Tue 4 Dec 2007
Sering saya jumpa usahawan yang berjaya tidak kira yang dah jutawan ataupun yang belum jutawan, sering mengeluh bahawa menjalankan perniagaan amat memeningkan kepala dan memenatkan minda! Preassure beb… stress… semuanya ada.
Ada kalanya saya juga rasa begitu. Memang pening kepala
Namun begitu, megapa teruskan juga perniagaan sekiranya perniagaan ini amat memeningkan dan memenatkan minda? Adakah anda juga rasa begitu? Apa pendapat anda?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


December 5th, 2007 at 7:38 am
bg saya,perniagaan nie ibarat macam kita suka kat seseorng..
mcm seorng lelaki mgkn ada minat kat seorng awek@makwe…
so,tiap2 hari akan fikir pasal nye&pening kepala…
kenapa?
sebab suka, minat & ada matlamat nak dicapainye…
barangkali utk dibuat isteri…
saya rasa,begitu juga dgn perniagaan…
December 5th, 2007 at 7:57 am
Salam kasih sayang,
Saya memang ‘enjoy’ dgn bisnes saya, mungkin kerana ia sesuai dgn jiwa saya dgn konsep “people touching people” dgn matlamat “ke arah sihat, kaya dan ceria”.
Yang mana semua org inginkan. Cuma kadang-kadang sedih bila org salah anggap disebabkan fikiran negatif yg telah bersarang dlm ‘minda mereka’ sekian lama. Kesian pun ada juga. Kepuasan dan kegembiraan bila dpt menolong org ‘membuka minda’ dan mengubah cara berfikir.
Sebab itu saya suka melawat blog-blog motivasi spt ini.
Thanks Irfan.
Semoga diberkati. Amin
December 5th, 2007 at 8:07 am
Pada pendapat saya, walaupun berasa penat dan banyak masa yang diluangkan, tetapi disebabkan minat di dalam perniagaan itu, rasa penat dan sebagainya itu hilang..
Tambah lagi apabila perniagaan yang diusahakan itu “menjadi”, tentunya kita lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaan tersebut dan langsung tidak terfikir akan stress dan rasa penat..
December 5th, 2007 at 8:18 am
betul tu, banyak perkara yang perlu diuruskan, tapi disebabkan minat dan mungkin pendapatan yang lumayan rasanya kalau pening kepala sikit tu tak jadi masalah…berbaloi tu macam yang irfan dapat RM 1,000,000.00 tu dalam masa setahun, semuanya terbayar or org putih sebut worth it
December 5th, 2007 at 8:24 am
salam,
sebab perjalanan perniagaan akan menjadikan saya satu stage lebih baik daripada sekarang. plus, money money money
kepuasan menjadi bos?
just my seposen
December 5th, 2007 at 8:28 am
Perniagaan memang memeningkan, lebih lebih lagi kalau kita dah ada tanggungan bulanan macam ofis, bil, pekerje etc. Tu belum masuk pening memikirkan due date projek, duit nak rolling. Kekadang tu sampai dah baring atas katil pun masih memikirkan kan pasal business.
But in the end of the day, dengan perniagaan jugakla saya dapat kemanisan bekerje, satisfaction yang tak berbelah bagi yang tak mungkin saya dapat bila bekerja di bawah orang. Biarla gaji yang dapat masa permulaan perniagaan itu sekecil mana sekalipun, ia lagi bermakna dari gaji yang saya dapat ribu riban masa bekerje ngan orang.
Itu pendapat saya. =D
December 5th, 2007 at 8:28 am
memang setiap orang akan menghadapi situasi itu…namun disebabkan minat tehadap perniagaan internet ni, teruskan juga….
Semangat dan motivasi itu akan datang bila kita memperolehi hasil yang diinginkan…rasa pening akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
December 5th, 2007 at 8:47 am
saya suka benda2 yang memenatkan minda…..
dan saya suka keluar dari zon selesa..
