feel”, dan tidak termasuk gaya bahasa yang digunakan. Mungkin saya boleh menawarkan perkhidmatan bahasa (editing services), terutama Bahasa Inggeris. Itu kemahiran saya dan saya nampak ada “masalah” yang perlu diselesaikan.:)

  7. Kami di Bitter-Coffee amat mengalu-alukan kehadiran lebih ramai lagi web designers and developers untuk memberi saingan yang “healthy”.

    Kami juga mengharap mereka dapat educate the clients why this cost this way, why that cost that way – bukan sekadar untuk buat fast money.

    Website yang direka oleh Cayalah mungkin lebih cenderung ke arah rekabentuk dan look and feel but harap2 Cayalah dapat educate clients that it’s really more than the look and feel – its functionality, usability, accessibility and more – which makes a complete, great website.

    Saya jugak berharap Cayalah memberi education tentang harga yang berpatutan supaya tidak memberi “false” tanggapan kepada client2 tentang cara penilaian sesebuah website design dan development.

    All in all, saya betul-betul menghargai usaha Irfan Khairi untuk memantapkan lagi dunia Internet Malaysia. All the best!

Leave a Reply

Your email address will not be published.