Wed 6 May 2009
Anda jenis penjual (salesperson) yang mana?
Di sini ada maklumat yang interesting. Dalam perniagaan, setiap orang mempunyai keselesaan yang berbeza. Tidak semua boleh menjual produk, tidak semua boleh menjual perkhidmatan, dan tidak semua boleh menjual informasi.
Di manakah tahap keselesaan anda?
Dengan menjawab ini, anda boleh menentukan perniagaan jenis apa yang paling ideal untuk anda.
- Adakah anda jenis selesa menjual produk? Contoh seperti menjual produk kesihatan, handphone, laptop, rumah, kereta, makanan, minuman dan sebagainya?
- Adakah anda jenis selesa menjual perkhidmatan? Contoh seperti perkhidmatan kewangan, konsultan, alih bahasa, design, insurans, takaful dan sebagainya?
- Adakah anda selesa menjual informasi? Contoh seperti buku, seminar, ebook, manual, report, program, workshop, dan sebagainya?
Sekiranya, anda sudah lama mencuba perniagaan, tetapi masih belum berjaya, kemungkinannya adalah, apa yang anda jual adalah bukan dalam kategori perniagaan keselesaan anda.
Sekiranya selama ini anda menjual produk, apa kata anda cuba menjual perkhidmatan. Sekiranya selama ini anda menjual perkhidmatan tetapi tidak berjaya, apa kata anda cuba menjual informasi.
Selalu saya lihat seorang penjual (salesperson) yang hebat menjual produk, tetapi, apabila diberi perkhidmatan, dirinya tidak dapat membuat jualan yang baik. Sama juga seorang penjual perkhidmatan yang hebat, tetapi apabila diberinya produk kepadanya, dirinya langsung tidak dapat membuat jualan.
Fikirkan ini. Persoalan ini bukan menjurus kepada “kebolehan” atau “skill” seseorang itu… tetapi, lebih kepada “keselesaan”- yang lebih kepada jiwa dan hati seseorang itu.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

May 8th, 2009 at 12:49 pm
Kita hayati lirik ni;
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
May 8th, 2009 at 1:59 pm
Cantiklah tips daripada ni…Apa yang IK katakan ni mmg ada benarnya..Kalau buat bisnes yang kita tak selesa, rasa macam terseksa pulak…
May 8th, 2009 at 3:38 pm
Nampak gayanya saya ni jatuh dlm kategori penjual informasi la setakat ni. Alhamdulillah, ia pilihan yg tepat dan sesuai dgn jiwa saya. Bagi saya, dlm kategori informasi ni pun, tgk kita ni menjurus ke arah informasi yg bagaimana yg kena dengan minat dan jiwa serta kebolehan kita. Ye la… informasi ni kan terlalu luas skopnya. Pastinya kita akan dpt buat yg terbaik dengan apa yg kita mahir.
“Do our best in what we know best”
May 8th, 2009 at 4:01 pm
Cuba bayangkan kalau kita menceburkan diri dalam ketiga-tiga bidang , jual produk fizikal , perkhidmatan dan juga informasi.Pasti pendapatan berlipat kali ganda.
May 8th, 2009 at 4:01 pm
Saya setuju dengan pendapat IK. Cuma tambahan, saya ada berjumpa dengan usahawan-usahawan yang hebat yang mana mereka selesa dengan ketiga-tiga jenis perniagaan tersebut. Rahsianya adalah mereka bisnes minded dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.
May 8th, 2009 at 4:24 pm
kalau perniagaan kita ada ketiga-tiga lagi best macam produk ik.Saya juga mengabungkan ketiga produk ini dlm bisnes saya.Maknanya kita dapat income dari 3 aliran.Saya jual produk cth H/P.Perkhidmatan dari segi membaiki& servis dan informasi pula saya jual vcd cara-cara membaiki h/p dan software.Ideal ini banyak saya aplikasi dari perkongsian ik.Tq soo much memang best & make a lot of money.
May 8th, 2009 at 7:47 pm
tq..for the tips….saya rasa 3-3 saya boleh..
May 8th, 2009 at 8:25 pm
Assalamualaikum? Saya dah cuba jual produk, lepas ni try perkhidmatan pulak. Tengah servey. manalah tahu kalau-kalau salah satunya menjadi.
Yatie
http://www.atiqahumaira.com
May 8th, 2009 at 9:46 pm
Cari kesesuaian untuk diri kita. Perniagaan apa yang sesuai untuk kita jalankan.
Perniagaan yang kita suka dan enjoy buat mungkin itulah yang sesuai untuk kita…
May 8th, 2009 at 10:06 pm
saya setuju dengan pendapat en irfan, hanya biz yang benar2 kita minat/selesa akan buat kita berusaha walau apapun cara untuk memastikan ia berjaya.
May 8th, 2009 at 10:21 pm
Setuju dengan IK,
Kalau perniagaan yang menguntungkan sekalipun, bila tak selesa akibat kurang minat ke, biasanya susah nak berkembang. Passion tu semakin hilang, tak semangat untuk urus perniagaan. Last2 jatuh rugi terus..
May 8th, 2009 at 11:05 pm
Kesesuaian itu memang penting. Tapi mcm phonesolution2u kata, perniagaan sekarang perlu menggabungkan ketiga-tiganya. Jual produk tapi mesti support dgn after sales service dan informasi yang relevant mcm Dell, jual servis i.e insurans tapi produk yang ditawar juga mesti kompetitif, jual informasi, tapi informasi itu sendiri boleh jadi produk (i.e VCD) atau servis (training). Yang penting ilmu perniagaan dan ketahanan.
May 9th, 2009 at 12:31 pm
tahniah bro, idea yg menarik. tk.
May 9th, 2009 at 1:09 pm
TQ Irfan for the tips.Mungkin apa yang Irfan nak kata, kita perlu fokus & komitmen pada perniagaan yang dibuat. Tapi tak semestinya takleh buat ketiga2, kan?
Mungkin kita bleh letak fokus & komitmen lebih pada main business. Dan balance fokus & komitmen pada secondary business. Mcm PakAjiLeha, main business setakat ni, Warung Pak Aji Leha. Secondary business, Takaful (life & motor). InsyaAllah…
May 9th, 2009 at 5:20 pm
ya… kalau kita boleh melakukan ketiga-tiganya sekali, kita adalah penjual serba boleh!
-ik
May 9th, 2009 at 6:31 pm
Nak tanya, kalau MLM tu jatuh kategori mana?
Tq
May 10th, 2009 at 1:38 am
thanks kunang-kunang kerana setuju ngan my respon
May 10th, 2009 at 12:39 pm
Saya pernah jual produk dan informasi. Perkhidmatan belum pernah lagi. Kalau ada pun hanya pernah ajar tiusyen.
Masih dalam peringkat eksperimen untuk memilih mana satu keselesaan saya.
May 10th, 2009 at 8:22 pm
Cuba berniaga. MLM tu kategori produklah.
May 11th, 2009 at 12:41 am
thanks irfan for this tip
May 12th, 2009 at 11:52 pm
hoho..perkhidmatan dan informasi. This is the best way i can do.