Semestinya, senang atau susah sesuatu perkara, bergantung kepada mindset kita. Semalam, saya sebut “Tidak semudah yang disangka“. Bukan maksudnya “susah”. Kalau fikir susah, maka, memanglah ianya akan menjadi susah oleh kerana itu yang difikirkan. Jadi, first sekali, kita perlu positif, dan sering-seringlah gunakan perkataan positif ;)

Untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang diutarakan semalam, teruskan bacaan…

Kurang kepercayaan terutama di negara-negara yang masih baru dengan Perniagaan Internet (seperti Malaysia)

Penyelesaian: Terdapat beberapa cara untuk meningkatkankepercayaan. Antaranya termasuk:

  1. Meletakkan gambar anda di laman web. Ini kerana, sebab utama orang tidak percaya laman web anda adlaah kerana, mereka tidak yakin apabila tidak dapat melihat pemilik perniagaan tersebut. Dengan meletakkan gambar, anda berjaya memberi personaliti kepada laman yang maya menjadi “hidup”.
  2. Laman web yang disiapkan perlu KELIHATAN profesional. Pernah saya menulis tip di sini bahawa, sekiranya anda tidak pandai mereka grafik, jangan lakukannya oleh kerana ia akan memberi persembahan yang tidak profesional. Dapatkan pereka grafik untuk membantu grafik anda, ataupun, gunakan template/grafik/clipart yang sedia profesional.
  3. Letakkan testimonial di laman anda. Pelawat laman web akan rasa lebih yakin apabila megetahui bahawa produk anda memanfaatkan orang lain. Sebaiknya, testimonial bergambar oleh kerana dapat memberi kesan seperti tip (1) di atas.

Di atas adalah 3 tip untuk memberi keyakinan kepada pelawat anda. Di Workshop Jutawan Internet saya menyenaraikan 24 cara menambahkan keyakinan pelawat dan mengubahkan pelawat menjadi pembeli.

tak cukup masa kerana kerja selalu balik lewat dan perlu masa untuk bersama keluarga dan kalau ada pun hujung minggu sahaja, kalau hari biasa tepaksa berjaga malam.

Penyelesaian: Di sini time management memainkan peranan penting. Oleh kerana perniagaan Internet dilakukan dari rumah, disipin seperti bekerja dipejabat perlu diimplementasikan. Sekiranya melakukan kerja part-time, dedikasikan 1-2 jam setiap hari untuk perniagaan Internet.

Dalam melakukan apa sahaja yang bebaloi, sememangnya ada sedikit pengorbanan. Kita korbankanlah tengok cerita LOST ke, PRISON BREAK ke, 24 ke… dah jimat sehari 1 jam.;) Sekiranya sehari, kita fokus 1 jam melakukan perniagaan Internet, dalam masa seminggu ianya bersamaan 1 hari suntuk melakukan perniagaan Internet. Ataupun apa kata tak perlu baca surat khabar sehari… silap-silap, disitu pun sudah menjimat 1 jam waktu anda (saya pun tak baca surat khabar oleh kerana dapat fokuskan masa kepada perniagaan yang memberi keuntungan).

Mulakan dengan satu jam sehari dulu, dan tambah apabila anda merasa selesa.

Persaingan antara peniaga-peniaga lain

Penyelesaian: Anggap persaingan sebagai motivasi untuk menjadikan perniagaan kita lebih berjaya. Takut pada pesaing tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Tetapi, anggap perniagaan pesaing sebagai cabaran untuk anda jadi lebih kreatif & inovatif dalam menjadikan perniagaan anda lebih berjaya.

Lihat pesaing anda, dan fikirkan, bagaimana anda boleh membezakan perniagaan anda dengan perniagaan pesaing anda. Dengan cara ini, anda mengelakkan persaingan bersemuka dan ini memberi peluang pelanggan membuat pilihan pada jurang yang lebih besar.

Masalah Motivasi Diri. Oleh kerana kurangnya jualan, maka semakin rendah semangat untuk meneruskan perniagaan internet.

