Anggap perniagaan Internet anda bermodalkan RM20,000!

Memulakan perniagaan Internet memerlukan kos yang amat rendah- kurang dari RM200 pun sudah boleh memulakan perniagaan Internet. Di ambil kira, bayaran bulanan untuk web hosting (sewa tapak kedai kita) dalam RM20 sebulan pun boleh menjalankan perniagaan sehingga peringkat antarabangsa.

Namun, ianya adalah satu kelemahan apabila kos rendah, kita sering tidak mengambil endah atau berikan tumpuan yang kurang terhadap perniagaan kita.

Saya pernah memulakan perniagaan bukan Internet (offline) beberapa tahun lalu bermodalkan RM40,000. Wow… memikirkan wang yang dilaburkan sebanyak itu, setiap detail kita akan tumpukan perhatian. Setiap hari tidak mengenal cuti kita akan usahakan perniagaan kita. Kesemua kerja-kerja “leg work” yang sukar juga kita akan lakukan ke hulu dan ke hilir. Tekanan yang diberikan adalah amat tinggi! Belum dikira sewa tapak perniagaan adalah RM1,500 sebulan (tak masuk kos overhead elektrik, aircond, air, internet, insurance dan sebagainya). Nak membayar staff lagi!

Oleh sebab wang yang dilaburkan adalah besar, dan bayaran bulanan adalah tinggi, 100% usaha dan tenaga dicurahkan untuk perniagaan kita tu 24 jam sehari!

Tapi, bila perniagaan Internet, modal yang diperlukan adalah rendah- (harga sekali beli barang-barang dapur di TESCO sahaja). Sewa bulanan amat rendah (sekali bawa keluarga makan di McDonalds). Overhead pun tiada - tolak bayaran bil2 asas rumah sahaja… tekanan pun tiada :)

Untuk memberi daya motivasi yang maxima dalam menjalankan perniagaan Internet, anggap bahawa modal yang anda keluarkan digandakan 100x!

Kalau modal RM200, ertinya, anggap bahawa anda telah melaburkan RM20,000! Bayar bulanan web hosting yang RM20 sebulan, anggap anda membayar RM2,000!

Sekarang, anda akan dapat merasai tekanan dalam menjalankan perniagaan. Sudah pasti anda akan sedaya upaya mengusahakan perniagaan Internet anda untuk mencapai kejayaan dalam masa yang terdekat ;)  

ps: Ingin memulakan perniagaan Internet dalam masa 7 hari? sertai Workshop Jutawan Internet di JW Marriott KL pada Ahad, 12hb August 2007. Tempat semakin terhad! Satu minggu kemudian kami akan ke Singapura pula atas permintaan yang amat tinggi di negara jiran!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Memupuk minat keusahawan ketika kecil
  • SoHo: IK di Kosmo
  • Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet
  • Keselamatan perniagaan Internet