So ape lagi..perniagaan menjadi jalan pilihan
December 5th, 2007 at 9:13 am
Tiada jalan mudah untuk senang. Memang memeningkan jika semua perkara kita lakukan sendirian tanpa melibatkan orang lain.
Agihkan kerja yang kita rasa tak perlu kita buat dan tumpukan kepada perjalanan dan perkembangan perniagaan kita.
Hisham;
“Libatkan Orang Lain Dalam Perniagaan Anda ‘Share The Cake’”
December 5th, 2007 at 9:58 am
Saya setuju contoh yang Farid bagi….
PASSION! Bak kata Tom Siciliano dlm Shifting Into Higher Gear salah satu point nak uji tahap ‘kepassionatetan’ kita..”you don’t get tired when activelyengagae with it”
so pening2 tu biaselah.. buat apa2 pun mesti akan pening, even small2 things. It depends on ourself how are we going to handle it…
December 5th, 2007 at 10:07 am
Saya baru balik training last week yang juga bersama seorang jutawan. Dalam sesi soal jawab beliau inginkan pendapatan yang disimpan dan duit itu boleh memberikan pulangan sehingga RM10juta sebulan tanpa beliau perlu memantaunya secara aggresif. Very superb lady.
Walaupun begitu masih sibuk ngan agensinya dan training.
Just tell my self i want to be like her
December 5th, 2007 at 10:12 am
Memang memeningkan..memerlukan ketahaban yang tinggi.
December 5th, 2007 at 10:21 am
the secret beritahu “SO WHAT” dalam perniagaan tiada istilah pening kepala, kita fikir pening kepalalah akan jadi pening kepala, tukar cara berfikir, the secret ajar sesuatu supaya cari perkara yang BOLEH membahagiakan diri sendiri, sekiranya bermeditasi satu jam itu boleh membahagiakan kita buatlah, sekiranya membahagikan diri sendiri dengan bermain gitar lakukanlah, sekiranya perniagaan itu boleh membahagiakan diri sendiri lakukanlah,carilah perkara-perkara yang boleh membahagiakan diri sendiri, bahagiakanlah diri sendiri sekarang dan alam akan menghantar orang yang akan membahagiakan kita, LAKUKAN SEKARANG DAN LIHATLAH HASILNYA PASTI MENAKJUBKAN.
rakan kejayaan anda
December 5th, 2007 at 10:50 am
setiap kejayaan harus di mulakan dengan kepayahan…
hadapi dengan senyuman ….
December 5th, 2007 at 10:56 am
Bagi saya itulah yang dinamakan cabaran. Tanpa semua tu kita tak akan tahu sejauh mana keupayaan kita untuk menangani sesuatu isu. Bak kata orang “Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai”.
hemm…. pening … memang pening… sebab..
kalau dah jutawan akan pikir camner nak jadi milionair..
kalau belum jutawan pulak akan cari strategi nak jadi jutawan (ini kena tanya irfan)
kalau yang tak jutawan akan pikir camner nak cari duit untuk cukup-cukup makan… pendek kata takder bende yang tak pening dalam hidup ni.
December 5th, 2007 at 12:36 pm
Pening?…
Tak pe lah asalkan lepas tu pening kira duit masyuuuk… he he
December 5th, 2007 at 12:47 pm
sekadar mencelah, saya masih belum ada perniagaan pun memang ada pening kepala..hehehe..tambahle orang yang dah ada bisnes sendiri.
Kalau ada minat pun tetap akan pening kepala juga. Sebab pening tu tandanya diri perlu rehat. Dengan rehat, minda akan kembali semula segar selepasnya.
Oh ya, adakah orang yang “bersyukur” tetap akan pening kepala dengan harta mereka? cuma bertanya..maaf ye..
Apapun,orang yang ada bisnes sendiri lebih layak untuk komen kat sini berbanding saya.Hoho..
