Sat 14 Oct 2006
Perniagaan Internet telah melahirkan satu generasi eCEO yang bukan sahaja kaya, tetapi muda. Antaranya adalah…
Michael Dell; Dell COmputers
Tedd Waitt; Gateway Computers
David Filo; Yahoo!
Jery Yang; Yahoo!
Jeff Bezos; Amazon.com
Pierre Omidyar; eBay
Rob Glaser; RealNetworks
Jeff Skoll; eBay
Vinny Smith; Quest Software
Monte Zweben; Blue Martini Software
Kesemua nama di atas adalah antara yang menjadi BILLIONAIRE pada usia awal 30-an (bukan setakaht jutawan… tetapi bilionair!) Kesemuanya mempunyai persamaan iaitu, mengsasarkan pasaran sedunia. Perniagaan Internet membolehkan anda menjalankan perniagaan sedunia untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.
Sekiranya rakyat Malaysia mengikuti saranan kerajaan menjadi Malaysia/Melayu GLOKAL, mana tahu suatu hari nanti nama orang kita juga turut tersenarai
Pada ketika ini, terdapat 1 billion pengguna Internet sedunia!
Perniagaan Internet di Malaysia masih ditahap baru, namun, peluang ini perlu diambil untuk menjadi perintis (pioneer) industri anda untuk menjadi pertama memasuki fikiran pengguna (rujuk Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar m/s 60- antara bab yang paling penting dalam buku saya. Baca berulang kali… ramai tak perasan kepentingannya!- kaitkan bab ini dengan nama-nama diatas).
Workshop jutawan Internet akan dijalankan pada 18hb November 2006. Kini hanya, 11 tempat kosong sahaja lagi. Untuk maklumat lanjut: Workshop perniagaan Internet.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

October 14th, 2006 at 1:05 pm
menarik-menarik..tak sabar nak menyelam lebih jauh..page 60 ya Irfan? errmm.nanti saya semak balik..tocheeee-tochheeee atas tips
:D
October 14th, 2006 at 1:56 pm
peluang cukup luas utk sertai perniagaan internet d msia. so apa tunggu lagi. target capai jutawab d usia muda
October 14th, 2006 at 1:57 pm
Mcm mana pulak kalo golongan BILLIONAIRE x nk kwn ngan kita??
October 14th, 2006 at 4:50 pm
Assalamualaikum.
Saya pon. nanti saya chek balik buku tu ms60.
terima kasih.
Wassalam.
October 14th, 2006 at 8:24 pm
Mudahan-mudahan,InsyaAllah saya pun mahu tergolong di dalam BILLIONAIRE pada usia awal 30-an.Tapi sebelum itu,perlulah banyak belajar daripada orang yang telah berjaya dalam bidang internet ini.
October 14th, 2006 at 9:09 pm
Menurut Azizi Ali “Sembilan puluh peratus daripada jutawan dunia menjadi jutawan menerusi pemilikan hartanah.” Andrew Carnegie
Mana lebih mudah untuk jadi jutawan? Hartanah atau internet/komputer?
October 14th, 2006 at 10:09 pm
Hafizal..bagi saya mana2 bidang pun boleh menjadi jutawan. Walaupun orang selalu kata payah tapi X MUSTAHIL.
Yang paling penting..USAHA+USAHA+USAHA+USAHA dan disamping FAKTOR2 lain nak mencapainya.
Maksud Azizi Ali tu bagi pandangan saya ialah cara terbaik utk kita mengembangkan aset kita. Kebayakkan jutawan di dunia nie melaburkan aset mereka dalam bidang hartanah.
Nak detail baca buku Azizi Ali dan Robert T.Kiyosaki (Rich Dad Poor Dad)
October 16th, 2006 at 7:55 am
Untung jadi usahawan internet di Malaysia sebab banyak lagi yang belum diterokai.Jangan lepaskan peluang yang ada dan cepat bertindak untuk menjadi yang pertama & diingati seperti di dalam buku
October 16th, 2006 at 12:49 pm
Terdapat banyak cara untuk menjadi jutawan..pilih satu dan fokus…Insya-Allah..kite akan berjaya…
October 18th, 2006 at 6:11 pm
Termasuk ex-owner youtube.com.
February 16th, 2007 at 12:12 pm
Maaf,
Saya telah membaca buku dari Irfan Hairi mengenai rahsia2 perniagaan diinternet. Tapi saya merasa hampa sebab beliau tidak memberi contoh cara2 promosi dengar jelas. Didalam semua perniagaan, promosi adalah paling penting dan utama. Kadang2 bahkan harga untok promosi lebeh dari harga barang itu sendiri.
August 2nd, 2007 at 11:41 pm
saya mempunyai kesemua buku azizi ali.mempunyai buku irfan khairi rjjt.tetapi kenapalah saya ni slow sgt untuk bergerak.sebab saya tak tau camna dan apa nak jual di internet.kalau ada nama tapi tiada product untuk jual tak berjaya juga.nak pergi kursus saya takde duit.gaji 1700..bersih pun dalam 1400..anak bini nak makan juga.nak simpan untuk pergi kursus tak boleh sebab nanti anak2 miss soru.so..mungking saya akan kecundang sampai bila2..
August 2nd, 2007 at 11:44 pm
harapan saya sesiapa dapatlah banu saya memberi tip2 untuk bergerak.bukan salah buku tapi salah sayasendiri yang mempuyai semangat tak tahu nak buat apa…hanya ade keinginan tetapi tiada usaha kearah itu.sebab ekonomi saya x dapat untuk melakukan apa sahaja business..kerja dah 10 tahun gaji camtu juga.camna?
August 29th, 2007 at 12:01 am
Wah seronoknya klu jadi kaya dalam umur 30-an,billionaires lagi 2.Tapi harta dunia ni mana pandai habis,klu dapat secubit cukuplah,aku tak mau byk.
May 5th, 2008 at 1:09 pm
assalamulaikum….
saya amat teruja bila baca kejayaan irfan dan ingin sekali mengikut jejak langkah kejayaan yang dicapai, sebenarnya saya dan byk terlibat dengan perniagaan antaranya MLM dan sekarangpun masih bergiat cuma tak aktif semangat sentiasa ada cuma kadang kala tindakan kurang berkesan boleh tak bagi tip2 bagaimana perniagaan yang saya jlnkan sekarang boleh dikombinasikan dengan internet agar meletup-letup salenya…tkasih