Saya ada mendapat email dari bekas peserta Workshop Jutawan Internet iaitu Razzi Rahman pemilik halalgelatine.com hari ini. Amat teruja saya dengan emailnya yang mengatakan perniagaan Internetnya yang menjual gelatin halal kini mendapat sambutan hebat dari serata dunia.

Pelanggannya kini menjangkau United Kingdom, USA, Canada, Germany, New Zealand, Indonesia, Brunei dan banyak lagi! Dan beliau menjual produk! (yang perlu penghantaran pos)

Teringat saya pada mulanya apabila beliau (Razzi Rahman… dulu penyanyi, kini usahawan Internet!) memulakan perniagaan Internet, beliau sering menghubungi kami pada peringkat awal oleh kerana risau tiada pelanggan untuk sebulan dua yang pertama.

Nasihat saya adalah, dalam apa jua perniagaan Internet, secara purata, ia mengambil masa 3 bulan untuk mendapat pulangan yang memberangsangkan. Somehow, magic numbernya adalah 3 bulan.

Bekas peserta workshop yang lain juga mendapati ini adalah benar… selepas usaha 3 bulan, baru mendapat pulangan yang baik melalui perniagaan Internet!

Ia mengambil masa untuk perniagaan Internet anda dilawati, dikenali, kemudian, baru pelawat membeli.

Ambil langkah demi langkah oleh kerana perniagaan Internet bukan skim cepat kaya. Bina perniagaan anda dengan penuh semangat dan tanpa putus asa… dan tunggu the magic number 3 bulan untuk memihak kepada anda! :)  

ps: Workshop Jutawan Internet terdekat adalah pada 23hb Disember. Mulakan tahun baru 2007 in idengan sebuah perniagaan Internet! Tahun baru… azam baru!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • “Magic Moment” dalam perniagaan
  • Kurangkan janji, lebihkan keputusan
  • Promosi dua bulan lepas, keputusan hari ini
  • Kena tipu di Internet… kesian!