Perniagaan mail order telah dijalankan sejak tahun 1800 dan sehingga kini masih merupakan jenis perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah yang agak lumayan sekiranya diimplemenkan dengan betul. Mail order dikatakan perniagaan jual beli yang dilakukan melalui pos (kebiasaannya pesanan mungkin melalui borang pesanan atau melalui telefon).

Michael Dell, usahawan Internet yang tidak asing lagi, sebenarnya mencapai status jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau menjual komputer keluarannya sendiri “DELL”, Internet belum lagi berkembang. Oleh itu, mail order menjadi pilhannya.

Di Malaysia, ia boleh menjadi perniagaan yang baik oleh kerana masih ramai lagi yang ragu-ragu membuat pesanan menggunakan kad kredit secara online. Syarikat saya juga ada menjalankan perniagaan melalui mail order dan pendapatan dari situ sahaja mencecah 5 angka sebulan!

Walaupun mail order tidak begitu popular dan kurang diperbincangkan jika dibandingkan dengan perniagaan Internet, jangan memandang rendah kebolehannya! Telah ramai jutawan-jutawan dilahirkan melalui perniagaan mail order.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Buang orang tengah dalam perniagaan
  • Rancangan JUTAWAN - popular!
  • Perniagaan Internet separa automatik
  • Kena tipu di Internet… kesian!