Tue 25 Dec 2007
Perniagaan MIBO - Aliran pendapatan berganda
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Perniagaan MIBOKekuatan MIBO #2:
Dengan memiliki hanya 1 lesen MIBO, anda mendapat hak “Authorized Reseller” untuk kesemua produk ICT dan kewangan yang disebut. Ini memberi aliran pendapatan berganda!
Kita sedia maklum dari Tip Satu Minit, untuk memaksimakan pendapatan kita, kita perlu perbanyakkan aliran pendapatan kita- Multiple Source of Income (MSI). Melalui MIBO, anda bukan sahaja membeli 1 lesen untuk hak “Authorized Reseller” 1 produk ICT sahaja… tetapi, kesemuanya telah di pakejkan dibawah MIBO membolehkan anda menjadi “Authorized Reseller” kepada:
- Aliran pendapatan 1: Streamyx
- Aliran pendapatan 2: TM Smart Call (discounted telephone line melalui VOIP)
- Aliran pendapatan 3: Celcom
- Aliran pendapatan 4: J & C Pacific VOIP
- Aliran pendapatan 5: Astro
- Aliran pendapatan 6: Izzi 4G (perkhidmatan wireless baru di KL & Lembah Klang)
- Aliran pendapatan 7, 8 & 9: Kad Kredit
Secara keseluruhan, terdapat 9 aliran pendapatan melalui MIBO!
Contoh:
Anda boleh membuka booth atau gerai di pusat membeli belah mempromosikan Streamyx.
Pada waktu yang sama, anda juga mengedarkan brochure dari rumah ke rumah untuk mempromosikan ASTRO!
Sebagai tambahan, anda memulakan laman web mempromosikan perkhidmatan wireless baru Izzi 4G!
Mungkin pada waktu yang sama juga anda mendapatkan jurujual untuk mempromosikan SmartCall dari pejabat ke pejabat.
Ini memberi pulangan berganda kepada anda!
Untuk menjawab beberapa soalan, ada yang tanya… MIBO ni sesuai untuk perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet?
Pada peringkat ini, kebanyakan produk MIBO sesuai sebagai perniagaan bukan Internet. Ini kerana, kebanyakannya merupakan perkhidmatan dan memerlukan interaksi manusia.
Namun begitu, ada juga cara untuk menjadikannya sebagai perniagaan Internet. Bagi anda yang pernah menyertai Workshop Jutawan Internet, istilah yang saya gunakan adalah “Prospect Generating” atau mendapatkan prospek. Di mana, laman web anda menjadi seperti “brochure” untuk pelawat mendapat maklumat menghubungi anda.
Ini adalah satu contoh laman web saya bina untuk mempromosi salah satu produk MIBO, iaitu TM SmartCall. Cuba lihat http://www.slash.com.my
Bergantung kepada kreativiti anda, anda boleh promosikan produk-produk MIBO di Internet- tiada masalah!
Tip hari ini:
Baca kembali Tip Satu minit mengenai aliran pendapatan berganda… http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/rahsia-aliran-pendapatan-berganda/
Kekuatan MIBO #1:
Melalui MIBO adalah satu-satunya cara untuk mendapat 100% komisyen secara terus daripada PRINCIPAL!
Kekuatan MIBO #2:
Dengan memiliki hanya 1 lesen MIBO, anda mendapat hak “Authorized Reseller” untuk kesemua produk ICT dan kewangan yang disebut! Ini memberi aliran pendapatan berganda!
Esok saya akan ceritakan lagi kekuatan MIBO. Ada banyak lagi!… kalau tak ada banyak kekuatan, tidaklah saya setuju untuk menjadi duta
Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 25th, 2007 at 8:41 am
macam mana nak dapatkan lesen dia, harga dia dan ada training ke
December 25th, 2007 at 3:18 pm
ye sy pun seperti Taqiyuddin…
berminat untuk mengetahui lebih lanjut…
boleh ke sy yg bekerja as project engineer untuk dapatkan lesen ini….
untuk buat secare part time dulu…
brape modal ?
