Internet membolehkan perniagaan kecil-kecilan bersaing dengan syarikat besar. Sebagai tambahan, syarikat kecil, mempunyai peluang untuk berjaya yang lebih tinggi berbanding dengan syarikat besar.

Mengapa?

Ini adalah kerana kebiasaannya keuntungan sesuatu perniagaan bukan bersandarkan kepada kecanggihan teknologi yang ada. Tetapi, oleh kerana kebolehan sesuatu perniagaan itu membina perhubungan (relationship) dengan pelanggan dan bakal pelanggan dengan lebih mudah (seperti Tip Satu Minit ini!).

Kebanyakan pengguna yang inginkan produk, perkhidmatan atau maklumat yang spesifik (niche) akan mencari perniagaan kecil yang pakar berbanding dengan perniagaan koprat besar yang pakar.

Oleh itu, sekiranya anda risaukan persaingan dari syarikat besar- jangan takut. Perniagaan kecil-kecilan mempunyai berbagai-bagai advantage!

PS: Untuk mengetahui teknik dan cara lain untuk bersaing dengan syarikat besar, Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan cara-caranya. Workshop seterusnya 18hb November 2006 (hanya 8 tempat tinggal) Maklumat lanjut di sini.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • SoHo: Besar tidak semestinya bagus!
  • Perniagaan bukan Internet 2: Perniagaan Internet 1
  • Anda sebagai CEO syarikat anda
  • Untuk anda berjaya, bantu orang lain untuk berjaya