Sun 28 Nov 2010
Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, bina sebuah blog untuk menarik lebih ramai pelawat berulang. Tip Satu Minit ini menarik lebih 1,000 pelawat sehari, dan saya mendapati, lebih ramai pelawat blog ini setiap hari, lebih tinggi jualan produk Rahsia Internet.com dari buku, CD dan juga Workshop.
3 tip blog…
- Tentukan tema blog perniagaan Internet anda. Pastikan isu yang dibincangkan adalah berkaitan. Jangan lari daripada tajuk tema oleh kerana ia akan melemahkan jenama perniagaan anda.
- Pada mulanya, sememangnya blog tidak menerima ramai pelawat. Anda perlu promosi blog secara berterusan. Jangan hampa sekiranya melihat tiada orang memberi komen oleh kerana majoriti yang besar tidak memberi komen, mereka hanya membaca maklumat sahaja… seperti pelawat Tip Satu Minit ini
- Jangan terlalu informal di dalam blog perniagaan oleh kerana ianya akan mencerminkan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda ingin sering menyuarakan pendapat peribadi, bina 2 blog- blog peribadi dan blog perniagaan dan asingkan posting berbentuk peribadi. Blog yang tidak formal akan menjejaskan jualan perniagaan Internet anda oleh kerana akan dilihat sebagai kurang profesional.
*Tip bonus* Ciptakan kelainan pada blog anda untuk membezakan blog anda dan berpuluh ribu blog lain. Seperti blog ini, cara persembahan berkonsep “Tip Satu Minit!” dicipta tidak seperti blog-blog yang biasa anda lihat. Perbezaan pada persembahan akan menjadi satu tarikan walaupun isi kandungan mungkin tidak jauh berbeza!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


November 18th, 2006 at 8:55 am
Salam, saya masih baru dalam menggunakan weblog tuk sampaikan “good infos” bagi pelangan2 saya. Selama ini saya hanya pembaca setia weblog orang lain. Pelanggan saya sendiri introduce weblog ! Atas permintaan pelanggan, saya usahakan weblog sendiri. Sy suka menela’ah blog rakan2 yang memberi komen disini.Sy juga ada iklankan weblog rakan2 disini (yg berkaitan dengan perancangan kewangan. Semakin hari saya semkin berminat dengan perniagaan internet walau apa asalnya niat sy hanya untuk menyampaikan infos. Caranya sy masih tercari2.
Semoga kita semua disini boleh menjadi rakan online untuk bertukar2 pendapat dan networking yang baik. (harap one day leh join nya seminar..)inysa Allah
November 18th, 2006 at 11:06 am
Panduan berguna menulis blog ni.
November 18th, 2006 at 3:29 pm
Assalamualaikum Irfan
Saya ada blog wordpress tapi default theme. saya nak tukar designnya.macamana saya nak lakukan? Ada panduan, sumber atau langkah-langkah yang boleh saya jadikan rujukan.
P/S : Saya budak baru belajar. Saya dah beli C om Langkah 1-2-3 Bina Laman Web Perniagaan Internet dari Irfan.
November 18th, 2006 at 10:27 pm
.TQ fir the tips.
@Nayan: Nak tukar default theme senang jer…
1. pilih theme baru yg diminati (banyak yg free, search it at google)
2. download new theme ke PC u dan unzip
3. Kemudian gunakan ftp untuk upload keseluruhan folder theme tersebut ke folder
www.yourdomain.com\wp-content\themes
4. Login ke Wordpress
5. Klik Presentation. Theme yg baru di upload sepatutnye tersenarai di situ.
6 Double-klick pada theme baru untuk mengaktifkan nya
7. Done
Good luck
November 19th, 2006 at 8:51 pm
mmg berguna tips ni. thanks 4 ts tips.
November 20th, 2006 at 9:22 am
Memang tidak dinafikan blog menerima lebih banyak pelawat dari web produk. Contohnya web politik ‘generasi 2020′ menerima 6,000 pelawat setiap hari.
