Wow… sebenarnya RahsiaInternet.com sejak 2005 tak pernah berubah-ubah. Dalam penjenamaan perniagaan Internet, konsisten adalah penting- jangan selalu ubahkan website atau yang disebutkan “rebranding”. Dalam perniagaan Internet, jangkamasa 2-3 tahun untuk ubahsuai laman web adalah baik. Kalau terlalu dekat jangkamasa perubahan, takut laman web anda belum lagi dikenali, dan perubahan akan melemahkan jenama.

So, lepas 3 tahun, barulah saya dapat ubahkan laman web RahsiaInternet.com… beri a fresh look! So, bagi pelawat tip satu minit, dapat jadi yang pertama melihat- website yang lebih simple, professional dan consistent look.

http://www.RahsiaInternet.com

Oh ya, sudah pasti, dalam penjenamaan, warna jangan diubahkan! :)

Ada beberapa perkara yang baru saya tambah bagi mereka yang mempunyai masa terluang:

  • IrfanTV - kumpulan klip-klip saya di YouTube. Bagi yang belum tengok, boleh tengok kesemuanya di sini. Insyaallah klip-klip akan ditambahkan sebab ramai yang meminta klip saya di Gedik Santai (TV3) dan juga Jangan Tidur Lagi (TV3).
  • Media - koleksi kisah-kisah saya yang di paparkan di media akhbar dan majalah. Beberapa artikel baru telah ditambah. Di samping, beberapa artikel lain, sedang dalam proses!
  • Serta, saya telah masukkan iklan Workshop Jutawan Internet RahsiaInternet.com dalam format mp3… Klik button PLAY di bawah


Tip hari ini #1, dalam perniagaan Internet, ubahsuai laman web untuk jadikannya “fresh”. Jangan terlalu cepat, kerana kalau cepat, orang ramai tak sempat menanam jenama anda di minda mereka. Dan jangan terlalu lewat, kerana kalau lewat, laman anda akan jadi out of date! 2-3 tahun adalah jangkamasa yang baik.

Ok, itu pengumuman & tip pertama… yang kedua…

Akan saya umumkan esok!

terhangat-logo.jpg

 

Irfan Khairi - Terhangat di pasaran! Agak-agaknya apa ya? Ha… ni saya nak buat satu pertandingan ni. Siapa boleh teka dengan tepat, saya kasi hadiah special punya :)

Clue: bukan lagu KRU… kalau lagu KRU, nanti dia kata saya ni “Jantan terhangat di pasaran” pulak :)

Siapa dapat teka dengan tepat, sebelum saya umumkan (probably esok) dapat hadiah.

Tip hari ini #2, buat pelawat anda terfikir-fikir sebelum melakukan sesuatu. Dulu saya pernah sebut tentang teknik “teaser” ini. Kalau dilihat, Steve Jobs dari Apple memang bijak menggunakan strategi ini sehingga satu masa dulu, ramai yang tertunggu-tunggu bagai nak rak dengan kemunculan iPhone!

So, any takers? (kalau salah takpe… bukannya kena denda. Malah, anda juga boleh menjanakan idea lagi)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)
  • Menjadi perniagaan pertama atau pioneer tidak menjanjikan kejayaan
  • Perniagaan produk dan perkhidmatan ciptaan baru
  • Cara mudah dalam membina jenama perniagaan anda