Posting saya kali ini, *mungkin* menyebabkan ada yang rasa kurang selesa sedikit sebab saya nak sebut tentang meletakkan harga. Bukan harga biasa je, tetapi harga yang tinggi…

Sebab kita rasa “tak selesa” tu, sebab itulah juga kita patut buang perasaan ini jauh-jauh. Bila sebut tentang harga, rata-rata masyarakat kita mula jadi pemalu macam P.Ramlee nak mengorat dalam film :)

Contoh, bila kita tanya: “Berapa harga perkhidmatan u ni?”

Jawapan biasa kita dengar: “Alah… biasa-biasa je… bab letak-letak harga ni i tak pandai. u la bagi tau berapa. I terima je…”

Bila ciptakan produk, tak tau nak letak harga, tanya kawan-kawan… kebanyakan kawan-kawan akan suruh letak harga rendah. Kita pun, letak lah harga rendah sebab “segan” nanti apa pula orang kata letak harga tinggi…

Aik? Kita yang jalankan perniagaan, orang lain yang letakkan harga? Hebat ni :)
Sounds familiar?

Pendapat saya, banyak- terlalu banyak produk atau perkhidmatan orang-orang Malaysia diletakkan pada harga rendah. In other words, underpriced! Letak harga rendah kerana kualiti kurang, tak mengapa… tetapi, good quality product/services, diletakkan pada harga rendah is not good.

  • Anda perlu tahu bahawa, harga menentukan profit margin. Keuntungan “satu” jualan sahaja anda perlu tahu bukan dikira untuk keuntungan jangka pendek. Tetapi, keuntungan hari ini adalah untuk kembangkan lagi perniagaan. Kalau harga rendah, profit rendah, bagaimana hendak kembangkan perniagaan esok?
  • Sekiranya produk anda kualiti hebat, tetapi anda letak pada harga rendah. Dan produk pesaing anda kualiti yang kurang hebat sikit (tetapi bagus) meletakkan harga lebih tinggi dari anda. Agak-agaknya perniagaan mana yang akan berkembang lebih maju dan jadi lebih hebat? Pada pendapat saya perniagaan pesaing anda!
  • Ramai juga berfikir, jalan untuk bersaing dengan pesaing adalah dengan merendahkan harga. Compete pada harga. Bagi saya, strategi inilah antara strategi yang tidak berkesan. Ada banyak lagi cara untuk bersaing. Seperti, tambahkan kualiti bagi jauh lagi hebat, dan naikkan harga untuk menampung penambahan kualiti :)

Sebab-sebab perniagaan kita “takut” pada letak harga tinggi ini lah  banyak perniagaan kecil-kecilan terutamanya orang Malaysia, tidak ke mana. Hanya di satu tahap sahaja dan tidak berkembang. Sebagai bukti, apa sangat produk atau jenama Malaysia yang keluar ke luar negara? Tidak banyak… yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa adalah yang berharga tinggi oleh kerana mempunyai “kuasa” keuntungan lebih untuk mengembangkan perniagaan.

*Take note. Post saya ini bukan mengatakan untuk anda letakkan harga tinggi melambung pada produk yang berkualiti rendah. Tetapi, letak harga tinggi pada produk yang bernilai tinggi. Jangan “underprice” produk dan perkhidmatan anda. Yakin tentang kualiti produk atau hasil kerja anda, dan letakkan harga sebaiknya.

Dan kalau orang tanya “Apsal mahal sangat produk ni?” anda jawab… IK yang suruh! ;)

Beri kualiti perniagaan yang tinggi pada harga yang tinggi- dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Lagi-lagi mengenai harga :)
  • Menetapkan harga
  • Segan letak harga!
  • Masalah harga rendah