December 5th, 2007 at 1:00 pm
Assalamualaikum,
pada pendapat saya, ini adalah satu cabaran yang mesti di tempuhi sebagai seorang usahawan atau bakal usahawan untuk terus maju sebelum berjaya..bukanlah mudah untuk senang..yang penting kita sematkan dalam diri kita yang penat lelah itu adalah satu hikmah untuk terus berjaya dalam hidup
December 5th, 2007 at 1:43 pm
Pada pendapat saya kalau kita buat apa yang kita minat, susah kita nak mengeluh.Perniagaan memang ada kalanya begitu.Kita kena bersedia fizikal dan mental bila menceburi perniagaan.Pengalaman menjadikan kita lebih bersedia menghadapinya.
December 5th, 2007 at 2:12 pm
“Sesiapa berniaga tahulah pening ke tak pening. Yang macam berniaga itu sahaja yang fikir ianya tidak memeningkan.”
December 5th, 2007 at 2:38 pm
Perniagaan bagi saya adalah kepuasan bekerja,walaupun pening kepala tetapi kepuasan yang diingini,hasil yang diperolehi dari usaha sendiri..
December 5th, 2007 at 2:47 pm
betul tu… bukannya soal, minat tak minat. minat macam mana pun dalam perniagaan, “pening” tu memang mesti ada punya
berjaya tahap mana pun… masih ada “pening” datang.
Agak2nya Tan Sri Mokhtar Bukhari bumiputera terkaya pening tak dengan soal perniagaan? Sudah tentunya pening
kalau melibatkan diri dalam perniagaan, dan tak pening kepala, memang tak sah…
December 5th, 2007 at 4:08 pm
sy seorg ibu dan jua kerani d sebuah gudang import dan export…masalah sy..sy selalu kesempitan wang dan bila sy membuat pinjaman bank…mmg susah nak lulus..sbb sy byk hutang…
bagaimanakah crnya utk sy menambah pendapatan dan mgurangkan bebanan yg sy tanggung….
sekian…trima kasih..
December 5th, 2007 at 4:36 pm
memang pening yang mendatangkan kepuasan dan wang!
December 5th, 2007 at 4:41 pm
Pening2 tu tak apa yang penting puas hati..
December 5th, 2007 at 5:26 pm
Salam,
Apa khabar?, Saya ahmad takaful ikhlas, kawan azizan (Abu Dhabi)..Yes!! saya setuju, cabaran adalah sarapan seorang usahawan, dugaan adalah makan tghari seorang usahawan dan halangan adalah makan malam seorang usahawan. Tanpa cabaran + dugaan + halangan, kita bukan usahawan.
AHMAD AZAL AFAROK
www.binausahawan.com
#tiada yang mustahil#
December 5th, 2007 at 8:30 pm
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.. renung2 kan..
December 5th, 2007 at 9:36 pm
Semakin tinggi “tahap” kepeningan,semakin kurang persaingan. sebab orang lain tak sanggup nak menghadapi kepeningan,biarlah kita menghadapi yang pening itu,takpe!panadol kan ada.
December 5th, 2007 at 9:57 pm
Selagi orang tu ada kepala,mesti dia pening ..
lebih banyak berfikir, lebih banyak minda berkerja. Orang itu sihat.
lebih banyak berfikir, lebih banyak pening. Orang itu normal
lebih banyak berfikir,lebih banyak & kuat tidur. Orang itu malas.
Berfikir,pening,letih dan rehat tu macam rutin juga la kan? Macam en razzi cakap tu, mesti peningnye.tak sah tak pening..
Pandangan saya, pening hanyalah alat penggera kepada si usahawan atau jutawan atau sesiapa sahaja. Ia takkan menghalang manusia dari terus dengan apa yang dia lakukan jika dia ada azam,matlamat dan hala tuju.
kesimpulan yang saya memandai buat ialah, mana2 usahawan atau jutawan yang pening tapi masih meneruskan perniagaannya ialah mereka ini ada matlamat. Selagi tak gapai, biar pening lalat bahkan pening gajah pun tak kisah… hehehe
ps: bee/rabiah.Teruskan berfikir utk keluar dari kesempitan. nanti mesti dapat jawapan.Dunia sekarang memang kejam tapi itu hanya untuk orang yang berserah je.