Penyelesaian: Lakukan apa yang anda minat. Apakah passion anda? Itulah perniagaan terbaik untuk anda.

Dengan menjalankan perniagaan yang anda minat teramat sangat, anda tidak akan hilang motivasi diri walaupun tiada jualan. Pengalaman saya mungkin anda pernah terbaca, pada tahun pertama saya melakukan perniagaan Internet, saya hanya mendapat 3 pelanggan sahaja. Adakah saya putus asa?

Tidak! sebab saya melakukan perkara yang saya minat (designing). Bila lakukan perkara kita minat sangat, kerja tidak menjadi kerja. Ia menjadi hobby, dan menjalankan hobby tidak memerlukan motivasi ;)

Tip* kadang kadang kita tersilap minat. Kita “minat dengan prospek mendapat wang yang banyak” dan bukannya “minat melakukan sesuatu perniagaan”. Pastikan anda minat melakukan perniagaan tersebut!

Masalah teknikal- membina laman web, autoresponder etc…

Penyelesaian: Sekiranya bahagian teknikal anda tidak arif atau tidak mahu campur tangan, maka, dapatkan webmaster untuk membantu anda. Webmaster adalah umpama “manager” perniagaan anda. Webmaster biasanya adalah pereka cipta laman web anda.

Sekiranya pengetahuan teknikal tiada (dan anda tidak mahu mempelajarinya), maka, dapatkan seseorang untuk membantu anda. Tidak perlu melakukan segalanya sendiri. Selalunya, delegasi seperti ini akan memudahkan kerja anda- ia menjimatkan masa dan tenaga! tapi perlu bekorban modal sedikit :)

Prospek hanya terdiri dari mereka yang betul-betul pandai menggunakan pembelian secara internet.

Penyelesaian: Tidak semestinya! Sebab itu saya sering mengulangi untuk anda “Keep it Simple”. Laman web yang simple akan memudahkan sesiapa sahaja membuat belian online apabila betul caranya.

Biar laman anda mudah- tiada shopping cart, tiada proses yang sukar, tiada navigasi yang sukar, dan dengan jelas menceritakan secara terperinci apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan untuk membuat pesanan. Step-by-step guide! :)

Kebanyakkannya pelanggan tempatan menggunakan kaedah bank-in menyebabkan kaedah automasi tidak dapat dijalankan dengan sempurna

Penyelesaian: Saya setuju dengan ini… perniagaan Internet, sebaiknya perlu diautomasikan.

Satu idea adalah, memikirkan bahawa automasi bukan bermaksud 100% dilakukan menggunakan perisian (software). Dengan anda mencipta satu proses kerja, anda boleh mengupah seseorang untuk membantu dalam automasi (mengambil order dan menghantar pesanan).

Sekali lagi, deligasi. Mungkin pada permulaan sukar untuk anda mengupah pekerja tetap, tetapi, nanti bila perniagaan anda berjaya, ianya adalah baik untuk anda membebaskan masa anda dengan cara ini.

Kesimpulannya, tiada yang susah sekiranya anda mengetahui caranya. Banyak-banyak bersabar dan ambil langkah demi langkah. Anggap perniagaan Internet seperti perniagaan bukan Internet. Anda perlu memberi sepenuhnya pada perniagaan Internet anda. Tak boleh separuh hati sahaja ;)

Cuma, bila perniagaan Internet hanya memerlukan modal yang kecil (RM300) untuk dimulakan, ianya menjadi seakan mengurangkan motivasi oleh kerana, secara tidak sedar, kita akan kata, kalau gagal pun, RM300 sahaja yang lebur.

Tetapi, bayangkan kalau anda memulakan perniagaan bukan Internet di mana memerlukan modal RM30,000! Sudah pasti anda akan memberi sedaya upaya kepadanya, betul tak?

Seperti yang saya katakan, susah atau senang hanyalah di minda. Ianya adalah mindset kita cara kita berfikir…

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Simpanan yang tidak dikira
  • 5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda
  • Keselamatan perniagaan Internet
  • SoHo: IK di Kosmo