Buat duit di Internet

Ramai yang fikir, untuk memulakan perniagaan Internet, kita perlu ciptakan produk sendiri seperti ebook, atau menulis buku, atau membuat kraftangan sendiri, atau menjahit baju sendiri… dan sebagainya.

Pada asasnya, perniagaan Internet adalah seperti perniagaan bukan Internet. Tidak semestinya anda perlu ciptakan produk sendiri from scratch. Berikut adalah 2 idea mudah…

  • Pergi ke kedai buku, dan lihat senarai best seller. Dapatkan buku-buku best seller daripada penerbit (maklumat penerbit terdapat di muka pertama buku) pada harga diskaun (biasanya 40% diskaun). Jual di Internet pada harga kedai, iaitu 40% keuntungan. Perniagaan Internet anda fokus pada menjual buku-buku best seller sahaja- sudah semestinya mempunyai permintaan!
  • Pergi ke pusat pemborong dan beli beberapa ukiran ayat Al-Quran- di Malaysia harga ukiran kayu adalah amat rendah berbanding luar Malaysia. Bina satu laman web bernama QuranCarves.com- laman web yang fokus kepada ukiran-ukiran Al-Quran dan menjual ukiran-ukiran tersebut ke pasaran global yang sedia membeli pada US dollar (harga lebih tinggi).

Teringat saya tentang Ray Croc- pemilik McDonalds. Satu masa dulu, beliau melihat burger-burger yang dihasilkan oleh adik beradik McDonalds, membeli burger dan sistem yang dicipta oleh mereka, dan menjual semula kepada pelanggan! Bukan Ray Croc yang mencipta burger tersebut, tetapi beliau melihat peluang, beli dan menjualkannya semula!

Seperti perniagaan bukan Internet, tidak semestinya anda menjual produk yang anda ciptakan sendiri. Anda boleh beli daripada A dan jual kepada B. Model perniagaan yang amat mudah, tetapi mereka yang masih baru lagi di Internet tidak nampak.

ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, Workshop Jutawan Internet terdekat akan diadakan danย Tempat semakin terhad!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Buat duit di Internet

  1. Assalamuaalikum.

    Saya raswa otak saya sebenarnya cukup ligat
    Idea yang sebut tu pun dah banyak kali dah keluar
    sayang saya seorang yang lembab bertindak
    dan suka bertangguh

  2. Setuju. Walaupun kita tidak mempunyai produk sendiri, kita boleh jual produk orang lain.. macam saya, saya banyak jual produk MRR..

    InsyaAllah pada masa akan datang, saya bercadang untuk jual produk fizikal pula secara online.. ๐Ÿ™‚

  3. Memang simple dua idea tu. Macam ‘Zil-e-Saif’ kata, kalau tak bertindak, tak de gunanya. ๐Ÿ˜‰

    Saya nak cubalah!

  4. menunggu untuk bermula tu yang jadi penyakit manusia sekarang..
    idea banyak…tapi nak bermula tu asyik tertangguh…Prinsip saya bermula dengan ape yang ade..:)

  5. slmt tgh hari irfan,
    jual produk digital untung banyak…
    kalau jual produk fizikal susah nak cari produk yang dpt untung banyak…hehe

    tapi apa2 pun…
    yang penting ada pasaran…

    han

  6. salam irfan,
    memang ramai sebenarnya peniaga di luar sana yang menjual produk orang lain, cth terdekat ialah peniaga kedai runcit…bagus idea perniagaan internet yg diberikan irfan

  7. setuju sgt dgn pendapat ini.. saya menjual produk kecantikan & kesihatan yg popular di pasaran hanya dari rumah.. memang menguntungkan.. customer dari seluruh malaysia..

  8. Hi doc dan pembaca2 blog!

    Pada pendapat saya,

    Bagaimana sesebuah bisnes itu berjaya bukan kerana produknya tetapi kerana management di belakang sesebuah bisnes itu.

    Macam apa doc bagi contoh td, byk orang boleh buat burger lebih baik dari McD tapi xde org yang boleh buat untung macam McD.

    In the end semuanya berbalik kepada kita. ^^

  9. Ye betul, kita tak semesti perlu mereka produk baru dalam perniagaan. Perhatikan, selidiki dan amati keadaan sekelilig kita, kehendak masakini dan apa yang sering dicari. Dengan teknik yang betul, berkat usaha yang gigih dan disiplin yang berterusan, insyaAllah ada ruang untuk maju dalam perniagaan dan apa jua bidang yang diceburi.

  10. Skum,Irfan. Saya ada idea berdasarkan perangai saya yang suka cari barang yang saya nak, tak jumpa lagi, dalam erti kata lain, kat Malaysia tak dijual lagi. Bayangkan…bestnya satu hari nanti sayalah #1 TOP DISTRIBUTOR IN MALAYSIA! Saya nak belajar mengejar impian itu. JOM MULAKAN!

  11. kawan saya baru-baru ni pun ada bagitau saya untuk jadi org tengah bagi edarkan kain batik/sutera.boleh dapat harga yg baik punyer arfa batik.skg ni pun dia ckp org kerajaan dah kena pakai bju batik kalo xsilap.cikgu2 yang dia jumpa pun ramai yg nak beli.so mcm ade permintaan gak la.kami baru nak plan macam tuh.tub tub dah kuarkan topik cam ade kaitan jerk ngan plan kitorang.rase cam bertambah yakin lak..thanks ..

    http://1minute-tips.blogspot.com

  12. ”Perniagaan internet yang mudah” Beli daripada A dan jual kepada B,tapi kalau B jual kepada C macam mana tu?Mungkin perniagaan internet ni bagi yang baru mereka tak nampak,tetapi yang lama pulak adakah ianya nampak peluang ni?Oleh itu bagi yang baru apakata masuk workshop irfan dan pelajari daripada pakar yang sebenar,betul tak ?

  13. Memang tak semestinya kita bergantung kepada produk sendiri. Banyak sebenarnya idea perniagaan yang tak perlukan kita mencipta produk sendiri.

    Yang penting, bila dah ada idea, rancang sebaiknya agar ia menjadi satu kejayaan.

  14. Jual produk orang lain boleh jadi landasan untuk kita mula langkah dalam bisnes internet. Kalau ada produk sendiri lagilah bagus.

  15. satu tips yang mencetus idea. thanks Irfan. saya juga ada menjual dua product yang marginnya agak baik. Tapi utk menapat product yang “baik” bukan mudah.Perlu masa dan tenaga buat research. saya cuba 10 product dan dapat mengenalpasti 2 yang paling laris dan margin yang besar pada masa ygsama tidak memerlukan modal yang tinggi.

  16. saya baru nak jinak2 dgn perniagaan internet ni. saya masih musykillah..meniaga dlm internet ni perlu ada lesen ke. nanti tgh seronok2 dpt untung tiba2 je kena cekup sbb meniaga tanpa lesen.

  17. Hi semua,

    irfan memang genius! about the quran thing, it’s a good idea.

    basically, kita nak kena pandai cari niche market. Kalau dapat satu niche market yang ada pembeli, ada harapan akan bejaya perniagaan internet kita.

    boleh tak irfan kasi tip tips sikit cara untuk mendapat niche niche market yang menguntungkan?

    This will really help.

  18. hye sya seorg kakitangan kerajaan, dan berminat plak nak berniaga. memandangkan saya keje cuma hanya 6 jam sehari. buku yang tuan buat nie mana2 kedai buku ader jual ker!..

Leave a Reply

Your email address will not be published.