December 6th, 2007 at 1:28 am
minat yg mendalam n ingin mendapat hasil yg setimpa mengatasi segalanye…
pokok pangkal kite kena berusaha ke arah nya…
December 6th, 2007 at 10:16 am
slmt pg ,
bagi saya kalau pening kepala sebab perniagaan tak…sebab berbaloi…
tapi kadang2 darah cepat naik…hehe
han
December 6th, 2007 at 10:42 am
Salam & Kawan2
Berniaga nii memang memeningkan kepala. Sbb seribu satu mcm perkara yang perlu tahu. Dah plan baik-baik, last minit terpaksa tukar strategi atau overhaul seluruh bisness. Tapi kalau dah pening, kenalah kita mencari minyak angin untuk mengurut bagi menghilangkan kesakitannya. Tiap-tiap kesakitan pening dlm bisness ada hikmahnya, setelah mendapat pulangan hasil yang lumayan.
December 6th, 2007 at 10:51 am
Kengkadang bangun tidur pun boleh pening kepala
December 6th, 2007 at 11:00 am
betul kata su.. “kalau takut dilambung ombak janganlah menonton cerita ombak” hahahaha!! gurau jee.. simple thing, kalau rasa pening kepala apa lagi take a rest laaa.. jgn dok pikir kuat sangat nanti sendri jugak susah.. think wisely like Irfan and millionaire dan billionaire yang lain. You all must find the right way, right path dan right destination to fulfil your goal. Yela macam org main bola. mesti ada planning, organizing, strategies and teamplayer baru boleh masuk goal.. itu macam laaa.. kalau keje sorang-sorang pandailah susun strategy nak grab the victory macam itu Irfan da.. “Berpening-pening dahulu barulah bersenang-senang kemudian, allrite? Pokoknya mau ka ngak mau buat bisnes. kalu ngak mau jangan pening-pening kpala. Teruskan saja apa yang dibuat skarang ni, ok?
P/S : “There are no hard times for good ideas.”
December 6th, 2007 at 12:58 pm
NO PAIN NO GAIN
December 6th, 2007 at 1:25 pm
kata orang
..kejayaan itu cantik..tapi jalan untuk mencapai kejayaan itu memang agak hodoh…cuba tengok klcc atau menara berkembar petronas masa dalam pembinaan, memang buruk kan..tapi bila dah siap..memang sangat cantik..
itulah pengorbanan kalau nak berjaya.
December 6th, 2007 at 3:31 pm
Pening kepala? biasa ar …. tapi sebab nak teruskan tu pasal , pening pening tiba-tiba ….dapat email “Maybank2u.com 3rd Party Transfer” he he he , tu nak teruskan jugak
ataupun dapat email camni “Item #01 - Notification of Payment Recieved from xxxxx”
Masyuk !
December 7th, 2007 at 11:13 am
susah susah…
kalo pening,
bawak lagu pening…
ezlyn n m daud kilau…yeah…
twus ilang pening kot…
December 8th, 2007 at 11:36 am
Biasala tu. Pening tu dah jadi hal biasa tetiap hari. Dah 2 hari aku tido malam. Selalu tdo siang je. Satu peningkatan yang bagus dan itu antara ubat untuk pening kepala.
