Sun 13 Aug 2006
Perniagaan adalah seperti hero dalam cerita cowboy. “If you stand still, you’ll get shot!”
Dalam perniagaan, jangan berasa selesa dengan apa yang anda ada atau apa yang anda telah capai. Sekiranya anda berasa selesa, anda tidak akan ada daya motivasi untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan anda.
Dalam perniagaan, sekiranya anda tidak bergerak, maka, anda akan ditumpaskan oleh pesaing anda. Pepatah cowboy berbunyi “A moving target is harder to get shot”
Kembangkan perniagaan anda, tambah produk baru, besarkan pasaran anda, perbaiki produk anda… apa sahaja asalkan anda tidak terasa selesa dengan keadaan semasa perniagaan anda. Mana tahu, sekiranya anda tidak bergerak, pesaing anda sedang…
“Ready… Aim… FIRE!”
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

August 13th, 2006 at 1:00 am
saya bersetuju dengan , irfan. sekiranya cita-cita kita sedikit sahaja, maka sebarang apa yang kita buat tidak akan ada “kelebihannya”. Sebagai contoh pemian bola sepak malaysia yang hanya mahu bermain bola sepak di Malaysia sahaja. Tiada usaha untuk cuba masuk ke EPL.
August 13th, 2006 at 7:20 am
mungkin mentaliti inilah yang kita perlu ada untuk menjamin masa depan kita dan perniagaan kita.
August 13th, 2006 at 8:38 am
memang di akui kita perlu menigkatkan atau menaiktarafkan produk atau perkhidmatan. kalau tidak pelanggan hanya dihidangkan dengan resepi yang sama. Tapi semua perlukan R & D , ini melibatkan new knowledge, new material dan juga kesungguhan utk mencapai kualiti yang terbaik.
August 13th, 2006 at 9:01 am
“Perniagaan adalah seperti hero dalam cerita cowboy. “If you stand still, you’ll get shot!”” - Irfan
In actual fact, dalam dunia perfileman Hollywood terkini, ianya bukan hero sahaja yg tidak boleh stand still, it’s the whole industry. Terutamanya jika kita menonton the making of action packed movies, dari camera works, kepada krew, kepada pengarah, juga producer, juga pemasaran, dan akhirnya pada penonton, semuanya tidak duduk diam. Segalanya pantas, penuh aksi, mendebarkan, menarik, dan akhirnya meletup di pawagam.
Sebaliknya yg kelihatan amat selesa dan malas utk berfikir, pastinya industri perfileman di negara kita. Berterusan melayu…
August 13th, 2006 at 10:45 am
bukan sahaja perniagaan, malah dalam semua aspek kehidupan masa kini kita perlu bergerak….pantas.
dengan ledakan maklumat pada zaman ini, kita sebanarnya tidak dapat lari dari meng”update” pengetahuan kita saban hari.
kita bukan hidup pada tahun 1500 yang mana pengetahuan yang dipelajari dapat diginakan sepanjang hayat
pada zaman ini, teknologi 7 tahun lepas, sudah tidak relevan dengan situasi tahun 2006. contoh paling mudah, telefon bimbit!
p/s: sabda Nabi Muhammad S.A.W, bermaksud, didiklah anakmu pada zamannya…
August 13th, 2006 at 11:59 am
“Kembangkan perniagaan anda, tambah produk baru, besarkan pasaran anda, perbaiki produk anda” Usahawan tulin perlu bijak, tangkas dan sentiasa merebut peluang.
Gunakan teknik pemasaran yang hebat, ” Anda perlu menjual produk yang betul, pada harga yang betul, di tempat yang betul kepada pelanggan yang betul”
August 13th, 2006 at 1:14 pm
Tip yang bagus. Untuk sentiasa berkembang, kita memerlukan motivasi dan semangat juang yang tinggi juga. Tukar halangan menjadi cabaran. Move.. move.. move..
August 13th, 2006 at 9:05 pm
malim kundang….. hari ni kedai asam pedas kat perai tutup la. kedai peberet hang
August 14th, 2006 at 12:23 am
Untuk menjadi cowboy yang bagus, mestilah cekap menembak, menunggang kuda, bermain tali dah macam-macam lagi.
August 17th, 2006 at 9:37 am
ya, kita semestinya mengeluarkan/mencari idea dan cara yang lebih menarik utk bersaing
August 28th, 2006 at 10:28 am
adeih heh… dah kena tembak pulak dah…
yer…perniagaan perlu bergerak
Perniagaan memang perlu bergerak. Minda kita juga perlu bergerak dengan idea yang kreatif dan berinovasi untuk berdepan dengan segala cabaran dalam dunia perniagaan masa kini.
Jika tak bergerak, tiada perniagaan untuk hari ini. Sebagaimana anda tidak mempunya senarai emel dalam perniagaan internet. Maka tiada apa2 urusniaga yang akan anda perolehi hari ini.
Maaf ! anda tiada costumer untuk dihubungi. Anda tidak akan dapat menjual seribu macam produk kepada seorang costumer pun jika tiada emel list. Bagaimana anda nak membuat jualan kepada seribu orang sedangkan mereka tak mengenali anda. Promosi hebat macam mana pun, anda hanya akan membazirkan masa anda sahaja.