crayons.jpgTip perniagaan Internet berkaitan dengan laman web kali ini. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, had kan penggunaan warna.

Sering kali bagi mereka yang baru-baru berjinak hendak membina laman web perniagaan Internet sendiri menggunakan pelbagai warna di laman web tersebut. Terlalu banyak warna akan memberi kesan TIDAK profesional.

Introduce only a few main colors. Contoh, RahsiaInternet.com dan Tip Satu Minit menggunakan merah & hitam sebagai warna utama. CaraPromosi.com menggunakan merah & orange sebagai wana utama. NizalTalk pula menggunakan hijau dan orange sebagai warna utama.

Kadang kala, kita membina laman web, terasa cantik apabila memasukkan pelbagai warna. Sebenarnya, terlalu banyak warna akan mengganggu pelawat (distracting).

Sekiranya warna yang dicetak, kesannya tidaklah begitu ketara. Tetapi, untuk laman web perniagaan Internet, ianya menjadi lebih ketara oleh kerana monitor komputer memancarkan warna menggunakan cahaya.

Kuncinya, kurangkan warna untuk memberi kesan profesional! :)

PS: Ahad ini pukul 11 pagi TV3, Nescafe Kick-Start Finale LIVE. Jumpa di TV! Sebut tentang Nescafe Kick-Start, mereka juga menggunakan dua warna utama iaitu merah dan putih :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Warnai Perniagaan Anda
  • Huruf di laman web perniagaan Internet
  • Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com
  • Pemilihan warna yang bijak untuk perniagaan