Fri 10 Nov 2006
Harap anda masih ingat lagi salah satu cara memaksimakan keuntungan perniagaan anda dalah dengan menjual produk tambahan melalui up-selling atau back-end product. Sekiranya tidak ingat, boleh merujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar Bab 30.
Soalannya, bagaimana hendak menentukan apakah produk atau perkhidmatan tambahan yang boleh anda jual untuk memaksimakan keuntungan?
Jawapannya agak mudah- kenakan formula Sebelum, Kini dan Selepas…
Iaitu, tanya pada diri sendiri (atau bakal pelanggan):
- Sebelum menggunakan produk anda, apa yang diperlukan?
- Ketika (kini) menggunakan produk anda, apa yang diperlukan?
- Selepas menggunakan produk anda, apa yang diperlukan?
Contoh, sekiranya anda menyediakan perkhidmatan mereka cipta business card;
- Sebelum menggunakan business card, pelanggan mungkin memerlukan sebuah logo. Oleh itu, anda boleh turut menjual perkhidmatan reka cipta logo.
- Ketika menggunakan business card, pelanggan mungkiin memerlukan tempat menyimpan business card (business card holder)- yang jenis cantik tu… bukan yang plastic. Anda boleh turut menjual business card holder.
- Selepas habis menggunakan business card, sudah tentu pelanggan memerlukan business card lagi. Oleh itu, sediakan diskaun untuk pesanan seterusnya!
Itu lah formula mudah Sebelum, Kini dan Selepas! Sekarang, klik pada “comments” dan cuba aplikasikan formula ini kepada produk atau perkhidmatan anda!
(sekiranya anda belum memulakan perniagaan, cuba juga dengan mengaplikasikannya pada idea perniagaan anda akan datang)
ps: Sekiranya anda memerlukan business card, lawati laman web Hj Hayat di www.my-name-card.com yang merupakan salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet! Workshop seterusnya adalah pada hari Ahad 26hb November.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

November 10th, 2006 at 10:59 am
memang thing big.
November 10th, 2006 at 11:06 am
Saya bersetuju dengan Memang saya ada idea perniagaan & turut memikirkan perkhidmatan seterusnya tetapi sampai kini saya masih belum bermula sebab kurangnya keyakinan & banyaknya -ve thought. Harap saya akan dapat memulakan langkah perniagaan saya selepas bertemu dengan di workshop pada 26 Nov. nanti.
November 10th, 2006 at 11:16 am
AS’kum…selamat pagi..t/kasih info terbaru saudara hari ni berkenaan SEBELUM,KINI DAN SELEPAS..saya PASTI gunakan dlm strategi perniagaan saya sekarang sehingga mencapai ’short goal’ saya sebelum mencapai ‘vision ’saya…insyaAllah..Zamri Azran Alam
November 10th, 2006 at 11:45 am
Sebelum membeli Ebook = Beri mereka bonus percuma yang berkaitan dengan ebook ini.
Semasa membaca Ebook = Berikan mereka panduan mengenai pengurusan kewangan dan teknik yang betul.
Selepas = Berikan mereka peluang untuk mendapat komisyen jika mereka berminat untuk menjadi agen ebook.
November 10th, 2006 at 3:06 pm
Teknik ini selalu digunakan untuk menambahkan jualan kita, dan selalu dipraktifkan oleh netprenuer dan ia salah satu cara marketing yang amat berkesan. Selain itu juga pastikan back-end product yang ditawarkan releven dengan product yang kita marketkan. This link is good for marketing info http://www.entrepreneur.com/
November 10th, 2006 at 3:22 pm
Wah.. mesti orang akan beli huhuhu bijak2
November 10th, 2006 at 8:34 pm
THANX….!
November 10th, 2006 at 10:32 pm
Hnss.. hnsss.. hnsss.. bangga bila sifu tolong kempen.
Syukran!
November 11th, 2006 at 4:37 am
dr,
tq for info.
sebelum : cari idea nak buat bisnes apa?
kini : kumpul ilmu bisnes internet
selepas : praktikkan ilmu yg diperolehi utk melaksanakan bisnes yg telah dikenalpasti.
hj hayat,
dr ni seorang yg amalkan
“give to the world the best u have,
and
the best will come back to u”
betulkan ?
November 11th, 2006 at 10:31 am
Hj Hayat…baguslah tu..semoga berjaya..
Saya baru nak belajor…
http://tembesuonestop.blogspot.com/
November 11th, 2006 at 11:11 am
hapisol> memang betul. membawa saya ke tip hari ini… “Be a giver… not a taker”
saya akan cuba selitkan laman2 web peserta workshop jutawan Internet sebagai added promotion dalam tip-tip akan datang (bila ada tip yang berkaitan)
.
November 12th, 2006 at 2:41 pm
Great ideas ..saya penah terfikir sebelum ni…i’ll support u…
November 17th, 2006 at 3:56 pm
tq
September 20th, 2007 at 10:24 am
apa yang kata memang betul..tetapi sya sebagai seorang peniaga sukar untuk melakukan.Apabila kita sudah melalui, kita tahu bagaimana adat orang meniaga.memang ar kadangkala untung, dan kadangkala dibawah,..untuk memberi diskaun kat orang memang boleh..tetapi orang melayu kita ni tidak pernah bersykur..dah bagi betis nakkan peha..kalu tauke balak pun boleh gulung tikar..sya bukan nak riak, tetapi setakat ini komunikasi antara saya dan pelnggan ok…diharapkan leh bagi motivasi yang lebih lagi…TQ