December 8th, 2007 at 10:33 pm
salam semua..
pada pandangan saya, kalau kita buat sesuatu dengan rasa seronok dan enjoy kita akan dapat apa yg kita hendak capai sebab kita ada sedikit komitmen hasil rasa seronok dan enjoy tadi.kalau kita rasa pening dan rasa banyak masalah dalam bisnes, kita perlu lihat balik dan kaji apa puncanya.kawan sebisnes dengan kita adalah kawan yang paling sesuai untuk berbincang pasal masalah tadi.mungkin mereka ni ada idea yg boleh merelaikan kekusutan tu. tapi yang penting sebagai orang islam sentiasa perlu muhasabah diri dan istiqamah dalam bisnes mudah mudahan usaha dan tawakkal kepada yg maha esa ada hasilnya seperti yang dijanjikan.Wallahualam…
December 10th, 2007 at 11:18 am
pening tu penting… kalo tak.. mcm mane biz nak survive … 20thn.. 40thn… never ending
kalo pening yg “never ending” pun bagus juga…insyallah kalau betul niatnya dlm biz … bertimbun pahala dlm kubur nnt
nak jadi jutawan yg beriman lah katakan
salam sejahtera…salam sukses dari saya untuk jutawan2 semua.. especialy doc n bro razzi.. erkkk too much to list out ramai beno jutawan dlm forum nih…
hahaha…. =)
December 11th, 2007 at 1:56 am
Salam,
Kalau makan gaji tak pening ker?Pening jugak…sama sahaja.Kalau dah nama kerja,sikit sebanyak pasti ada pening.Bisnes nie pun suatu pekerjaan jugak.Terpulanglah.
(Ramai jugak orang kita yang hebat…sambil makan gaji boleh bisnes lagi..agaknya,mereka lagi pening)
December 11th, 2007 at 10:00 pm
oleh sebab memeningkan la, bill gates menjadi billionaire.. kalau tak nak pening.. pergi saja berjogging di tepi tasik..
January 15th, 2008 at 12:25 pm
Semua biz ada risk and pening kepala…that is a must…but we learn from our mistakes and never be scared to learn or start something new…saya pernah buat biz ayam…bangun tengah malam…sembelih ayam…make deliveries…it was something diffrent but along the way I made a lot of mistakes and saya belajar dari kesilapan…now if ada orang nak minta advise, I will surely give my advise so that others will not do the same mistakes…piece of advise…there is no short cut to every success…
January 15th, 2008 at 12:30 pm
sambungan…from lia..
pendapat saya…kalau ada peluang lagi for me or kemampuan untuk buat biz…I would prefer to do internet biz…I just knew about Irfan…wish I tau pasal dia dari dulu…proud to know a malysian yang betul betul berjaya…internet biz is work smart not really work hard…..what say u guys?
Thank you
Wassalam
May 2nd, 2008 at 9:18 pm
yup。 perniagaan memang memeningkan。 belum mula berniaga lagi dah pening。。tapi bila perniagaan tu berjaya kita akan rasakan kepuasan yang tak terhingga。 saya masih dalam peringkat pening sepeningnya coz baru nak berjinak-jinak dalam bisnes ni。。doakan saya berjaya。。
November 8th, 2008 at 8:51 am
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Bagi saya, setiap perniagaan mmg memeningkan..
eventhough kalau perniagaan yang kita minat pon,lambat laun akan jadi pening jugak
so..kene plan untuk hadapi situation tu
=)
February 21st, 2009 at 6:59 am
Assalamualaikum…Perlukan perancangan,penambah baikan dan fokus serta bagi seluruh jiwa,rohani dan tenaga agar impian Jutawan internet tidak berkubur gitu jer…Kalu takder semua tu tambah pening la…Plan tu penting…perlu belajar-belajar sampai TUA………….
November 1st, 2009 at 11:43 am
salam keadaan yg diceritakan sama la dgn apa yg sy alami skrg dalam perniagaan..pening kepala wooo..tp itu la kemanisan yg dpt dicapai yg mgkn agak mustahil kalau bekerja dgn org lain..bila bnyak berfikir, otak kita akan jadi lebih kreatif dan pantas utk selesai kan masalah..xpercaya cubalah
November 9th, 2009 at 3:20 pm
Biar susah2 dulu bersenang-senang kemudian,
Biar berpening2 dulu nikmatnya akan dapat kemudian…salam kejayaan semua.