Ramai yang masih baru membina laman web perniagaan pada mulanya akan ghairah dalam meletakkan iklan-iklan (kebanyakannya iklan dari affiliate) dengan harapan, lagi banyak iklan, lagi mudah ianya akan di klik dan dapat komisyen.

Masalahnya, apabila terlalu banyak iklan di laman anda, laman menjadi tidak profesional. Iklan juga menjadi tidak fokus dan ia mengakibatkan tiada siapa yang klik!

Sebaiknya, hadkan bilangan iklan di laman anda mengikut jumlah (mungkin 2-3 iklan sahaja) ataupun industri (fokus kepada 1 industri sahaja). Untuk memaksimakan pulangan daripada iklan-iklan affiliate, kuncinya adalah untuk meletakkan iklan yang berkaitan dengan laman anda sahaja, dan berikan fokus kepada iklan tersebut, seperti testimonial peribadi ataupun artikel khas mengenai sesuatu perniagaan itu.

Terlalu banyak iklan di sesebuah laman web akan mengurangkan keberkesanan iklan tersebut.

Sebagai pengiklan pula, a good tip adalah untuk iklan di tempat yang tidak banyak iklan disiarkan untuk memaksimakan klik! :)

ps: Workshop Jutawan Internet akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7hb July 2007! Bagi mereka yang berada di Malaysia Timur, kita jumpa di sana. Untuk maklumat lanjut klik di sini!

Semenanjung pula, next Workshop Jutawan Internet pada 16hb June 2007 di JW Marriott, KL. Klik di sini!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Iklan menjadi tidak efektif apabila…
  • Cara paling efektif dalam pengiklanan
  • Huruf di laman web perniagaan Internet
  • Iklan yang pasti menarik pelanggan