November 20th, 2006 at 11:48 am
salam..
memang benar blog mempunyai pengaruh dan kuasa serta daya tarikan yg tersendiri terhadap pembaca
pembaca skrg lebih terbuka pemikirannya
dgn adanya blog dlm perniagaan, terbukti meningkat kan sales terhadap produk @ bisnes kita
blog juga mampu memberi impak postif terhadap sales kita..
sebagai contoh, ramai pelanggan saya membaca blog kami di http://www.dvlteam.com/?id=noramin
secara tak langsung meningkat kan jualan
November 20th, 2006 at 2:14 pm
apa khabar? moga sehat dan ceria selalu hendaknya. selamat maju jaya dari saya abdfatah. salam ceria dan salam luarbiasa baguzzzzzzzzzz…
tips yang cukup berguna untuk mereka memulakan tarikan trafik ke blog masing2.
yang abru bermula jangan mudah putus asa. masih ada peluang untuk anda merebut peluang yang luas dalam dunia perniagaan intenet
November 20th, 2006 at 7:13 pm
always nice tips from nice person
November 20th, 2006 at 11:47 pm
TQ cjcm…di atas tip nak tukar default theme yang diberikan.
Nanti bila dah dapat tukar theme tu saya akan bagitau pada cjcm..
November 21st, 2006 at 9:05 pm
Blog satu industri baru..masih banyak saya perlu belajar…yang penting buat promosi secara berterusan seperti kata .THakns
November 22nd, 2006 at 1:14 pm
Sebenarnya kat mana yang paling sesuai nak hosting blog, sy perasan server tempat hosting pun ada provide software untuk blogging, tapi nanti susah pulak search engine nak sampai, thanks again yr nice tips.
December 9th, 2006 at 4:21 am
saya memang seronok membaca blog sifu ni :0
November 30th, 2008 at 2:16 pm
nur setuju…pembeli/pemborong jrg tinggalkan pesanan dlm blog nur…bila mereka berminat,terus call/msg nur tanya harga produk nur jual(walaupun nur dah sediakan borang pesanan)…nur xkisah…yg penting dua2 selesa…http://batiksutera-nurul.blogspot.com
July 22nd, 2009 at 3:43 pm
agaknye blog saye tue tak unik kot.. pasal tue takde pelawat… sabar jela..
November 29th, 2010 at 5:40 pm
hmmm…info yang menarik dari saudara irfan,
membuatkan hati saya membuak2 untuk memulakan pembinaan laman web informasi saya sendiri…tq
November 29th, 2010 at 8:52 pm
thanks IK..saya dah melalui hal tu, tak ada komen during 6 initial months. Sekarang, walaupun blog motivasi kendalian saya dan seorang kawan langsung tak ada iklan dan non-profit, ia tetap menerima kunjungan ramai serta menduduki carta tinggi dalam Google Malaysia. Its truly a miracle..
November 30th, 2010 at 12:03 pm
Saya dah ada blog tp tak ramai yang lihat dan komen mcm mana caranya nak bagi ramai tertarik dan menjadi pelawat setia.
November 30th, 2010 at 9:05 pm
tahnks,for the tips..
tip-tip ni sgt berguna kpd saya..
i will use it!! =)
December 12th, 2010 at 10:31 am
Mohon kebenaran utk share tips2 ni di blog saya
January 4th, 2011 at 2:13 pm
salah satu info yang menarik dapat dikongsi bersama ..saya pun masih baru dalam perniagaan internet @online harap dengan adanyaa maklumat sebegini dapat memperbaiki jualan produk saya ‘terima kasih IK
September 19th, 2011 at 3:51 pm
Setuju dengan pendapat tuan, memang kebanyakkan trafik/ rakyat Malaysia lebih gemarkan blog berbentuk hiburan,gosip,politik dan sebagainya, kurang pula yang minat dengan blog perniagaan internet.