December 25th, 2007 at 4:11 pm
bawak bersabar… saya baru mukadimah je ni. ada banyak lagi info nak diceritakan sepanjang minggu ni mengenai MIBO
regarding modal… modal memang ada, tetapi, yang bestnya, J & C pacific telah mendapat Public Bank “Pre approved” micro-financing untuk membantu usahawan MIBO memulakan perniagaan. maksudnya, sesiapa yang nak turut serta yang takde modal, Public Bank akan beri pinjaman secara automatic. esok lusa saya akan ceritakan mengenai modal… sebab MOU MIBO & Public Bank juga adalah antara kekuatan MIBO- tiada risiko sekiranya anda tidak dapat membayar balik pinjaman Public Bank!
tapi, kalau tak sabar juga nak tahu dengan cepat, call my PA shah at 016-6966644 dan buat appointment di office kami @ bandar utama, damansara
senang cerita one-on-one.
December 25th, 2007 at 9:09 pm
Salam
Kat maner saya nak dapatkan info lebih lanjut pasal MIBO nie?
Boleh ke kita kurangkan pakej aliran pendapatan tu? Contohnya, saya tinggal di JB, jadi saya tak berminat nak ambil Aliran pendapatan 6: Izzi 4G. Mungkin harga lesen murah sikit kalau pakej kita ambil tu kurang.
December 25th, 2007 at 9:38 pm
best gak benda nie,
“tiada risiko sekiranya anda tidak dapat membayar balik pinjaman Public Bank”
apa maksud .
apa2 pun kita tunggu penjelasan yang lebih detail sepanjang minggu ini..
December 25th, 2007 at 11:47 pm
Pinjaman tanpa risiko…bagus tu. Pasti ramai yang berminat. Harap2x yang register tu nanti akan betul2x promote dan beristiqomah. InsyaAllah berjaya.
Saya sedang melihat ruang yang boleh di isi sekarang ni…
December 26th, 2007 at 6:05 am
Peluang perniagaan baik ni. Baru faham sikit konsep MIBO. Hari tu tak nampak sangat. Namun banyak lagi persoalan yang tak terjawap. Tak pe akan terus follow-up penulisan kat blog ini. Tq untuk info ni.
December 26th, 2007 at 8:06 am
Saya memang cukup berminat ni.. tapi tak tahu nak dapat info lanjut dari mana…
December 26th, 2007 at 9:55 am
Hardware Tech > Izzi4G akan smapai ke Johor awal 2008.
maklumat2 lanjut, ikuti tip satu minit minggu ini… semua akan terjawab
December 26th, 2007 at 3:18 pm
salam , adakah MIBO di bawa ke Sarawak?
January 2nd, 2008 at 4:47 pm
huhu
agak lambat saya dapat info mngenai mibo nih… harap harap ada lagi lah kekosangan sebab saya baru je daftar hari nih
May 9th, 2008 at 11:17 am
tolong perjelaskan kepada saya mengenai perniagaan mibo,kerana saya amat berminat dengan perniagaan ini
May 23rd, 2008 at 5:11 pm
Salam IK,
Saya sudah pun menjadi ahli MIBO,
Hip-Hip-hooray !!!
MIBO memang best dan impian menjadi ‘jutawan’semakin hampir (Amiiiin…:) ) atau paling kurang pun, berbangga sebab ada bisnes sendiri.
Keluar modal sedikit, tapi pendapat berganda, tak rugi pun.Kepada sesiapa berminat nak sembang-sembang MIBO, boleh hubungi saya
haniskamis@gmail.com
Tumpang lalu ye IK,promo MIBO sikit…:)
—————————–
Hanis Kamis
http://mymamalovesme.blogspot.com/
June 13th, 2008 at 4:16 pm
How much loan to apply for MIBO Biz