Thu 16 Nov 2006
Baru-baru ini, ada rakan saya tanya saya soalan yang agak menarik. Simple, tetapi menarik. Soalannya:
Do you start a business that has many competitors, some competitors, or no competitors at all? (Adakah anda mulakan perniagaan yang sedia ramai pesaing, tidak ramai pesaing, atau tiada pesaing langsung?)
Jawapan saya adalah- saya sering mulakan perniagaan yang tiada persaingan (perniagaan Internet dan juga bukan Internet).
Tahun lepas ketika buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet dikeluarkan, saya keluarkannya oleh kerana tiada persaingan. Apabila saya memulakan Workshop Jutawan Internet, ia adalah kerana tiada persaingan (workshop berbahasa Malaysia), CD Rom Langkah 1-2-3 juga tidak mempunyai persaingan ketika ia mula keluar. Produk Strategy X yang akan datang juga tiada persaingan (sebab itu perlu keep a secret dulu!).
Di Malaysia, masih banyak ruang-ruang perniagaan Internet yang belum ada persaingan lagi.
Sebagai contoh terdekat ini adalah Seminar Komunikasi Efektif Nizal Mohammad- tidak mempunyai persaingan walaupun ramai pakar komunikasi di Malaysia (yang lain tiada online presence, cuma offline). Laman web akan dilancarkan dalam beberapa hari sahaja lagi.
Buka fikiran dan lihat bagaimana perniagaan bukan Internet di Malaysia boleh di bawa ke Internet dan mendapatkan keadaan tiada persaingan! Dan apabila tiada persaingan, anda akan menjadi pertama memasuki fikiran pengguna! Rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar m/s 60
Tip Satu Minit yang berkaitan:

November 16th, 2006 at 9:44 am
saya setuju dengan . masa saya beli buku Buku tahun lepas saya lihat belum ada persaingan mengenai topik tersebut..
kini saya praktikkan apa yang ajar dalam buku itu… now saya dah dapat pulangan berganda-ganda dalam perniagaan internet saya. Saya cuma perlukan satu tahun dengan hanya bermodalkan RM240 sahaja. (seperti kata untuk mula perniagaan internet tidak perlu modal beribu-ribu.
p.s: sendiri pernah mulakan dengan modal tidak lebih dari RM500 .. thanks !
November 16th, 2006 at 9:59 am
As’kum dan selamat pagi..t/kasih info hari ini’perniagaan internet/bukan internet yg tiada persaingan’yg mana memberi’IMPACT’yg cukup besar kepada cara saya berfikir sekarang dan jugak mendorong saya MENGERAH MINDA agar memikirkan hal ini.STRATEGI ini membuatkan saya lebih bersemangat utk menjadikan perniagaan saya sebagai ‘PIONEER’di Malaysia/Asia spt dilakukan oleh saudara irfan..insyaAllah saya pasti mengikut jejak langkah saudara irfan/sifu…Zamri Shah Alam
November 16th, 2006 at 2:28 pm
bagus sekali strategi yang digunakan saya sudah pun mempraktikkannya.. memang betul.. ia berkesan..
:)
November 16th, 2006 at 4:42 pm
Sesuatu produk atau service yang kita jual mungkin tiada persiangan di Malaysia tetapi globally mungkin ada. Apabila kita menjual produk atau service kita melalui Internet kita telah masuk global market.
November 16th, 2006 at 6:29 pm
The first will always be remembered forever..
Even new coming competitors come and go; but the first will always stand till last…
November 16th, 2006 at 6:56 pm
banyk lagi ruang yg kite belum terokai..betul ckp .
bisnes offline pun leh bawak masuk bisnes tenet…
kalau kite power dalam komunikasi…insyallah…makin senang kerje kite…
November 16th, 2006 at 6:58 pm
Namun, memasuki perniagaan yang tidak mempunyai persaingan bukan bermaksud gerenti berjaya. Ada juga risikonya seperti tidak tahu permintaan dan kehendak pasaran.
Memasuki perniagaan yang tidak mempunyai persaingan perlu lebih kerja pada penyelidikan untuk memahami pasaran.
Silap langkah, walaupun terdapat permintaan, tetapi strategi anda salah, persaingan baru yang akan memanfaat daripada idea perniagaan anda.
ini selalu berlaku. so macam mana?
November 16th, 2006 at 7:43 pm
Menarik ni. Mencari suatu produk yang belum ada persaingan.
November 16th, 2006 at 7:51 pm
yerpp.. betul kata tu..
even dah ada R n D..pun msalah dibawah tetap ada..
“silap langkah, walaupun terdapat permintaan, tetapi strategi anda salah, persaingan baru yang akan memanfaat daripada idea perniagaan anda.
ini selalu berlaku. so macam mana?
”
alamat kne over kreatif mencipta pasaran mcm yg selalu kita dgr.. think outside box..penin gak jadi pioneer nih ye
USP tu kene apply..hehe
November 16th, 2006 at 8:13 pm
hmm.. klau dh pesaing baru tu yg dpt manfaat, xde rezeki la namenye doc. sy rs biz ni mmg menarik, lbh2 lg klau kene pd tmpt n waktu. sy pn ade gak bljr sket2 psl biz ni, n mmg sy ambk biz as my minor kt U. mmg sukar gak biz ni cuz bahase die lain dgn bahase engineering, my major. juz curious la doc. doc dlu grad class ape eh? 1st class ke?
November 16th, 2006 at 8:54 pm
as’kum En.saya cuma promote gune blog,adakah cara ini juga boleh mendatangkan pendapatan?bagaimana nak dapatkan 1,000 click ?
November 16th, 2006 at 11:16 pm
Bagi saya,lambat laun persaingan pasti akan menyusul terhadap produk atau perkhidmatan kita.Jadi tak perlu khuatirlah cuma kena fikir ’smart’,sentiasa ‘upgrade’ produk dan perkhidmatan kita serta guna konsep ‘USP’.eh macam pakar pulak
November 17th, 2006 at 4:22 pm
Good …strategi yang bijak diperlukan walaupun tiada persaingan..Thanks
April 14th, 2007 at 7:58 pm
selapas saya baca buku awak…saya bkk website sendiri and saya baru 18thn..tp saya ni affiliate kpd amazon.com…sekarang ni saya confuse…sebab saya tak tahu ade demand atau tak…
June 23rd, 2007 at 2:36 am
memang strategi yang berkesan kerana tanpa pesaing, andalah pemenang…tp perlu di ingatkan,apabila kita memulakan sesuatu perniagaan,perlu ada upgrade kerana pesaing akan muncul setelah kita berjaya..bersainglah secara sihat k..
June 16th, 2008 at 7:32 pm
Sangat tepat sekali… Kreativiti itu amat penting untuk menjayakan sesuatu perniagaan!